Now Reading
“Jujur Tu Penting” – Kedai Makan Dengan Konsep Bayar Layan Diri Jadi Tumpuan

“Jujur Tu Penting” – Kedai Makan Dengan Konsep Bayar Layan Diri Jadi Tumpuan

Restoran yang tidak mempunyai nama dan papan tanda itu berkonsepkan layan diri di mana pelanggan perlu mengambil makanan dan melakukan pembayaran secara sendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai sebenarnya di kalangan peniaga yang sangat pemurah dan tidak berkira dengan pelanggannya. Sehinggakan ada yang meninggalkan tabung dan mempercayai pelanggan untuk melakukan pembayaran secara sendiri.

Seperti sebelum ini, tular di laman Facebook apabila seorang peniaga bertindak menjual bahan masakan dengan harga yang sangat murah di sebuah pondok usang.

Lebih mencuri tumpuan adalah peniaga berkenaan tidak kelihatan di pondok tersebut, sebaliknya hanya menggunakan sebuah tabung di mana pembeli perlu meletakkan duit di situ.

Walaupun ada risiko orang ramai tidak jujur atau bertindak mencuri, namun individu tersebut tetap menggunakan perkhidmatan layan diri terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Individu Jual 4 Bunga Kantan RM2 Sahaja, Berniaga ‘Style’ Layan Diri Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Saya Bayar Esok?” – Peniaga Baik Hati Belanja Pelanggan Makan Lepas Beritahu Dia Tiada Kerja

Kedai Makan Di Puchong Berkonsepkan Layan Diri Tanpa Pantauan Pemilik Premis

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@makantrip) menyaksikan sebuah kedai makan dengan konsep layan diri yang unik.

Menerusi video perkongsian, kelihatan restoran tersebut menyajikan hidangan nasi berlauk untuk pelanggannya. Perkara yang perlu dilakukan oleh para pelanggan adalah dengan hanya memilih lauk-pauk yang dingini lalu membungkusnya sendiri.

“Restoran ni korang layan diri. Tak ada orang hidangkan, korang kena tapau dan terus keluar,” kata seorang lelaki.

Selepas itu, anda harus mengira kos jumlah keseluruhan hidangan berkenaan secara sendiri berdasarkan menu dan harga yang tertera pada nota ditampalkan di dinding. Harga makanan yang ditetapkan juga sangat berpatutan dan mesra poket.

Pembayaran Secara Tunai Atau Melalui Kod QR

Dari segi transaksi pembayaran pula, pelanggan boleh memilih untuk membayar menggunakan wang tunai atau secara tanpa tunai (cashless) melalui kod QR yang disediakan.

Jika pelanggan mahu membayar secara tunai, mereka perlu meletakkan duit ke dalam peti keselamatan.

Sumber: TikTok (@makantrip)

Pelanggan Boleh Bayar Makanan Pada Hari Lain Jika Tiada Duit Kecil

Lebih mencuri perhatian adalah pemilik kedai tidak berkira dengan membenarkan pelanggannya membayar pada hari lain sekiranya tidak mempunyai duit kecil untuk dimasukkan ke dalam peti besi.

“Mulai hari ini (11 Jun 2024), kami tidak lagi menyediakan duit kecil. Jika tiada duit kecil, boleh bayar bila-bila anda datang semula ke sini,” kata pemilik kedai pada salah satu nota di sana.

@makantrip 【Unnamed Restaurant, Sierra 16】 #MuslimFriendly 📍 21-G, Jalan Sierra 10/2, Bandar 16 Sierra, 16 Sierra, 47120 Puchong, Selangor 🕕 No Info \#MakanLocal #MakanTrip #KLFoodie #roadtotiktokawardsmy #foodfestontiktok ♬ original sound – makantrip

Tonton video [DI SINI].

Untuk info, kedai makan yang tidak mempunyai nama atau papan tanda ini bertempat di:

  • Alamat: 21-G, Jalan Sierra 10/2, Bandar 16 Sierra, 16 Sierra, 47120 Puchong, Selangor

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Konsep Kedai Makan Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja dengan harga murah serta konsep kedai makan tersebut.

“Macam ni bagus. Sebab tak ada pekerja kawal harga jadi makanan murah. Bukan macam sesetengah kedai, order layan diri tapi makanan dicaj makin mahal (harga tak tetap),” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga berpendapat bahawa kedai makan ini sesuai untuk pelanggan yang bersikap jujur dan amanah.

“Kedai ni sesuai untuk orang yang jujur. Kalau semua kaki tanam dalam (menipu), lama-lama lingkup,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga berseloroh dengan berkata pemilik kedai malu untuk berjumpa dengan pelanggan sehingga tercetusnya konsep kedai makan sebegitu.

“Mesti owner introvert. Tak nak jumpa pelanggan,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@makantrip)

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Makan Layan Diri ‘Next Level’, Dari Bungkus Sampai Bayaran Semua Pelanggan Urus Sendiri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penuh Pinggan Macam Bukit” – Ramai Puji Penjual Beri Saiz Hidangan Besar Kepada Pelanggan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Murah Rezeki Dia” – Pemilik Kedai Belanja Pelanggan Makan Lepas Tengok Ramai Beratur Panjang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd