Berhenti Tanpa Notis Lepas 4 Hari Kerja, Majikan Stres Ibu Kepada Bekas Staf Tuntut Gaji Untuk Anak
Menurut majikan dikenali sebagai Nik Mujahidah, stafnya sebelum ini telah bersetuju bahawa gaji tidak akan diberi jika pekerja tarik diri dalam tempoh percubaan selama seminggu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mendapat tempat dalam sesuatu syarikat atau pekerjaan bukanlah satu perkara mudah pada waktu ini. Ada di antara kita yang terpaksa ‘job hunting’ untuk tempoh masa yang lama bagi mendapatkan jawatan tetap.
Namun segelintir individu malah mensia-siakan peluang dan tawaran diterima dengan melakukan kerja secara sambil lewa.
Sehinggakan ada yang sampai melanggar kontrak dipersetujui bersama majikan dan bertindak membuat onar atas kepentingan diri sendiri.
Staf Lepasan SPM Langgar Syarat Kerja, Berhenti Kerja Tanpa Notis
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang majikan dikenali sebagai Nik Mujahidah (@nikmujahidah) berkongsi kisah tentang salah seorang bekas staf yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Nik, pekerjanya itu telah berhenti kerja secara mengejut walaupun tahu dia sudah melanggar syarat ditetapkan.
“Masa temu duga kerja, kami dah bagi tahu kami perlukan pekerja untuk production projek raya (selama) dua bulan. Dua bulan sahaja. Bukan senang nak latih orang baru tanpa pengalaman. Jadi kami bagi syarat kalau nak kerja, tarik diri dalam tempoh percubaan selama seminggu tak akan dapat gaji,” kata Nik.
Staf tersebut bagaimanapun bersetuju dengan terma ditetapkan. Namun lain pula yang terjadi apabila pekerja lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) itu bertindak melanggar perjanjian terbabit.
“Tarik diri hari keempat, tak ada notis apa. Minta gaji empat hari anaknya kerja. Tak sempat pengeluaran baru sempat briefing, dah minta berhenti kata kerja penat. Berdiri lama dan mengeluh,” tambah Nik lagi.

[Sumber: Freepik]
Ibu Kepada Bekas Staf Berang Majikan Tak Bayar Gaji Untuk Tempoh 4 Hari Bekerja
Lebih teruk lagi, ibu kepada bekas kakitangan itu menuntut gaji daripada Nik meskipun si anak telah jelas melanggar perjanjian.
“Kenapa anak kerja empat hari tak bayar? Kalau tak bayar saya ketengahkan perkara ni,” kata si ibu.
Difahamkan, ibu kepada staf tersebut yang memohon kerja buat si anak sebelum ini.
“Pengajaran, jangan bagi kerja dekat orang yang mak dia datang mintakkan kerja. Kalau tak jadi macam ni. Mak dia marah kita kenapa tak bagi tahu awal-awal dekat ibu bapa tentang terma syarat gaji.
“Saya cakap maaf puan, kami berniaga bukan institusi tempat pengajar kena maklumkan ibu bapa satu-satu. Kami bayar gaji dekat pekerja jadi kami bagi tahu pekerja. Segalanya dalam surat perjanjian yang sepatutnya ditandatangan lepas tempoh percubaan,” jelas Nik.
View on Threads
Staf Nik Dibayar Gaji Mengikut Projek
Isu tersebut tidak terhenti di situ sahaja, apabila penjaga itu didakwa meminta jumlah gaji yang tidak masuk akal iaitu sebanyak RM6,000 kerana telah bekerja selama empat hari iaitu RM1,500 untuk sehari.
Jumlah itu adalah tidak munasabah memandangkan projek belum lagi selesai.


Pekerja Keluh Banyak Sangat Terma Perlu Diingat
Nik dalam sama turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas pekerja yang tidak beradab dengannya. Sebelum ini, majikan tersebut meminta staf itu untuk menjelaskan secara terperinci tentang setiap terma kepada si ibu agar tiada salah faham berlaku.
Tetapi pekerja itu berkata dia tidak ambil maklum tentang perkara yang diperjelaskan Nik dengan alasan ‘banyak sangat benda nak kena ingat’.

Ramai Geram Dengan Sikap Anak Muda Yang Minta Ibu Bapa Carikkan Kerja
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berang melihat sikap ibu yang melenting kepada majikan walaupun ia adalah kesalahan anak sendiri kerana berhenti tanpa notis.
Sementara itu, ramai juga berasa geram dengan sikap segelintir anak muda yang mengharapkan pertolongan ibu bapa dalam semua jenis urusan termasuklah bagi memohon pekerjaan.
“Besar dah lepas SPM cari la kerja sendiri. Ni semua suruh mak. Lepas tu tak tahan penat terus berhenti. Adoi la anak muda,” kata seorang wanita.









Majikan Boleh Ambil Tindakan Jika Pekerja Berhenti Tanpa Notis
Sebelum ini, seorang perunding HR dikenali sebagai Syakir pernah menjelaskan tentang isu pekerja yang berhenti kerja tanpa meninggalkan notis ditetapkan.
Menurutnya, jika kontrak tidak menyatakan sebarang tempoh masa untuk menghantar notis, maka pekerja perlu menghantar selama empat minggu notis mengikut Akta Kerja 1955.
Persoalan di sini adakah majikan boleh mengambil tindakan terhadap pekerja yang berhenti kerja tanpa memberi notis awal? Jawapannya adalah boleh.
“Bila pekerja tak cukup notis, dia perlu bayar (pampasan) ganti notis tersebut. Katakanlah dia tidak cukup satu bulan, dia kena bayarlah satu bulan dia tu.
“Majikan boleh tuntut melalui Jabatan Tenaga Kerja tapi macam mana pun saya nasihatkan agar pekerja patuh pada apa yang telah dipersetujui. Masuk kerja cara baik, nak keluar kerja pun cara baik,” katanya.
Tonton video [DI SINI].
@syakirhr pekerja berhenti tak cukup notis #kerjakeras #undangundang #aktakerja #kerja #pekerjaan #majikan #pekerja #sumbermanusia #undangundangmalaysia #hakpekerja #cutitahunan #waktukerja #buangkerja
♬ original sound – myHRmudah – Syakir HR Consultancy
Namun dalam konteks ini, agak sukar untuk majikan menuntut pembayaran daripada bekas staf itu kerana tiada dokumen atau kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam erti kata mudah, tiada bukti hitam putih.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Intern ‘Demand’ RM3,000 Gaji & Insentif Undang Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Proper Greeting Pun Tak Ada” – Cara Individu Ini Mohon Kerja Di E-mel Buat Ramai Stres
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Hak Pekerja Yang Anda Perlu Ambil Tahu. Nombor 4 Paling Penting!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.