Now Reading
[Video] Wanita Guna Biskut Lutut Untuk Buat Tiramisu Raih Perhatian Ramai

[Video] Wanita Guna Biskut Lutut Untuk Buat Tiramisu Raih Perhatian Ramai

Wanita itu berkata dia menggantikan dengan biskut lutut apabila gagal menemukan biskut ladyfinger yang digunakan dalam resepi asal tiramisu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tiramisu kini telah menjadi satu trend di dalam negara apabila banyak kafe menyediakan hidangan tersebut buat para pelanggannya.

Pencuci mulut yang berasal dari Itali itu sememangnya menjadi kegemaran mereka yang menyukai makanan manis dengan rasa kopi.

Walaupun tiramisu kini banyak dijual di restoran dan kafe, namun sesetengah individu lebih gemar menghasilkan pencuci mulut itu sendiri agar lebih sesuai dengan cita rasa masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: Yellow Brick Road, Monét Serta 7 Lagi Lokasi Sekitar KL & Selangor Untuk Penuhi Keinginan Tiramisu Anda

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Tiramisu Monét Jadi Buruan Ramai, Siapa Sebenarnya Pemilik Kafe Viral Di Jalan J, Taman Melawati Ini?

Tak Jumpa Ladyfinger, Wanita Guna Biskut Lutut Untuk Buat Tiramisu

Jika anda merupakan peminat tiramisu, pasti tahu bahawa ia dibuat menggunakan lapisan biskut ‘ladyfinger’ dan krim keju.

Namun biskut ladyfinger yang semakin sukar dicari selepas tiramisu menjadi semakin popular menyebabkan seorang wanita mencari inisiatif lain.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya (@suhainimohdyusof), dia telah menggunakan biskut lutut untuk menghasilkan tiramisu apabila gagal menemukan ladyfinger.

“Cari merata-rata dah habis, asyik tak ada je. Aku pakai la biskut lutut ni. Tengok banyak sangat biskut lutut dalam rumah ni,” katanya.

Seperti resepi tiramisu asal, dia mencelup biskut lutut ke dalam bancuhan kopi terlebih dahulu sebelum menyusun di dalam bekas dan dilapisi keju.

Tonton video di bawah atau [DI SINI].

Biskut Lutut Jadi Lembut Selepas Dicelup Kopi

Suhaini juga telah berkongsi video ketika mencuba tiramisu yang dibuat menggunakan biskut lutut itu.

Dapat dilihat biskut lutut tersebut sememangnya telah menjadi lembut dan hanya perlu diceduk menggunakan sudu sahaja.

Selepas menyuap tiramisu ke dalam mulutnya, dia berkata hidangan itu sememangnya amat sedap dan tidak terasa ‘kosong’ seperti yang dinyatakan oleh beberapa pengguna media sosial lain.

Boleh bayangkan memang sedap tiramisu itu sebab biskut lutut kebiasaannya dimakan bercicah kopi kan!

Ada Yang Pernah Cuba Guna Biskut Lutut Dalam Tiramisu

Nampak lain daripada yang lain bukan? Inovasi oleh wanita itu menggunakan bahan yang ada di dalam rumahnya telah menarik perhatian orang ramai sehingga meraih lebih satu juta tontonan.

Ada yang telah sekian lama menunggu seseorang menggunakan biskut lutut sebagai ganti ladyfinger dalam tiramisu kerana kelihatan serupa.

Seorang individiu pula menganggap tiramisu itu pasti menjadi rangup kerana biskut lutut yang digunakan adalah keras.

Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial berkata mereka juga telah menghasilkan tiramisu menggunakan biskut lutut. Namun ada yang berkata bahawa biskut telah menjadi liat dan perlu dibiarkan lebih lama di dalam peti ais sebelum dimakan.

Namun seorang pengguna TikTok berkata biskut tersebut perlu direndamkan secukupnya agar bahagian tengah tidak keras.

Di samping itu, ramai juga yang selama ini mengingat bahawa ladyfinger yang digunakan dalam resepi asal tiramisu adalah biskut lutut. Lain tau.

Senang Nak Buat Tiramisu, Tak Perlu Masak!

Tiramisu sememangnya pencuci mulut yang amat mudah dihasilkan! Tidak seperti biskut ataupun kek, ia tidak perlu dimasak dan hanya diletakkan di dalam peti sejuk.

Kalau anda nak cuba buat tiramisu sendiri, berikut kami kongsikan resepi oleh Che Sayang Kitchen. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tiub kecil cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan whipping cream
  • Air kopi tanpa gula
  • Biskut ladyfinger (atau biskut lutut!)
  • Serbuk koko

Cara-caranya pula senang sahaja. Mula-mula sekali, pukulkan cream cheese pada suhu bilik dengan gula sehingga sekata. Kemudian masukkan whipping cream dan pukul semula sehingga bancuhan menjadi gebu.

Setelah bancuhan keju disediakan, bolehlah mula celupkan biskut satu per satu ke dalam air kopi dan susunkan di dalam bekas.

Letakkan bancuhan keju tadi di atas lapisan biskut yang disusun. Ulang semula untuk hasilkan sekurang-kurangnya dua lapisan biskut dan keju.

Akhirnya, taburkan serbuk koko di atas dan sejukkan selama satu hingga dua jam sebelum sedia untuk dinikmati.

Tonton video di bawah atau [DI SINI].

@chesayang_kitchen

Episod 316 | Resepi Tiramisu | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi Penuh – 1 tiub kecil cream cheese – 1/4 cawan gula – 1 cawan whipping cream – Air kopi tanpa gula – Biskut lady finger (dapat di kedai supply barang bakeri) #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #tiramisu #TasteOfCNY2024

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kedai Yang Jual Cinnamon Roll Sekitar KL & Selangor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd