Now Reading
“Pro Player Ni” – Gelagat Atuk Kutip Gula Dalam Acara Sukaneka Bikin Ramai Terhibur

“Pro Player Ni” – Gelagat Atuk Kutip Gula Dalam Acara Sukaneka Bikin Ramai Terhibur

Menerusi video perkongsian, kelihatan warga emas itu secara perlahan-lahan membongkok bagi mengambil gula yang berada di atas rumput.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Betul kata orang, usia bukanlah penentu segalanya. Sebagai contoh masih ramai di kalangan dewasa yang masih mempunyai perwatakan budak kecil yang nakal dan comel.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan ragam dua orang nenek yang bermain dengan stetoskop sewaktu sebuah majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Dua orang warga emas yang merupakan adik dan kakak itu dikatakan mempunyai masalah dari segi pendengaran. Kebetulan pula suasana di majlis tersebut sedang riuh, jadi mereka menggunakan idea ‘kreatif’ untuk berbual menggunakan stetoskop yang ada.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Nenek Guna Stetoskop Untuk Berbual Cuit Hati Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Kau Naik Tangga, Tapi Kawan Naik Lif” – Gelagat Nenek Sakat Rakan Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Siapa Duduk Bersidai Dia Kena” – Gelagat Nenek Pantau Jemaah Solat Jumaat Guna Rotan Jadi Tumpuan

Atuk Sertai Kanak-kanak Kutip Gula Atas Rumput

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@whoomaa16) menyaksikan situasi mencuit hati yang berlaku di sebuah padang melibatkan kanak-kanak dan penjaga mereka.

Menerusi video perkongsian, kelihatan ramai kanak-kanak sedang berlari dengan semangat dalam sebuah acara dipercayai sukaneka. Anak kecil tersebut dilihat berpusu-pusu mengutip gula dan coklat yang bertaburan di atas rumput.

Mana tidaknya, budak kecil dan juga manisan memang berpisah tiada. Namun lain pula yang mencuri perhatian apabila seorang datuk turut menyertai acara yang dikhaskan buat golongan anak itu.

Sumber: TikTok (@whoomaa16)

Dalam klip tersebut, kelihatan si atuk membongkok dengan berhati-hati dalam ‘slow motion’ bagi mengutip gula di atas rumput. Terserlah sifat seorang anak kecil di situ. Mungkin si atuk rindu dengan zaman kanak-kanaknya?

“Pakcik nak main juga,” kata pemilik akaun TikTok.

Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai dengan jumlah tontonan 410,000 ribu setakat artikel ini ditulis (14 Februari).

@whoomaa16 pkcik nk main jgk #fyp #xyzbca #fypシ #4u ♬ original sound – Piqa Rashid✨

Tonton video [DI SINI].

Ramai Geli Hati Lihat Gelagat Atuk Yang Sertai Sukaneka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat telatah si atuk yang dikatakan comel.

“Mesti dia teringat mainan dia waktu kecil-kecil. Rindunya atuk,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah segelintir individu turut berkongsi perangai orang dewasa yang suka sertai aktiviti bersama kanak-kanak.

“Aku suka ada atuk join macam ni. Ayah aku kalau cucu mandi sungai ke laut sama-sama dia sertai. Semoga sihat selalu ayah kita dan pakcik ni,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga yang memuji seorang kanak-kanak yang memakai tudung berwarna biru kerana memberi laluan kepada si atuk untuk mengutip gula.

“Pandai adik tu, dia nampak (gula) tapi dia ambil yang lain sebab nampak atuk tu nak ambil,” kata seorang netizen.

Telatah si atuk itu dalam masa sama membuatkan ramai warganet rindu dengan datuk mereka.

Sumber: TikTok (@whoomaa16)

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Atok & Cucu Luang Masa Bersama Buat Ramai Terkenang Kenangan Dengan Yang Tersayang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Atok ‘Excited’ Lihat Cucu Konvo Tadika Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd