Now Reading
[Video] Mat Saleh Cuba Menu Five Guys Di UK, Katanya Cawangan Di Malaysia Lagi Sedap

[Video] Mat Saleh Cuba Menu Five Guys Di UK, Katanya Cawangan Di Malaysia Lagi Sedap

Keluarga dari United Kingdom ini bersetuju bahawa menu burger dan kentang goreng yang dimakan di Five Guys Malaysia lebih sedap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan ramai pelancong yang berkunjung ke Malaysia kerana mereka mahu melakukan aktiviti ‘food hunting’ berikutan kepelbagaian jenis menu yang ada di negara kita.

Malah Malaysia juga pernah diiktiraf oleh Agoda sebagai destinasi kelima di Asia yang digelar ‘syurga makanan’.

Cakap je nak makan apa, semuanya ada. Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, cendol, durian, dan lain-lain.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Tak Pernah Ke Malaysia, Namun Ada Kedai Makanan Malaysia Di New York

Baca Artikel Berkaitan: Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan

Keluarga Dari UK Anggap Menu Five Guys Di Negara Mereka Tak Sebagus Di Malaysia

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@the unconventionalfam), keluarga yang berasal dari United Kingdom (UK) berkongsi pendapat mereka mengenai hidangan dari sebuah restoran makanan segera iaitu Five Guys di dua buah negara yang berbeza.

Wanita ini memberitahu bahawa dia pernah mencuba menu burger dan kentang goreng di salah satu cawangan Five Guys di Malaysia dan mahu mencuba makanan sama di UK.

Jika dilihat dari segi menu, cawangan di negara kelahirannya itu lebih bervariasi jika dibandingkan di Malaysia.

Sumber: TikTok (@the unconventionalfam)

Namun apa yang membuatkan mereka sekeluarga berasa agak kecewa selepas gigitan pertama adalah kerana hidangan di cawangan UK kurang enak.

Malah, mereka semua bersetuju bahawa menu burger dan kentang goreng yang dimakan di Five Guys Malaysia lebih sedap.

Sumber: TikTok (@the unconventionalfam)

Bukan itu sahaja, mereka juga berasa hampa dengan cawangan di UK kerana mendakwa hanya diberikan sos mayonis di dalam burger. Sebaliknya cawangan di Malaysia memberikan sos barbeku yang membuatkan rasanya lebih menyelerakan.

Bahkan air minuman mereka juga dikatakan mempunyai rasa yang agak pelik.

Wanita ini juga menunjukkan jumlah kos bernilai RM243.52 (£43.85) bagi tiga burger, satu kentang goreng dan satu minuman di Five Guys cawangan UK.

Sumber: TikTok (@the unconventionalfam)/ Elin Chow

Di akhir video, pemilik video berkata dia tidak sabar untuk balik ke Malaysia dan menikmati menu Five Guys di negara kita.

@theunconventionalfam

There’s more to Malaysian food than Five Guys but I needed to compare in the UK before we leave again 🙌🏼😅 #fiveguys #foodietiktok #malaysian #travelfamily #familyvlog

♬ original sound – theunconventionalfam – theunconventionalfam

Masyarakat Malaysia Suruh Keluarga Mat Saleh Ini Cuba Burger Ramly Pula

Di ruangan komen, ramai rakyat Malaysia yang meminta agar keluarga dari UK itu mencuba burger paling ‘legend’ di Malaysia iaitu burger Ramly.

“Lepas ni tolong cuba burger paling popular kat Malaysia, burger Ramly,” ujar netizen.

Sementara itu, seorang pengguna TikTok pula bersetuju dengan keluarga tersebut bahawa menu Five Guys di Malaysia adalah antara yang terbaik.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang berterima kasih kepada keluarga mat saleh berkenaan kerana memuji tentang keenakan hidangan di Malaysia dan menyambut baik kehadiran mereka di Malaysia.

Sumber: TikTok (@the unconventionalfam)

Apa Yang Membuatkan Burger Ramly Jadi Burger Digemari Ramai Rakyat Malaysia?

Burger Ramly ini biasanya dijual di tepi jalan dan gerai ini akan menjadi tumpuan orang ramai ketika pada waktu petang dan tengah malam di kala banyak premis restoran yang sudah tutup.

Kalau anda adalah peminat burger dengan sos banjir, confirm anda akan suka dengan Burger Ramly ini. Tapi kalau tak nak sos banyak pun tak apa, boleh bagitahu kepada peniaga tersebut.

Sumber: Daily Niaga

Apa yang lebih membanggakan lagi, jenam Ramly ini adalah jenama dari Malaysia yang diusahakan oleh anak kelahiran Perak iaitu Datuk Ramly Mokni.

Siapa sangka dengan bermodalkan RM2,000 ketika mula membuka perniagaan ini apda tahun 1987, jenama burger ini masih menjadi kegemaran ramai sehingga kini.

Baca Artikel Berkaitan: 11 Makanan ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Anda Patut Cuba Selain Nasi Lemak

Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Duduki Tempat Kedua ‘Best Street Food’ Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Dah Terbalik” – Ramai Tak Sangka Harga Makanan Di Pusat Membeli-belah Lagi Murah Dari Pasar Malam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd