“Jujur Tu Budaya Dekat Sana” – Wanita Tak Sangka Jumpa Semula iPad Tercicir Di Jepun
Menurut wanita itu, iPad tersebut tertinggal di kawasan orang ramai beratur iaitu di hadapan sebuah kedai makan di Jepun.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila bercuti di negara luar, sudah tentu kita mengharapkan perjalanan sebelum, semasa dan selepas berjalan dengan lancar.
Oleh itu adalah penting untuk anda menyediakan itinerari lengkap dan menyimpan segala barangan berharga dengan baik. Takut pula jika dicuri penyeluk saku.
Namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya. Kadangkala walaupun sudah lebih fokus dan berhati-hati, tetapi barangan masih tercicir.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari 10 Hari 9 Malam Di Jepun
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Banyak Surau & Masjid, Lelaki Kongsi Tips Solat Ketika Bercuti Di Jepun
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 5 Perkara Yang Dianggap Biadap Di Jepun
Wanita Tertinggal iPad Di Hadapan Kedai Makan Ketika Melancong Di Jepun
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang usahawan wanita dikenali sebagai Intan Izzaty (@_intanizzaty) berkongsi pengalamannya sewaktu bercuti di Jepun.
Menurutnya, peranti iPad miliknya telah tertinggal di sebuah kedai makan pada malam sebelumnya. Namun disebabkan kedai itu sudah ditutup, jadi Intan tidak dapat mengambilnya pada hari sama.
Pada keesokan harinya, Intan datang semula ke restoran terbabit bagi mencari peranti canggih itu.
Pemilik Terkejut iPad Tak Beralih Dari Tempat Ditinggalkan
Tidak seperti yang disangka, wanita itu meluahkan rasa terkejut selepas mendapati iPad tersebut masih berada di tempat yang sama ditinggalkan. Memang tidak berganjak langsung.
Menerusi video perkongsian, kelihatan iPad itu terletak di atas papan tanda kedai makan di luar premis. Walaupun berada di kawasan orang beratur panjang, tetapi pelanggan warga Jepun tidak mencuri barangan berharga itu.

“Ya Allah punyalah selamat dekat Jepun ni. Sebab tu setiap tahun tak pernah skip bercuti dekat Jepun. Cuma perjalanan kali ni ada dua kisah (tertinggal iPad dan beg) dan alhamdulillah jumpa. Saya sangat risau orang ambil sebab kedai ni memang ramai orang beratur nak makan.
“Orang Jepun ni punya tahap buat hal sendiri sampai nampak iPad tertinggal pun tak ambil sebab bukan milik diorang,” kata Intan di ruangan kapsyen.
Intan Terus Tetapkan Password Untuk iPad
Sebagai langkah keselamatan, Intan terus memasang lokasi dan juga kata kunci bagi iPad itu. Jelasnya, dia sebelum ini tidak menetapkan sebarang jenis kata kunci kerana untuk memudahkan si anak bermain.
Bagaimanapun, disebabkan risiko hilang di negara Matahari Terbit itu, Intan terus mengambil langkah berjaga-jaga.
“Walaupun dah jumpa aku tetap nangis, tetap sedih (kerana berasa terharu dengan sikap penduduk di Jepun),” tambah Intan lagi.
@_intanizzaty Ya Allah punyalah safety dekat JAPAN ni. sebab tu setiap tahun tak pernah skip travel dekat JAPAN. Cuma trip kalini ada 2kisah (tertinggal ipad & beg) & alhamdulillah jumpa. I sangat risau orang ambik sebab kedai ni memang ramai orang beratur nak makan. Orang japan ni punya tahap buat hal sendiri sampai nampak ipad tertinggal pun diroang tak ambil sebab bukan milik diorang. #fyp #fypage #sadstory #ipad #japan #osaka #osakajapan ♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍
Tonton video [DI SINI].
Warganet Kongsi Pengalaman Tercicir Barang Di Jepun
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga tidak sangka barang berharga yang sudah ditinggalkan semalaman masih dijumpai di negara orang.
“Ye betul kali terakhir ke Jepun, aku tertinggal telefon dekat kedai baju dalam 20 minit. Tapi masih terletak elok je dekat tepi cashier,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada yang berkata individu yang menjumpai barangan yang hilang di Jepun akan meletakkan semula di tempat asal selepas menyimpannya buat seketika.
“Setakat ni dekat Jepun barang-barang yang tertinggal memang tak akan hilang kecuali payung. Tapi kalau esok hilang, korang kena pergi (cari) lagi (waktu) lusa. Mesti diorang akan letak balik,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu berkata sikap jujur merupakan budaya yang diterapkan di negara tersebut.
“Memang budaya diorang tak ambil. Diorang (penduduk Jepun) kalau dalam kafe pun tinggalkan barang begitu saja,” kata seorang netizen.










5 Tips Lindungi Barangan Peribadi Ketika Melancong
Kehilangan barang di negara orang merupakan antara perkara yang mahu dielakkan. Jika perkara itu terjadi, memang boleh stres dibuatnya. Nak berjalan pun tidak ada mood.
Di sini kami kongsikan beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk melindungi barangan peribadi sewaktu melancong:
- Buat senarai barangan yang dibawa. ‘Double check’ barangan sebelum bergerak ke sesuatu lokasi.
- Gunakan kunci (sturdy lock) pada bagasi anda
- Buat salinan tambahan untuk dokumen penting
- Tetapkan kata kunci untuk setiap peranti yang dibawa
- Beli insurans perjalanan agar anda boleh membuat tuntutan sekiranya barang peribadi hilang (bukan disebabkan kecuaian sendiri).

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Patut Anda Lakukan Jika Terjumpa ‘Harta Al-Luqatah’, Barang Berharga Yang Tercicir?
Antara Budaya Unik Di Jepun Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
Buat mereka yang ingin bercuti ke sesuatu destinasi, adalah penting untuk anda mengetahui serba sedikit larangan atau budaya di kawasan itu. Ini adalah untuk menghormati penduduk tempatan selain menunjukkan adab yang baik sebagai seorang pelancong asing.
Berikut kami senaraikan budaya masyarakat Jepun yang agak berbeza daripada negara lain. Antaranya:

- Tidak menggunakan telefon bimbit di dalam pengangkutan awam kerana ia dianggap perbuatan yang tidak sopan dan membuat bising.
- Menyedut hidangan mi sambil membuat bunyi ‘Slurppp’ dengan kuat sebagai tanda terima kasih kepada penjual atau tuan rumah.
- Jangan tuang minuman sendiri ketika menghadiri jamuan minum teh di rumah seseorang kerana ia dianggap tidak sopan.
- Memberikan bahu anda kepada penumpang yang tidur di dalam kereta atau pengangkutan awam kerana orang Jepun mengamalkan sikap bertoleransi antara satu sama lain.
- Pemberian tip kepada pekerja dianggap sebagai tidak sopan dan mereka akan memulangkan semula waktu anda.
- Jurujual akan melakukan transaksi pembayaran dengan pelanggan di atas dulang dan bukannya secara terus kerana tindakan itu dianggap agak kasar.
- Orang Jepun akan menyambut satu sama lain dengan menundukkan badan sebagai tanda hormat.
- Penggunaan ‘chopstick’ ketika anda tidak makan adalah dilarang sama sekali kerana ia dianggap menyerupai upacara pemakaman Jepun dan boleh membawa petanda buruk.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Orang Jepun Tak Suka Dengan Warga Asing?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Di Jepun Pada Awal Pagi, Berdiri Secara Serentak & Bersenam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.