[Video] Detik Lelaki Ditelan Ikan Paus Di Tengah Lautan Jadi Perhatian Ramai, Meremang Bulu Roma!
Kejadian pemuda bernama Adrian Simancas yang ditelan ikan paus itu tersebut dilaporkan berlaku di sekitar Selatan Chile.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali tengok lautan, tiba-tiba rasa macam tergamam kerana tidak dapat membayangkan betapa luasnya lautan yang terbentang di dunia ini.
Itu belum termasuk kedalamannya yang menjangkaui akal fikiran sehingga wujud lapisan laut yang gelap dek kerana tiada sebarang cahaya yang dapat menembusinya.
Kalau bercakap bab haiwan laut pula, terdapat pelbagai jenis ikan dengan bentuk yang unik. Jadi kepada anda yang ‘thalassophobia‘ iaitu fobia kepada air yang banyak, elakkan pergi ke laut ya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Penduduk Kampung Buat Lubang Untuk Alirkan Air ‘Mengabang’ Terus Ke Laut Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: Tular Selamatkan Nelayan Terapung 4 Hari Di Laut, TikToker Chazynash Terima Penghargaan Maritim Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Tampil Beri Penjelasan Selepas Dikritik Korek Pasir & Buat Laluan Air Bertakung Ke Laut
Lelaki Ditelan Ikan Paus Ketika Sedang Berkayak Di Laut
Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik di laman X (@Channel4News) yang memaparkan insiden cukup mengejutkan berlaku kepada seorang lelaki ketika sedang melakukan aktiviti kayak bersama bapanya.
Namun aktiviti mereka itu bertukar detik mencemaskan apabila lelaki dikenali sebagai Adrian Simancas itu dipercayai telah ditelan oleh seekor ikan paus ‘humpback’ yang berada di lautan berkenaan.
Memetik laporan AP News, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sekitar Selatan Chile pada hujung minggu lalu.
Lebih mengejutkan lagi, kejadian yang berlaku sekelip mata itu sempat dirakam oleh bapanya bernama Dell Simancas sebelum anak lelakinya itu hilang dari pandangan.
Namun selang beberapa saat, pemuda berkenaan telah dimuntahkan semula oleh ikan paus tersebut ke laut.
Tidak lama selepas itu, Adrian ditemui terapung semula di laut bersama kayak yang dinaikinya itu sebelum ditelan ikan paus berkenaan.

Adrian Kongsi Pengalaman Ditelan Ikan Paus
Dalam pada itu, Adrian juga sempat ditemubual oleh wartawan dan menceritakan pengalaman yang tidak akan dilupakan.
“Saya ingat saya dah kena makan dan ditelan masa tu. Waktu tu saya terfikir haiwan tersebut adalah ikan paus pembunuh (Orca). Kami ada berbual tentang Orca sebelum ini.
“Tapi bila saya dah keluar (dimuntahkan semula), saya faham mungkin haiwan tersebut bertindak sedemikian hanya disebabkan oleh perasaan ingin tahu atau mungkin mahu menyampaikan sesuatu,” ujarnya.
A male kayaker was swallowed by a humpback whale off Chilean Patagonia before being released seconds later, unharmed.
— Channel 4 News (@Channel4News) February 13, 2025
Adrián Simancas was kayaking with his father, who filmed this video as the massive mammal suddenly surfaced. pic.twitter.com/0nuE6OP88s
Ramai Terkesima Lihat Lelaki Itu Ditelan Ikan Paus
Video rakaman ketika lelaki berkenaan ditelan serta dimuntahkan semula oleh ikan paus di tengah laut itu pastinya membuatkan ramai pengguna media sosial yang terkejut.
Walau bagaimanapun, mereka turut kagum dengan reaksi si bapa yang seolah-olah tidak panik ketika anaknya ditelan oleh haiwan tersebut.


Sementara itu, sesetengah netizen pula membuat gurauan kononnya ikan paus terbabit memuntahkan semula pemuda berkenaan kerana rasanya yang kurang enak di mulut.


Pada masa yang sama, wujud sesetengah pihak yang mengutarakan pendapat mereka bahawa ikan paus tersebut sebenarnya tidak menelan manusia itu oleh kerana faktor saiz esofagus yang agak kecil.


Kes Sama Pernah Berlaku Pada Tahun 2021
Terdahulu, seorang lelaki di Amerika Syarikat turut berdepan detik cemas pada tahun 2021 apabila dia ditelan oleh seekor ikan paus gergasi semasa berada di pinggir laut Provincetown, Massachusett itu.
Difahamkan lelaki berkenaan sedang mengutip udang galah sebelum dia tiba-tiba ditelan seorang ikan paus jenis humpack.
Namun tidak sampai 40 saat, lelaki dikenali sebagai Michael Packard itu dimuntah semula dan menyifatkan ia ibarat diberi nyawa kedua.
Baca Artikel Berkaitan: Bagai Dapat Nyawa Kedua, Lelaki Terselamat Selepas Ditelan Ikan Paus Gergasi
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja, Ikan Paus Terlihat 2 Kali Dengan Jelas Di Perairan Langkawi [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.