Now Reading
“Ingat Tu Pokok Ke?” – Aksi Monyet Selamba Goncang Tiang Lampu Jalan Raih Perhatian Ramai

“Ingat Tu Pokok Ke?” – Aksi Monyet Selamba Goncang Tiang Lampu Jalan Raih Perhatian Ramai

Tiang lampu di tepi jalan raya itu dilihat sudah tidak stabil selepas digoncang beberapa kali oleh monyet berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak kiralah di kawasan kampung mahupun bandar, kelibat haiwan monyet ini pastinya ada sahaja dilihat di mana-mana sama ada berseorangan atau secara berkumpulan.

Kalau tanya mana-mana pelajar universiti, mesti kebanyakan daripada mereka juga ada pengalaman berdepan dengan ‘serangan’ monyet di kolej kediaman.

Dalam sesetengah kes, monyet yang agresif akan bertindak menyerang manusia untuk mempertahankan diri atau cuba mendapatkan sesuatu seperti makanan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Monyet Sesat Masuk Lapangan Terbang Changi, Staf Wanita Dipuji Tenang Uruskan Situasi

Baca Artikel Berkaitan: “Manusia Yang Ganggu Habitat” – Sekumpulan Monyet Banjiri Kawasan Kampung Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Nasib Baik APM Tolong” – Aksi Monyet Nakal ‘Culik’ Anak Kucing Raih Perhatian

Monyet Selamba Goncang Tiang Lampu Tepi Jalan

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@haizal.fikri), individu ini berkongsi situasi yang menjadi perhatian ketika sedang berada di sebuah jalan raya sekitar Lembah Klang.

Dalam video berkenaan, kelihatan sekumpulan monyet berkeliaran sekitar jalan raya sehingga ada yang dilihat memanjat papan tanda tersebut.

Namun apa yang menjadi kerisauan pengguna jalan raya di sana adalah apabila seeekor monyet dengan selamba memanjat tiang lampu sehingga ke bahagian atas sebelum mula menggoncangnya sekuat hati.

Kalau diperhatikan dengan teliti, memang tiang lampu tersebut sudah tidak stabil lagi apabila kedudukannya yang terhuyung-hayang.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 482,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Aksi Monyet Goncang Tiang Lampu

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan rata-rata netizen terkejut melihat ragam monyet yang berkeliaran di tepi jalan raya itu sehingga tahap memanjat serta menggoncang tiang lampu.

Sesetengah pengguna media sosial pula meluahkan kebimbangan sekiranya tiang lampu tinggi itu terjatuh dan menghempap kenderaan yang kebetulannya sedang berhenti di lampu isyarat.

“Kalau aku jadi pemandu kereta sebelah tiang tu, aku dah mengucap sebab kecut perut,” kata pengguna media sosial.

“Dia tak tahu ke dengan dia sekali jatuh nanti, kereta tepi tu mesti risau tu. Mesti terfikir bila lampu nak hijau,” ujar seorang lagi netizen.

Sementara itu, segelintir masyarakat pula tertumpu kepada dua ekor monyet pada papan tanda sebelum menyedari kelibat monyet pada tiang lampu.

“Aku duk tengok yang kat papan tu, tak perasan pula ada yang kat tiang lampu sekali,” kata netizen.

Sumber: TikTok (@haizal.fikri)

Tips Berdepan Dengan Monyet Liar

Sekiranya anda terperangkap dalam situasi berdepan dengan monyet liar dan tidak tahu untuk buat apa, di sini kami kongsikan beberapa tips yang perlu dilakukan. Antaranya:

  • Pegang apa-apa barang di tangan untuk tunjuk kepada monyet bahawa anda tidak takut.
  • Undur ke belakang secara perlahan sambil memandang tepat kepada kelakuan sang monyet.
  • Angkat barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu ‘mengacah’ dan menakutkan monyet liar.
  • Jangan alihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak berada di kawasan selamat. 

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Lawan Atau Lari?”- Lelaki Ini Kongsi Tips Berdepan Dengan Monyet Liar

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Momen Diserang Monyet Liar Hingga Bayi Jatuh Dari Stroller

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd