Now Reading
Orang Ramai Boleh Lakukan InBody Test Di KKM Putrajaya Secara Percuma

Orang Ramai Boleh Lakukan InBody Test Di KKM Putrajaya Secara Percuma

Menurut individu terbabit, orang ramai tidak perlu membuat sebarang temujanji bagi mendapatkan servis analisis komposisi badan di Pusat Makluman Pemakanan, KKM Putrajaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu sekali-sekala akan mengukur berat badannya bagi memastikan ia berada dalam julat yang sihat dan indeks jisim badan (BMI) ideal.

Namun selain berat badan itu sendiri, terdapat juga komposisi lain di dalam tubuh badan yang penting bagi mengekalkan kesihatan yang ideal termasuk peratus lemak dan jisim otot.

Perkara tersebut boleh diukur menerusi analisis komposisi badan yang dikenali sebagai ‘InBody test’.

Bagi melakukan ujian tersebut, orang ramai boleh membuat temu janji di klinik atau hospital yang menyediakan perkhidmatan terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mat Saleh Gelar Malaysia Negara ‘Tergemuk’, Buat Perbandingan Dengan Vietnam

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Wanita Lagi Cepat ‘Naik Badan’ Dari Lelaki. Ini Sebabnya!

InBody Test Percuma Di KKM Putrajaya

Baru-baru ini, pengguna X (@twt_bajet) berkongsi bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyediakan perkhidmatan tersebut.

Tambahnya lagi, tinjauan yang dilakukan mendapati klinik meletakkan harga pada kadar RM80 ke RM150 bagi InBody test. Selain itu, terdapat juga gim yang menyediakan perkhidmatan tersebut bagi ahlinya dan juga dikenakan bayaran.

Namun begitu, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut secara percuma sahaja menerusi Pusat Makluman Pemakanan di Blok 3, KKM Putrajaya.

Katanya, pakar diet yang bertugas di KKM Putrajaya akan menerangkan tentang analisis InBody test secara teliti sama seperti apabila mendapatkan perkhidmatan tersebut secara berbayar.

Individu Mohon Agar KKM Tambah Jumlah Pakar Diet

Dia menerangkan bahawa analisis terbabit bagus dilakukan untuk mengenal pasti komposisi lemak dalam badan termasuk lemak visceral yang mengelilingi organ-organ seperti hati, usus, dan perut.

“Maksudnya kita rasa diet macam dah kurus, tapi rupanya jadi ringan sebab otot mengecut atau hilang air sahaja. Penting utk tahu lemak visceral dan lemak bawah kulit,” jelasnya.

Namun dalam masa sama, individu itu berkata hanya terdapat seorang pakar diet yang bertugas di sana dan kelihatan terkejut apabila ramai hadir bagi mendapatkan perkhidmatan terbabit.

Katanya, pakar diet tersebut yang melakukan semua perkara termasuk mengukur tinggi dan berat badan individu serta memberi konsultasi.

Dia telah menyebut beberapa akaun KKM dan meminta agar menambahkan jumlah staf bagi InBody test.

Antara perkara yang akan dianalisis menerusi InBody test (Sumber gambar: @twt_bajet/ X)

‘Walk-in’ Sahaja Untuk Lakukan InBody Test Di KKM Putrajaya

Di samping itu, dia berkata bahawa orang ramai tidak perlu lakukan temujanji terlebih dahulu bagi mendapatkan perkhidmatan InBody test di KKM Putrajaya yang dibuka mengikut waktu pejabat iaitu sehingga 5 petang.

Namun kemungkinan akan mengambil masa yang agak lama memandangkan hanya terdapat seorang pakar diet yang bertugas dan perkara itu kini telah diketahui ramai.

Katanya lagi, pihak KKM Putrajaya juga menggunakan peralatan InBody770 bagi menjalankan analisis tersebut. Menurut InBody United Kingdom (UK), peralatan ini menyediakan analisis paling mendalam berbanding produk InBody lain.

Selain di KKM Putrajaya, beberapa individu turut berkongsi bahawa perkhidmatan InBody test turut disediakan di Klinik Kesihatan tertentu serta pusat serenti Wellness Hub juga di bawah KKM.

https://twitter.com/twt_bajet/status/1888816421469323488

Penting Untuk Tahu Komposisi Tubuh Badan

Sesetengah orang mungkin ada memasang niat untuk mengurangkan berat bagi menjaga tahap kesihatan. Namun setiap individu sebenarnya kelihatan berbeza walaupun mempunyai berat badan yang sama.

Merujuk kepada Health Digest oleh Hospital Gleneagles, usaha mengurangkan berat badan tanpa memahami komposisi tubuh mungkin akan menyebabkan kehilangan jisim otot berbanding lemak dalam badan.

Sebaliknya, analisis komposisi badan akan membantu individu untuk mengenal pasti bahagian tubuh yang perlu disasarkan bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.

Dengan membezakan antara peratus jisim otot dan lemak badan, analisis ini akan membantu untuk:

  • Mengenal pasti sama ada perubahan berat badan disebabkan oleh penambahan jisim otot, penurunan lemak, atau lain-lain.
  • Mengenal pasti garis asas untuk mengetahui komposisi yang perlu dikurangkan, ditambah atau dikekalkan.
  • Menilai peratus lemak badan agar boleh fokus pada pengurangan lemak badan dan bukan berat secara keseluruhan semata-mata.
  • Memaksimumkan rutin senaman agar bersesuaian dengan matlamat kesihatan dan kecergasan.
  • Mengira keperluan kalori bagi menghasilkan pelan nutrisis peribadi.

Baca Artikel Berkaitan: Minum Air Masak Sahaja, Ambil Buah, Order Lauk Sayur & 5 Lagi Tips Untuk Kawal Kalori Jika Makan Di Restoran

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Tips Turun Berat Pada Bulan Ramadan. Bukan Kurang Makan Je Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd