[Video] Ketam Hidup Sesat Dalam Tandas Rumah Orang Bikin Ramai Hairan
Kebanyakan pengguna media sosial mendakwa ketam tersebut meloloskan diri daripada dimasak berikutan keadaan sepitnya yang berikat getah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Secara amnya, kes haiwan yang masuk ke dalam kawasan tandas kediaman ini bukanlah lagi perkara asing. Pasti ramai pernah melalui pengalaman tersebut kan?
Sebelum ini, pernah berlaku satu kes di mana seekor ular sawa dilihat muncul dalam mangkuk tandas di sebuah Pangsapuri Prima Court, Ampang, Selangor sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak.
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Di Ampang Cedera Dipatuk Ular Yang Menyorok Dalam Mangkuk Tandas
Selain itu, faktor cuaca panas juga menjadi salah satu punca mengapa haiwan tersebut boleh ditemui di tempat-tempat yang lembab dan basah seperti tandas.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Bomba Keluarkan Ular Dalam Sofa Rumah Buat Ramai Seram
Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlalu Panas, Ular Sawa 10KG Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan
Wanita Terkejut Jumpa Ketam Dalam Tandas
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok (@haibarasashi), seekor ketam dilihat menyorok di bawah sebuah rak di penjuru tandas berkenaan.
Berdasarkan perkongsiannya, wanita tersebut sedang mandi sebelum menyedari kehadiran ketam itu. Tidak lama selepas melihat kelibat ‘sesuatu’ di bawah rak dalam tandas, dia kemudiannya terkejut dan menjangkakan ia adalah seekor cicak besar.
Namun, siapa sangka haiwan itu rupa-rupanya adalah seekor ketam di mana sepitnya masih diikat dengan getah.
Apa yang membuatkan wanita ini hairan adalah rumahnya terletak di tingkat 10.
Video berkenaan meraih perhatian ramai sehingga mendapat 221,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Klik [DI SINI] untuk lihat video penuh.
Ramai Bingung Melihat Kehadiran Ketam Muncul Dalam Tandas Rumah Orang
Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai tanda tanya dari orang ramai yang tentang kewujudan haiwan terbabit.
Sesetengah netizen mempersoalkan bagaimana ketam itu boleh berada di dalam tandas sedangkan rumahnya berada di tingkat atas.
“Mana datang pula ni?” kata netizen.
Selain itu, ramai juga pengguna TikTok yang membuat gurauan kononnya ketam tersebut meloloskan diri daripada menjadi bahan masakan.
“Ni mesti tak nak kena masak ni” ujar pengguna TikTok.

Tips Matikan Ketam Sebelum Masak
Untuk anda yang pertama kali belajar memasak ketam, jom kami kongsikan beberapa tips untuk mematikan ketam tanpa rasa bersalah.
Antaranya:
- Terbalikkan ketam dan cari bahagian yang ada bentuk segi tiga.
- Cucuk dengan benda tajam seperti lidi atau pisau di bahagian tengah bawah badannya selama 15 saat.
- Ketam akan mati dalam beberapa saat.
Semoga tips ini dapat membantu anda semua dan harap tiada lagi ketam ‘sesat’ dalam tandas rumah orang selepas ini.
Baca Artikel Berkaitan: Ketam Viral, Bangi Perkenal 10 Hidangan Ketam Istimewa. Chili Crab Paling ‘Bomb’ [Review]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Guna Ketam Untuk Ambil Baju Di Tingkat Bawah Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: Beli Ketam Untuk Masak Tapi Anak Selamba Jadikan BFF, Siap Bawa Tengok TV & Mandi [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â