[Video] Doktor Ini Perjelas Sebab Gigi Manusia Ada Yang Bergerigi. Take Note!
Gerigi pada gigi tersebut dikenali sebagai mamelon dan hanya terdapat pada gigi manis.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap orang pasti menginginkan gigi yang bersih dan teratur agar senyuman nampak menawan. Oleh itu, penggunaan pendakap gigi selalu menjadi pilihan bagi mereka dengan gigi yang tidak tersusun agar menjadi lebih cantik.
Namun begitu, terdapat juga keadaan gigi yang memerlukan prosedur lain untuk dicantikkan. Salah satunya adalah gigi yang bergerigi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Kongsi Kuantiti Ubat Gigi Perlu Diambil Setiap Individu
Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini 3 Waktu Yang Perlu Anda Elak Untuk Gosok Gigi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Gigi Pesan Pada Orang Ramai Untuk Jujur Sebelum Mula Prosedur. Ini Sebabnya
Gerigi Pada Gigi Dikenali Sebagai ‘Mamelon’
Baru-baru ini, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr Habib telah menerima soalan menerusi akaun TikTok (@tomato_012) mengenai gigi yang bergerigi.
“Kalau gigi yang bergerigi sampai 14 tahun ni ada masalah apa?” soal individu tersebut.
Menurut Dr Habib, gerigi yang terdapat pada gigi dikenali sebagai ‘mamelon’. Ia dimiliki oleh hampir semua individu, namun akan hilang setelah beberapa lama.
Jelasnya, mamelon pada gigi berkenaan bertujuan untuk membantu gigi kekal keluar daripada dalam gusi.
“Bila gigi kekal nak keluar atau tumbuh, dia dari dalam tulang dan kena tembus gusi. Jadi dia kenalah tajam untuk koyakkan gusi tu,” jelasnya.
Mamelon Akan Terhakis Secara Sendiri
Sebaik sahaja gigi telah tumbuh, gerigi tersebut tidak diperlukan lagi dan akan menjadi haus atau terhakis apabila seseorang sering mengunyah makanan.
Namun tambah Dr Habib, terdapat juga individu yang masih mempunyai mamelon pada gigi walaupun setelah berbelas-belas tahun.
Ini mungkin terjadi kerana gigi daripada rahang bawah dan atas tidak bersentuhan seperti dalam keadaan gigi yang agak berterabur (crowded), ternganga atau rahang ‘overbite’. Jadi apabila mengunyah makanan, gigi tersebut tidak akan saling berlanggar dan terhakis.
Katanya lagi, mungkin terdapat individu yang tidak suka dengan gigi mamelon kerana tidak kelihatan estetik. Oleh itu, mereka boleh hadir ke klinik gigi dan meminta doktor untuk membuang bahagian gigi yang bergerigi itu.
Namun dia menegaskan orang ramai agar melakukan prosedur itu dengan doktor gigi yang bertauliah dan bukanlah di rumah.
Tonton video [DI SINI].
Mamelon Hanya Ada Pada Gigi Manis
Berdasarkan laman web Healthline, mamelon diperbuat daripada enamel iaitu bahagian lapisan luar gigi.
Mamelon hanya timbul pada gigi manis (incisor) yang baru tumbuh dan kebiasaannya didapati pada orang dewasa sahaja, tetapi boleh juga wujud pada gigi susu bayi.
Untuk info, setiap individu mempunyai empat gigi manis pada rahang atas dan empat di bawah yang digunakan untuk memotong makanan.
Menurut Healthline, walaupun mamelon dikatakan berfungsi untuk membantu gigi menembusi gusi, namun secara umumnya ia dipersetujui tidak mempunyai sebarang kepentingan klinikal.
Mamelon Boleh Dibuang Menerusi Prosedur Pergigian Kosmetik
Mamelon tidak berbahaya mahupun menjejaskan kesihatan oral atau tabiat mengunyah. Namun seperti yang dikatakan oleh Dr Habib, sesetengah individu mungkin mahu menghilangkan gerigi itu bagi tujuan estetik.
Mamelon boleh dihilangkan oleh doktor gigi dengan cara mengikis bahagian gerigi tersebut dan merupakan satu bentuk pergigian kosmetik yang dikenali sebagai:
- Pembentukan semula gigi (reshaping).
- Penyusunan semula gigi (recontouring).
- Pengikisan gigi (shaving).
- Penyusunan kosmetik (cosmetic contouring).
Prosedur ini tidak menyakitkan dan tidak perlu dibius terlebih dahulu memandangkan mamelon diperbuat daripada enamel yang tidak mempunyai saraf.
Namun bagi sesetengah individu, gigi mungkin akan terasa lebih sensitif terhadap suhu panas atau sejuk buat tempoh tertentu setelah mamelon dibuang.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Putihkan Gigi Kuning & Berkarat Secara Semula Jadi
Baca Artikel Berkaitan: Gigi Anak Rosak Dan Tak Cantik? Doktor Kongsi Bagaimana Berlaku & Cara Hindari Karies Botol Susu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Kesan Jarum” – Doktor Gigi Kongsi Kisah Jumpa Susuk Pada Bahagian Rahang Pesakit
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.