[Video] Rider Foodpanda Pantas Bantu Wanita Jatuh Dari Motosikal Di Lampu Isyarat Raih Pujian
Menerusi video tular, kelihatan wanita itu terjatuh dari motosikalnya sekitar jalan raya di Sungai Petani, Kedah sewaktu lampu isyarat bertukar merah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai sikap baik hati serta bertimbang rasa dengan masyarakat meskipun dengan individu tidak dikenali.
Antara golongan yang selalu tular kerana keprihatinan mereka dalam membantu orang awam adalah rider penghantar makanan.
Seperti sebelum ini, seorang rider dipuji ramai kerana sanggup membatalkan pesanan makanan demi membantu seorang pakcik yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba semasa dia sedang bekerja.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Sanggup Batal ‘Order’ Pelanggan Demi Bantu Pakcik Terkena Serangan Jantung
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider GrabFood Bantu ‘Clear’ Trafik Sesak Kerana Lampu Isyarat Rosak Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Tumpangkan Rider & Makan Makanan Raih Pujian. Salute!
Rider Foodpanda Bantu Wanita Terjatuh Dari Motosikal
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@andika.kefly_) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Andika berkongsi situasi cemas yang berada di persimpangan jalan raya di Sungai Petani, Kedah.
Menerusi video tular, kelihatan seorang penunggang motosikal wanita secara tiba-tiba rebah sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Difahamkan, wanita terbabit terjatuh dari kenderaan dua rodanya itu selepas menekan brek secara mengejut ketika lampu bertukar merah.
Perkara yang mencuri perhatian adalah apabila seorang rider penghantar makanan foodpanda yang berada di laluan bertentangan dengan pantas menuju ke arah wanita berkenaan untuk membantunya.
“Terima kasih abang rider paling cepat tolong akak tu. Mungkin akak tu penat sangat baru balik kerja kan,” ujar Andika.
Dalam video sama, kelihatan rider itu dengan segera menolong wanita tersebut mengangkat motosikal terbabit dan barangan yang terjatuh di jalan tar.
“Tolong cari abang rider yang baik hati ni. Laju gila tolong akak tu,” kata Andika di ruangan kapsyen.
@andika.kefly_ Tolong cari abang rider yang baik hati ni , Laju gila tolong kak ni ❤️. #rider #foodpanda #sungaipetani #fyp #foryou #bismillahfyp ♬ original sound – Cat Farish – DABOMB STREEWEAR
Tonton video [DI SINI].
Ramai Puji Tindakan Rider Foodpanda Kerana Cepat Membantu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan penghantar makanan yang tidak berkira membantu walaupun dalam keadaan trafik sesak.
“Alhamdulillah terbaik semua rider cakna tengok. Selalu bila bab ni ujian untuk diorang cepat bantu dan tolong. Semoga dipermudahkan segala urusan abang rider semua,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah segelintir individu turut berkongsi kisah lebih kurang sama yang pernah terjadi di jalan raya sebelum ini.
“Sama macam hari tu dekat Putrajaya. Ada akak tu tergolek macam tu. Seorang pun tak tolong. Saya datang tolong angkat. Dah la tengahari, panik akak tu,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga sempat menitipkan doa yang baik-baik buat golongan rider yang sudi membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
“Semoga abang dan abang panda jumpa lampu isyarat sentiasa hijau, jalan tidak berlubang, minyak motor tak habis dan tayar tak botak-botak,” kata seorang lelaki.
















Allah SWT Akan Permudahkan Urusan Individu Yang Membantu Orang Lain
‘Seperti mana kamu lakukan kamu akan dibalas balik.’
Untuk info, ungkapan itu dipetik dari sebuah riwayat seperti yang direkodkan oleh Abdul Razzaq dalam Musannafnya yang berbunyi:
الْبِرُّ لَا يَبْلَى، وَالْإِثْمُ لَا يُنْسَى، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ، فَكُنْ كَمَا شِئْتَ كَمَا تَدِينُ تُدَانُ
Maksudnya: “Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan (Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan akan dibalas.”
Dalam satu hadis juga, Nabi Muhammad SAW mengingatkan bahawa siapa yang memudahkan urusan orang lain maka Allah SWT akan memudahkan urusannya.

Manakala orang yang menyusahkan urusan orang lain maka Allah Yang Maha Esa juga akan menyukarkan urusannya.
Oleh disebabkan itu, janganlah kita berkira untuk menghulurkan bantuan kepada insan lain termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang juga merupakan makhluk Tuhan Yang Maha Pencipta.
Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Lampu Selalu Hijau” – Rider Dipuji Bantu Alih Penghadang Di Tengah Jalan Masa Hujan Lebat [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Sanggup Berhenti Untuk Bantu Alihkan Kereta Rosak, Tindakan Pemandu Lori Dipuji [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Pemuda Dipuji Bantu Warga Emas Terjatuh Di Eskalator MRT
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.