Now Reading
“Macam Baya Ayah Aku Dah” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Di Sebalik Maskot Katak

“Macam Baya Ayah Aku Dah” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Di Sebalik Maskot Katak

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Syira, dia berasa sebak melihat pakcik bermaskot katak itu yang lambat makan kerana gigih bekerja di Dataran Pontian, Johor hingga lewat malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bukan semua di antara kita yang dibesarkan dalam keadaan sempurna serba-serbi. Ini termasuklah dari segi kesihatan dan rezeki seseorang itu. Buat mereka yang tidak begitu mampu, mereka terpaksa bekerja keras supaya mempunyai sumber pendapatan bagi menyara hidup walaupun sudah lanjut usia.

Seperti sebelum ini, tular kisah dua orang adik-beradik warga emas yang gigih menjalankan bisnes kedai makan. Meskipun sudah mencecah usia 70-an namun, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk sentiasa mencari rezeki halal.

Jelas si adik, mereka tidak berputus asa untuk berniaga kerana tidak mempunyai pencen.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Adik-beradik Warga Emas Gigih Cari Rezeki, Peniaga Titip Pesanan Buat Anak Muda

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jalan 2 KM Ke Tempat Kerja Dengan Gaji RM45 Sehari [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tak Kerja Nak Makan Apa?” – Desakan Hidup Dorong Wanita Umur 60 Tahun Jadi Pemandu Bas Sekolah Haram

Pakcik Bermaskot Katak Kerja Sampai Lewat Malam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@thaqifahhhh_) apabila seorang wanita dikenali sebagai Syira berkongsi situasi sayu mengenai keadaan seorang warga emas yang bersungguh-sungguh mencari rezeki.

Menerusi video perkongsian, kelihatan pakcik yang sedang memakai maskot katak itu sedang berehat sebentar daripada menghiburkan orang awam sekitar Dataran Pontian, Johor.

Perkara yang membuatkan situasi itu lebih sebak adalah selepas melihat kegigihan warga emas mencari rezeki hingga larut malam dalam usia sebegitu.

“Asalnya nak rakam anak-anak main dekat Dataran Pontian ni. Tapi lain yang nampak. Pakcik ni dah baya-baya ayah aku di kampung.

“Masa ni dah jam 11 lebih (malam) dah tapi dia baru nak makan nasi. Murahkanlah rezeki pakcik ni,” kata Syira di ruangan kapsyen.

Menurut beberapa pengguna TikTok, pakcik itu selalu menadah tangan untuk berdoa buat mereka yang menghulurkan sedekah kepadanya.

@thaqifahhhh_ Asalnya nak record anak2 main dekat dataran pontian ni. Tapi lain yg nampak. Pakcik ni dh baya2 ayah ku di kampung😭 masa ni dh jam 11 lbih dh hampa baru nak makan nasik. Murahkanlah rezeki pakcik ni😭 #ayah #ibuayah #xyzabc #fyp ♬ suara asli – Sadvibes🥀

Tonton video [DI SINI].

Ramai Sayu Lihat Warga Emas Yang Gigih Cari Rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak melihat si pakcik yang sanggup bekerja sambil memakai maskot katak demi mencari rezeki yang berkat.

“Di sebalik katak yang comel, ada pakcik yang selalu berjuang untuk mencari sesuap nasi,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga berkata mereka akan menghulurkan sedekah sekiranya ternampak mana-mana maskot katak di tempat awam selepas ini.

“Lepas ni kalau aku nampak mana-mana katak aku akan sedekah semampu aku, Insya-Allah. Siapa sangka katak yang nampak ceria di luar hakikatnya di dalam susuk seorang ayah,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, segelintir individu yang pernah terserempak dengan pakcik tersebut sebelum ini turut berkongsi kebaikannya bersama orang ramai.

“Saya pernah nampak pakcik ni duduk depan Eco Shop dari tengahari sampai ke malam. Setiap kali orang bagi dia duit dia akan tadah tangan berdoa untuk orang tu. Semoga dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik untuk pakcik,” tulis seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@thaqifahhhh_)

Mencari Rezeki Adalah Amalan Mulia

Besar pahala buat pakcik ini kerana masih kuat bekerja. Walaupun sudah berusia namun pekerjaan yang dilakukan olehnya itu tetap dikira sebagai satu ibadah dan satu kemuliaan di sisi-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya: “Barang siapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465).

Semoga rezeki pakcik ini sentiasa mencurah-curah dengan keberkatan Allah SWT.

Baca Artikel Berkaitan: “Bawa Balik Bagi Anak Mesti Seronok” – Aksi Tukang Cuci Kutip Mainan Di Tempat Sampah Buat Netizen Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Nenek Tua Di Sebalik Kostum Rabbit Merah Masih Gigih Cari Rezeki [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Video Warga Emas 68 Tahun Masih Gigih Bekerja Jadi Rider GrabFood Buat Ramai Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd