Now Reading
“Dah Cecah Tinggi Lori!” – Gubahan Bunga Gergasi Bernilai RM250,000 Curi Perhatian

“Dah Cecah Tinggi Lori!” – Gubahan Bunga Gergasi Bernilai RM250,000 Curi Perhatian

Gubahan bunga bernilai RM250,000 itu dikhaskan buat pemenang cabutan bertuah yang menyertai peraduan ‘Coffee Taste’ oleh syarikat Gadis QS.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, pemberian jambangan bunga dilihat sudah menjadi satu trend di kalangan masyarakat. Bukan sahaja tersedia dengan bunga, malah segelintir individu turut meletakkan wang kertas untuk memberi kejutan buat yang tersayang. 

Seperti sebelum ini, tular video seorang lelaki yang menerima jambangan bunga berbentuk wang tunai bersaiz mega yang dipenuhi dengan wang kertas RM50.

Jumlah wang yang ada pada jambangan tersebut berjumlah RM31,000 iaitu simbolik usia pasangan yang menjangkau 31 tahun pada 18 Januari lalu.

Jelas si isteri, pemberian gubahan bunga itu juga sebagai bentuk penghargaan kepada suami yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh sembilan tahun perkahwinan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isteri Hadiahkan Wang Tunai RM31,000 Dalam Bentuk Gubahan Bunga Buat Suami Sempena 31 Tahun

Gubahan Bunga & Wang Tunai Gergasi Bernilai RM250,000

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pasukan khidmat kejutan hadiah dikenali sebagai Suprise Delivery Besut (@suprisebesut) berkongsi salah satu tempahan terbesar yang pernah diterima daripada pelanggannya.

Kebiasaannya anda akan melihat tempahan gubahan bunga bersaiz sederhana. Namun lain pula kali ini apabila pelanggan mahukan sedikit kelainan dengan menempah gubahan wang kertas berserta bunga dengan saiz gergasi.

Lebih mengejutkan, gubahan bunga yang besar itu bernilai RM250,000!

Dalam video perkongsian, kelihatan staf Suprise Delivery Besut sedang bertungkus-lumus membina gubahan bunga besar berkenaan. Saiz yang luar biasa itu dalam masa sama menyebabkan bouquet bunga perlu diangkat hampir 10 individu ke dalam lori.

Sumber: TikTok (@suprisebesut)

Gubahan Bunga Gergasi Ambil Masa Hampir Seminggu Untuk Disiapkan

Menurut pemilik syarikat itu, gubahan bunga seberat 45 kilogram tersebut mengambil masa 5-6 hari untuk disiapkan. Oleh disebabkan gubahan yang terlalu besar, mereka perlu meletakkan roda di bawahnya sebelum dihantar kepada pemiliknya iaitu peniaga produk kopi, Gadis QS.

“Mula-mula saya nak sahut (cabaran buat gubahan bunga gergasi) tu ada perasaan takut, berdebar tapi untuk kita nak belajar lebih lagi jadi saya sahut cabaran yang diberikan kepada saya,” kata pemilik Suprise Delivery Besut.

@suprisebesut allhamdulillah wang selamat ke tanggan owner sudah 2 mggu baharu pihak kami post demi keselamatan semua ❤️ kami sahut cabaran ini #bookofrecordmalaysia#250k#bouquetterbesardimalaysia #suprisedeliverybesut#suprisedeliverykelantan ♬ original sound – SupriseDeliverybySDBESUT

Tonton video [DI SINI].

Jambangan Bunga Mega Adalah Untuk Pemenang Cabutan Bertuah

Menurut pengasas Gadis QS, gubahan bunga itu adalah khas buat pemenang cabutan bertuah yang menyertai peraduan ‘Coffee Taste’ dianjurkan olehnya.

Jelas pengasas itu lagi, dia sendiri akan menghantar gubahan bunga tersebut kepada pemenang melalui penghantaran lori.

“Alhamdulillah wang selamat ke tangan pemilik. Sudah dua minggu baharu pihak kami muat naik demi keselamatan semua. Kami sahut cabaran ini,” kata pengendali Suprise Delivery Besut di ruangan kapsyen.

Buat anda yang tertanya-tanya, kedai Suprise Delivery Besut by SD ini terletak di:

  • Alamat: No 15 Tingkat Bawah, Bangunan Kedai MDB Besut, Jalan Pasar, Kampung Raja, 22200 Kampung Raja, Terengganu
  • Waktu operasi: Setiap hari (8 am – 6 pm)

Tonton video [DI SINI].

Ramai Teruja Lihat Bouquet Bunga Saiz ‘Giant’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kagum dengan usaha pasukan Suprise Delivery Besut yang berjaya menyediakan gubahan bunga besar seperti yang diminta oleh pelanggan.

“Wah boleh masuk Malaysia Book of Records (MBOR). Besarnya!” kata seorang warganet.

Malah ramai juga tertanya-tanya siapakah individu bertuah yang bakal mendapat wang tunai sebanyak RM250,000 itu.

“Siapa yang dapat ni memang rezeki dia. Nak raya ni dapat beraya sakan,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu juga sempat berseloroh melihat saiz gubahan bunga yang mengagumkan itu.

“Kalau nak bagi saya tak payah susah-susah tau buat macam ni. Transfer je,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@suprisebesut)

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bawa Cawan Mi Segera Saiz ‘Giant’ Dalam Tren MRT, Ada Yang Sampai Tepuk Dahi!

Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Aina Abdul” – Busana Azfar Heri Di KLFA 2023 Buat Netizen Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd