“Nasib Ayah Boleh Cam” – Peniaga Garu Kepala Ketika Mahu Cetak Gambar Pasport Kanak-kanak Kembar 3
Peniaga di premis tersebut juga dikatakan sudah beberapa kali tersalah mencetak gambar kerana keliru dengan gambar tiga orang kembar itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dikurniakan anak kembar pastinya satu pengalaman yang sangat mengujakan bagi pasangan suami isteri. Confirm pening kepala mahu melayan kerenah mereka yang berbeza-beza dalam satu masa.
Kalau anak kembar itu berbeza jantina, senang sikit nak tahu. Tapi bayangkan kalau mereka itu adalah kembar seiras dan sama jantina, garu kepala jugalah nak pastikan supaya tak salah orang.
Situasi inilah yang berlaku kepada seorang bapa, tetapi apa yang lebih mencabar adalah anak kembarnya itu adalah tiga orang, senang kata mereka adalah ‘triplet’!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Kembar Sambut Hari Lahir Dengan Cara Bersalin Pada Hari Yang Sama
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kembar Kreatif Buat Hal Lagi, Kali Ini Tukar Reka Bentuk Tembok Rumah Pula!
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Pecah Rekod Dunia, Lahirkan Bayi Kembar 10 Serentak
Auntie Pening Kepala Mahu Cetak Gambar Kanak-kanak Kembar Tiga
Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@kamaghul), seorang peniaga di kedai mencetak gambar berdepan situasi yang agak mengelirukan apabila pelanggan mereka membawa anak-anak untuk mengambil gambar pasport.
Namun urusan itu yang kebiasaannya hanya mengambil masa beberapa minit telah bertukar sebaliknya apabila tiga orang kanak-kanak tersebut adalah kembar seiras.
Sekali tengok, memang tak boleh nak bezakan yang mana satu.

Malah, peniaga di premis tersebut juga dikatakan sudah beberapa kali tersalah mencetak gambar kerana keliru dengan gambar yang belum dicetak dek kerana wajah kembar yang terlalu sama.
“Auntie kedai gambar pening dari tadi tersalah print. Print muka sama,” tulis pemilik video.
Katanya nasib baik si ayah dapat mengecam ketiga-tiga gambar anak kembarnya itu bagi memastikan kesemuanya adalah gambar yang berlainan.
Jarang jumpa triplets dekat Malaysia ni. Sampai pening auntie tu dibuatnya sebab semua muka sama je tapi comelnyaa 🥹 pic.twitter.com/8TYeOi5SBk
— kamaghul deghaman (@kamaghul) February 13, 2025
Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Auntie Keliru Dengan Gambar Kembar Tiga
Kebanyakan pengguna media sosial dilihat terhibur melihat keunikan kanak-kanak kembar tiga itu yang telah membuatkan peniaga di kedai gambar berkenaan keliru untuk menyiapkan tugas mereka.
Selain menerima pujian kerana kecomelan anak-anaknya, netizen juga kagum dengan si bapa kerana dapat membezakan gambar tiga orang anak kembarnya itu.
“Mujur ayah perasan. Salute,” ujar pengguna X.
“Comelnya! Ini saya pun confuse sebab semua muka sama. Kalau satu kelas ni jenuh cikgu nak cam,” tulis admin akaun Lotus’s Malaysia.


Pada masa yang sama, masyarakat sempat berseloroh kononnya kembar itu hanya perlu mengambil satu gambar dan dikongsikan dengan dua adik-beradik seiras.
“Seorang je ambil gambar, lepas tu copy 9 keping,” gurau netizen.


Sementara itu, segelintir pengguna X pula memberi pendapat untuk memakaikan baju warna yang berlainan pada ketiga-tiga kembar berkenaan bagi membezakan identiti mereka.


Keluarga Di Malaysia Yang Ada Anak Kembar
Tahu tak, sebenarnya ada beberapa keluarga di Malaysia yang mempunyai anak kembar termasuklah tokoh angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar
Beliau bersama pasangannya Datin Dr Halina Mohd Yunos memiliki dua pasang bayi kembar pada tahun yang berbeza iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang dilahirkan pada tahun 2017 dan Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia pada 2020.
Selain itu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga mempunyai anak kembar yang kini berusia 25 tahun iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Baca Artikel Berkaitan: Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri
Baca Artikel Berkaitan: “Bagaikan Dejavu” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Berita Gembira Isteri Hamil Kembar Lagi
Baca Artikel Berkaitan: Unik! Perkampungan Terpencil Di China Miliki 33 Pasangan Kembar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.