Now Reading
Cara Hidup Sederhana Profesor UM Ini Raih Pujian, Ada Yang Gelarnya ‘Sheldon Malaysia’

Cara Hidup Sederhana Profesor UM Ini Raih Pujian, Ada Yang Gelarnya ‘Sheldon Malaysia’

Rata-rata pelajar di Universiti Malaya (UM) mengenali Profesor Dr Raymond Ooi Chong Heng sebagai individu yang menunggang motosikal kapcai ke tempat kerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kadangkala, permata yang paling berharga sememangnya sukar untuk dicari apatah lagi untuk menemuinya di ‘lautan’ manusia dan pelbagai ciptaan alam sekitar.

Namun ia tidak menjadi penghalang buat seorang profesor di Universiti Malaya (UM) untuk bersinar bak berlian oleh kerana tahap kebijaksanaannya itu.

Jom kami bawa anda mengenali seorang pensyarah di Jabatan Fizik di UM tersebut iaitu Profesor Dr Raymond Ooi Chong Heng.

Profesor UM Terima Anugerah Hasil Daripada Kajiannya

Baru-baru ini, Profesor Dr Raymond Ooi Chong Heng telah dipilih untuk menyertai kelas 2025 Optica Fellows serta diiktiraf untuk pembangunan rangka kerja teori kuantum (Heisenberg-Langevin) bagi kajian korelasi foton bukan klasik dalam Raman dan sistem plasmonik kuantum.

Anda tak faham ke? Jangan risau, kami pun sama. Sebab itulah beliau seorang saintis dan menerima anugerah yang membanggakan ini.

Berikutan pencapaiannya yang membanggakan, pihak UM turut mengucapkan tahniah kepada beliau atas pengiktirafan yang diberikan kepadanya.

Siapa Sebenarnya Professor Dr Raymond Ooi Ini?

Berdasarkan profil beliau di laman web UM, Raymond merupakan Felo terpilih Akademi Sains Malaysia sejak tahun 2015.

Beliau juga pernah memenangi Anugerah Sains & Teknologi Yayasan Sains Toray Malaysia (MTSF) pada 2013 dan memperoleh PhD (dr.rer.nat) dari University of Konstanz di Jerman dalam optik kuantum dan penyejukan laser molekul.

Raymond kemudiannya bekerja sebagai ‘Associate Research Post-doctoral’ selama tiga tahun dengan Marlan O. Scully iaitu seorang ahli fizik yang terkenal dalam koheren kuantum.

Pada masa yang sama, beliau juga adalah seorang saintis pelawat di Princeton University dan Max-Planck Institut fuer Quantenoptik.

Kemudian, beliau menyertai Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) sebagai Penolong Profesor di Universiti Korea dan Monash University (Sunway) sebagai Pensyarah Kanan sebelum menyertai Universiti Malaya pada 2010.

Penyelidikan Raymond telah menghasilkan lebih daripada 160 penerbitan meliputi optik kuantum, spektroskopi molekul tak linear dan mikroskop kuantum, fizik statistik kondensat Bose-Einstein, interaksi, penjanaan serta penyebaran denyutan laser ultrashort.

Pada tahun 2011, beliau menjadi pengasas kepada pusat penyelidikan Sains Kuantum dan Laser dan bergerak secara solo dalam membangunkan kemudahan Laser dan Optik Femtosecond Intensiti Tinggi Ultrafast dalam bangunan Penyelidikan Berimpak Tinggi (HIR) melalui geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Raymond turut mempengerusikan persidangan antarabangsa pertama mengenai Optik Kuantum dan Bukan Linear (QNO2018) pada tahun 2018.

Kini, beliau mengetuai program penyelidikan komunikasi kuantum di Malaysia.

Ramai Kagum Dengan Gaya Hidup Professor Dr Raymond Ooi

Biasanya bila kita sebut kerjaya sebagai seorang saintis, mesti ramai membayangkan seseorang itu akan memakai cermin mata, kot putih makmal dan berharta. Betul tak?

Tetapi lain pula dengan gaya kehidupan yang diamalkan oleh Raymond apabila ramai menegenalinya sebagai seseorang yang membudayakan cara hidup bersederhana walaupun bergelar profesor.

Baru-baru ini, seorang pengguna di X (@_AmranFans) memuat naik ciapan yang menyatakan bahawa golongan yang bijak pandai kebiasaannya tidak mementingkan status atau kekayaan.

Malah, dia juga menunjukkan Raymond sebagai contoh apabila profesor berprofil tinggi itu berulang-alik ke tempat kerja dengan menunggang motosikal Honda C70 sambil memakai topi keledar ‘steng’.

Bagi mereka yang tidak tahu, topi keledar ‘steng’ adalah topi keledar murah berbentuk separuh dan kelihatan seperti cangkerang penyu.

Masyarakat Malaysia Samakan Raymond Dengan Karakter Sheldon Dalam Siri ‘The Big Bang Theory’

Ciapan tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai pengguna media sosial apabila ramai yang tertarik dengan gaya kehidupan beliau yang bersederhana.

Sementara itu, seorang lagi pengguna di X menganggap Raymond sebagai seorang legenda yang merendah diri dan berpendapat bahawa profesor itu kelihatan seperti orang biasa apabila bertemu dengannya, sedangkan beliau adalah salah seorang ahli fizik paling cemerlang di Malaysia.

Lebih menarik lagi, ada juga netizen yang menyamakannya dengan watak Sheldon Cooper dalam siri The Big Bang Theory yang juga merupakan seorang ahli fizik teori.

Sumber: X

Kesimpulannya bak kata pepatah mat saleh, ‘Don’t judge a book by it’s cover’.

Walaupun seseorang itu nampak seperti individu biasa, mana tahu mereka sebenarnya seorang pakar ekoonomi, jurubedah atau CEO syarikat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd