Now Reading
“Muka Garang Tapi Hati Lembut” – Video Atuk Menangis Ketika Hantar Cucu Daftar Tahfiz Undang Sebak

“Muka Garang Tapi Hati Lembut” – Video Atuk Menangis Ketika Hantar Cucu Daftar Tahfiz Undang Sebak

Menerusi video perkongsian, kelihatan si atuk tidak dapat menahan sebak sewaktu menghantar cucunya bernama Syahfikry yang mendaftar ke sebuah cawangan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Demi menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, ramai di kalangan murid yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga walaupun masih di usia muda.

Namun demi masa depan yang cerah, ramai ibu bapa dan penjaga terpaksa juga merelakan si kecil untuk memasuki asrama atau ke pusat tahfiz. Perkara tersebut bukan sahaja membuat mereka ‘homesick’ malah insan tercinta di rumah juga bakal merindui anak-anak tersebut.

Ini termasuklah golongan datuk dan nenek yang banyak menghabiskan masa bersama cucu-cucu sebelum ini.

Atuk Sebak Hantar Cucu Sulung Ke Tahfiz

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@jiraa_87) apabila seorang wanita dikenali sebagai Jira berkongsi situasi menyentuh hati melibatkan bapanya dan anak susuannya, Muhammad Syahfikry.

Menerusi video perkongsian, kelihatan si atuk sedang memeluk erat cucu sulungnya ketika sedang menghantar untuk mendaftar ke sebuah cawangan pusat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah.

Bukan itu sahaja, datuk tersebut turut dilihat menghulurkan hadiah dan memberi kata-kata serta pesanan kepada Syahfikry yang bakal menempuhi alam baru tanpa keluarga di sisi.

Sumber: TikTok (@jiraa_87)

Menurut Jira, si ayah jarang menunjukkan kesedihannya di hadapan ahli keluarga lain, namun lain pula kali ini.

Jika anda lihat sendiri klip tersebut, memang jelas kelihatan keakraban si atuk bersama Syahfikry. Memang tidak boleh dibayangkan kesedihan dilalui bapa Jira yang terpaksa berjauhan dengan cucu kesayangan.

“Selama 38 tahun hidup, ini kali pertama tengok atuk menangis. Berat nak melepaskan cucu sulung tapi demi mengejar ilmu dunia akhirat kuatkan hati merelakan,” kata Jira di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian sama, kelihatan juga ahli keluarga lain yang turut menghantar Syahfikry tidak dapat menahan sebak sewaktu memeluk kanak-kanak itu.

@jiraa_87 selama 38tahun hidup, ini 1st time tengok atok menangis, berat nak melepaskan cucu sulung tapi demi mengejar ilmu dunia akhirat kuatkan hati merelakan 😞 #TahfizSulaimaniyyah ♬ Salju KasihNya_Siti Nurhaliza – Abg Jiwang_Official

Tonton video [DI SINI].

Ramai Kongsi Momen Atuk Yang Tak Dapat Tahan Sebak Kerana Cucu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa sebak melihat bapa Jira yang menitiskan air mata disebabkan cucunya.

“Atuk muka memang hero habis tapi kalau dengan cucu kalah ya. Sekali dengan kita tengok ni pun nak nangis,” kata seorang individu.

Malah ada yang berkata si atuk mungkin berasa risau dengan keadaan cucunya di tempat baharu.

“Kantung mata atuk awak tu pun dah tahu semalaman risau kan awak dekat asrama. Macam bermain dalam fikirannya dengan apa yang terjadi dekat sekolah (sebagai contoh kes) buli. Takut atuk nak melepaskan. Tapi apakan daya, masa depan cucu,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga berkongsi momen datuk yang sanggup melakukan apa sahaja untuk cucunya.

“Ayah saya kan. Masa kakak saya hantar cucu sulung dia dulu masuk taska, ayah saya menyorok dekat pokok pelam depan taska sebab nak intai cucu dia. Memang lain macam penangan cucu bagi dekat atok,” kata seorang pengguna TikTok.

“Ya walaupun seorang atuk tapi dia lah yang call hari pertama tanye cucu-cucu okay ke tidak di sekolah. Dia juga akan call tanya barang sekolah semua dah ada ke belum. Dia juga yang bagi kata-kata semangat untuk cucu,” luah seorang lagi warganet.

Sumber: TikTok (@jiraa_87)

Baca Artikel Berkaitan: “Belajar Rajin-rajin Adik” – Sekeluarga Sanggup Jalan Kaki, Berpanasan Hantar Anak Ke Universiti Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Auto Menitik Air Mata” – Pengorbanan Bapa Kayuh Basikal Hantar Anak Ke Sekolah Undang Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kerna Sayang, Ibu Tekad Tunggang Motosikal Sejauh 50KM Untuk Daftar Anak Masuk Universiti


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd