Now Reading
Rider Hempas Helmet Lepas Dilanggar Kereta Dipercayai Kerana Pemandu U-Turn Melulu Undang Perhatian

Rider Hempas Helmet Lepas Dilanggar Kereta Dipercayai Kerana Pemandu U-Turn Melulu Undang Perhatian

Menerusi video perkongsian, kendengaran penunggang motosikal itu memarahi pemandu kereta kerana membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya meskipun sudah memasang signal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebenarnya ramai di kalangan pengguna jalan raya yang cakna tentang undang-undang ditetapkan tetapi masih bertindak melanggarnya. Perkara tersebut sekaligus mengundang bahaya kepada keselamatan diri orang ramai.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan pemandu kereta jenis Perodua Viva dengan selamba membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya sehingga menyebabkan kemalangan.

Kelihatan kereta Perodua Axia yang berada di lokasi kejadian turut mengalami kerosakan di bahagian lampu hadapan akibat rempuhan itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Panas Hati Aku” – Perodua Viva Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Kemalangan Buat Ramai Berang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lori Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Rider Terbabas Bikin Ramai Berang

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Di Batu Pahat Maut Selepas Langgar Lori Buat Pusingan U

Rider Bengang Dilanggar Kereta Yang Didakwa Selamba U-Turn Di Tempat Terlarang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila lelaki dikenali sebagai Fikri (@mhdfikrijefri) berkongsi situasi cemas yang berlaku di jalan raya berhadapan sebuah flat di Petaling Jaya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang rider penghantar makanan Lalamove sedang melepaskan kemarahan dengan menghempas helmet miliknya ke atas jalan di hadapan sebuah kereta.

Difahamkan, pemandu kereta tersebut telah melakukan pusingan U di tempat terlarang hingga menyebabkan penunggang motosikal itu dirempuh hingga tersembam ke atas jalan tar.

Dalam klip yang sama, kelihatan juga beg penghantaran makanannya tercampak di tepi jalan.

“Kau ingat ni tempat u-turn ke? Bagi signal pun (ni) bukan tempat u-turn!” kata penunggang motosikal terbabit kepada pemandu kereta.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai selepas menerima jumlah tontonan sebanyak 2 juta setakat artikel ini ditulis (14 Februari).

“Kali ini saya sokong brother Lalamove,” kata Fikri.

@mhdfikrijefri

Salam jumaat 🙇🏻‍♂️

♬ original sound – Fikri Jefri

Tonton video [DI SINI].

Kejadian Rider Dilanggar Itu Undang Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dengan pemandu kereta yang didakwa melakukan pusingan U secara melulu itu.

“Marah lagi dia bang. Kitorang pergi kerja balik kerja macam ni la. Suka hati dia nak tukar lorong. Nak bagi signal 1 saat je. Dia ingat masa dia je penting, nyawa kita ni tak,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai berkata isu individu yang selamba membuat pusingan U secara haram ini perlu diambil perhatian kerana ia boleh meragut nyawa seseorang.

“Sebab ada spesis manusia suka buat pusingan U sesuka hatilah, aku hilang adik aku,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga memuji rider penghantar makanan kerana mengawal kemarahan dengan membaling helmet dan bukannya secara keganasan terhadap pemandu tidak berhemah berkenaan.

“Walaupun tengah marah, tapi dia masih boleh kawal tak guna kekerasan. Terbaik bang,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@mhdfikrijefri)

Buat Pusingan U Di Tempat Terlarang Boleh Didenda Tak Lebih RM300

Untuk info, pusingan U adalah perbuatan pemandu membuat pusingan 180 darjah bagi berpatah balik ke laluan bertentangan di jalan raya.

Walaupun perkara ini selalu dilakukan kerana pengguna jalan raya ingin bergegas ke sesuatu tempat, namun perlu diingatkan bahawa pusingan U hanya dibenarkan pada lokasi tertentu sahaja.

Sumber: Kosmo

Pusingan U hanya boleh dibuat di kawasan yang mempunyai papan tanda. Ia adalah dilarang sama sekali di kawasan selekoh, hadapan sekolah, hospital dan di dalam terowong. 

Membuat pusingan U di tempat terlarang adalah satu kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 13) dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300.

Ingat, urusan dunia boleh ditunggu, nyawa tu lagi penting.

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bas Polis Buat U-Turn Di Tempat Tidak Sepatutnya & Terlanggar Kereta, PDRM Jalankan Siasatan [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd