[Video] Rakyat Malaysia Terliur Lihat Resepi Durian Crème Brûlée Oleh Wanita Amerika, Nampak Sedap!
Bahan-bahan resepi yang digunakan untuk membuat Durian Crème Brûlée ini pun semuanya senang untuk dicari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila sebut buah durian, mesti ramai yang boleh terbayang rasa isinya yang cukup berlemak kan? Kadangkala baunya juga boleh dikesan dari jarak jauh.
‘Raja Buah’ ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti Musang King, IOI, D24 serta jenis kampung. Setiap peminat durian mesti akan ada jenis durian kegemaran mereka.
Selain boleh dimakan begitu sahaja, durian juga boleh dibuat sebagai hidangan seperti serawa. Kalau dimakan pula dengan roti kosong, memang kenyang!
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Lelaki Kunyah Kulit Durian Siap Cicah Dengan Sambal Raih 3.7 Juta Tontonan Di TikTok
Baca Artikel Berkaitan: Durian Kampung, IOI, Udang Merah & 7 Lagi Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Tour Guide Minta 20% Komisen Bawa Pelancong Asing Makan Durian, Ini Respon Win Pemilik Kedai
Wanita Dari Amerika Syarikat Kongsi Resepi Buat Durian Crème Brûlée

Berbicara tentang durian, seorang wanita di Amerika Syarikat berkongsi video di laman TikTok miliknya (@jenhdao) yang memperlihatkan bagaimana dia meenghasilkan menu unik daripada buah durian iaitu Durian Crème Brûlée.
Lebih mengagumkan lagi, hidangan ini juga menggunakan pangsa durian dan kulitnya. Dengar wanita ini ketuk bahagian Crème Brûlée pada durian itu pun sudah terliur.

Jom kami kongsikan resepi yang ditunjukkan oleh pemilik video dalam membuat Durian Crème Brûlée.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Setengah cawan susu
- Satu cawan krim putar (Whipping cream)
- Satu sudu teh ekstrak vanila
- Secubit garam
- 1/3 cawan gula
- Empat biji telur kuning
- Setengah cawan isi durian
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Keluarkan isi durian dan kosongkan bahagian pangsanya.
- Keluarkan biji dari isi durian tersebut.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
- Kisarkan kesemua bahan dalam kelajuan yang rendah sehingga sebati.
- Tapis bahan yang sudah sebati itu ke dalam bekas lain.
- Masukkkan cecair berkenaan ke dalam pangsa durian yang sudah dibasuh dan dikeringkan.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 325 Fahrenheit selama 35 hingga 40 minit.
- Kemudian, simpan dan sejukkan di dalam peti ais.
- Letak dua sudu gula di atas isi durian berkenaan.
- Bakar sehingga gula mula mengeras.
Dah siap! Sedia untuk dimakan.
@jenhdao Stay durian your lane if you can’t handle this durian creme brûlée. Durian isn’t for the weak… but neither am I. 💛😆 you either love it or hate it, there’s no in between. Full Recipe: jenhdao.com/durian-creme-brulee/ 🛒✨ Ingredients: For the Custard: • 4 large egg yolks • 1/2 cup durian flesh (about 2-3 durian pods, mashed) • 1/3 cup granulated sugar • 1 cup heavy cream • 1/2 cup whole milk • 1 tsp vanilla extract • A pinch of salt For the Caramelized Sugar Topping: • 2 tbsp granulated sugar For the Durian Shells (Optional): • durian shells #durian #creme #brulee #cremebrulee #durians #baking #asiandessert
♬ original sound – Jen Dao
Ramai Rakyat Malaysia Teruja Lihat Hidangan Durian Crème Brûlée
Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai juga rakyat Malaysia yang teruja apabila melihat buah durian itu diinovasikan dengan menu kreatif dari wanita luar negara terbabit.
Malah, wujud segelintir netizen yang meminta mana-mana individu untuk membuat dan menjual menu sama di Malaysia.
“Okey kita kena ada benda ni kat Malaysia! Cepat siapa nak jual, saya nak beli,” kata pengguna TikTok.
Walau bagaimanapun, sesetengah pihak pula berpendapat bahawa menu berkenaan pasti akan dijual dengan harga yang agak mahal oleh peniaga apabila difikirkan tentang kos yang diperlukan untuk menghasilkan makanan itu.
“Kalau Malaysia tengok ni habis jadi RM159.99 sebab premium dan homade,” ujar netizen.

Manfaat Buah Durian & Keburukannya Jika Terlebih Makan
Buah durian yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Buah’ boleh berfungsi sebagai penawar kerana mempunyai khasiatnya tersendiri.
Antara khasiatnya adalah:
- Tiada kolesterol dan tinggi lemak tak tepu.
- Tinggi anti oksidan.
- Kaya dengan asid folik.
- Tinggi kandungan serat dan fiber.
- Mempunyai asid amino jenis Trytophan.

Meskipun buah durian mampu bertindak sebagai penawar, tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh menjadi ‘racun’ dalam tubuh badan manusia.
Antara kesan mudarat yang boleh berlaku jika anda memakan buah durian secara berlebihan adalah:
- Tinggi kandungan gula.
- Tinggi kandungan kalori.
- Boleh menyebabkan gastrik.
- Suhu badan meningkat.
Satu petua untuk anda yang gemar menikmati buah durian ini adalah dengan meneguk air dari pangsa durian kerana ia mampu menurunkan suhu badan dengan lebih cepat berbanding dengan minum air biasa.
Menurut kajian, perkara ini terjadi akibat daripada kewujudan pektin iaitu sejenis serat yang terkandung dalam pangsa durian dapat membantu mempercepatkan proses homeostasis semulajadi.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Air Dari Pangsa Durian Boleh Kurangkan Suhu Badan? Jom Ketahui Fakta Sebenar
Baca Artikel Berkaitan: “Yang Tahu Akan Hargai” – Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Tak Marah Tapi Suka Pelanggan Anggap Durian Rosak
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.