Now Reading
[Video] Tindakan Rider Foodpanda Bantu Penunggang Motosikal Jatuh Atas Jalan Raih Pujian

[Video] Tindakan Rider Foodpanda Bantu Penunggang Motosikal Jatuh Atas Jalan Raih Pujian

Kelihatan rider makanan itu segera berhenti di hadapan penunggang wanita itu untuk membantunya mengangkat motosikalnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu di dunia ini pasti mempunyai sifat murni dalam diri di mana dia akan membantu mana-mana individu yang dilihat berada dalam kesusahan.

Adakalanya pertolongan itu tidaklah besar mana namun ia mampu membuatkan hati seseorang senang apabila mengenangkannya.

Bukan hanya itu, kebaikan dan bantuan yang diberikan juga boleh menjadi inspirasi kepada mana-mana individu yang melihatnya.

Rider Foodpanda segera bantu penunggang wanita jatuh motosikal

Samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang rider makanan ini apabila dia dilihat begitu cepat menghulurkan bantuan sebaik melihat terdapat individu yang berada dalam kesusahan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Andika di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang menunggang motosikal dan kemudian berhenti di sebuah lampu isyarat merah.

Sewaktu sedang menunggu lampu isyarat merah bertukar kepada hijau, secara tiba-tiba kelihatan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal dari arah bertentangan terjatuh.

Dipercayai terjatuh kerana hilang keseimbangan

Wanita itu dipercayai terjatuh disebabkan hilang keseimbangan sewaktu ingin berhenti di lampu isyarat sebaik ia bertukar kepada warna merah.

Melihat perkara itu, Andika yang terkejut lantas menghampiri untuk membantu wanita berkenaan.

Namun belum sempat dia sampai ke arah wanita itu, kelihatan seorang rider Foodpanda berhenti di hadapan wanita itu untuk mengangkat semula motosikal wanita terbabit.

Meskipun motosikal dilihat kecil namun tak dinafikan ia juga berat untuk diangkat terutama apabila sudah rebah menyembah bumi.

“Terima kasih abang rider paling cepat tolong akak tu, mungkin penat balik kerja.

“Mungkin akak tu penat sangat, baru balik kerja kan,” kata Andika.

Terus berlalu pergi tanpa mengharapkan sebarang balasan

Sebaik selesai membantu wanita berkenaan kelihatan rider itu kemudiannya berlalu pergi tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Andika pula dalam masa sama meminta wanita itu untuk berhati-hati dan memaklumkan besi untuk menupang motosikal wanita berkenaan sudah bengkok.

Dia kemudian meminta wanita itu untuk berkunjung ke bengkel berdekatan untuk memperbaikinya semula.

“Terima kasih abang rider, semoga terus dimurahkan rezeki selalu.”

@andika.kefly_

Tolong cari abang rider yang baik hati ni , Laju gila tolong kak ni ❤️. #rider #foodpanda #sungaipetani #fyp #foryou #bismillahfyp

♬ original sound – Cat Farish – DABOMB STREEWEAR

Ramai puji sikap murni rider segera bantu penunggang wanita terjatuh

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap murni rider berkenaan yang segera membantu wanita terbabit sebaik melihatnya terjatuh.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan segala urusan rider itu dipermudahkan serta perkara yang baik buat rider dan Andika kerana prihatin kepada wanita tersebut.

“Baiknya rider Foodpanda tu. Semoga urusan dia dipermudahkan selalu, dan yang baik-baik selalu untuk dia.”
“Semoga abang dan abang Foodpanda lampu sentiasa hijau, jalan tak berlubang, minyak motor tak habis, dan tayar tak botak”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd