Now Reading
“Mana Nasi Lemak Saya?” – Peminat Teruja Pelakon Indonesia Nicholas Saputra Ingat Ciapannya Di Laman X

“Mana Nasi Lemak Saya?” – Peminat Teruja Pelakon Indonesia Nicholas Saputra Ingat Ciapannya Di Laman X

Pelakon yang juga dikenali dengan watak Rangga itu turut memuat naik gambar pinggan kosong sambil bertanya di mana hidangan Nasi Lemak untuknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, pengguna media sosial teruja selepas pelakon terkenal Indonesia dalam filem Ada Apa Dengan Cinta iaitu Nicholas Saputra memberi respon kepada salah satu ciapan peminatnya dengan memberitahu bahawa bakal berkunjung ke Kuala Lumpur.

Namun siapa sangka ciapan yang pada mulanya mencetuskan perdebatan berbentuk gurauan itu disedari oleh pelakon lelaki popular tersebut.

Respon dari Nicholas itu membuatkan para peminat terkejut dan bertanya sama ada pemilik asal ciapan itu menyedari atau tidak bahawa dia berjaya meraih perhatian pelakon terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: “Love The Spirit, Ok I Come KL” – Nicholas Saputra Nak Datang KL Tapi Rakyat Indonesia Pula Cemburu

‘Rangga’ Dah Sampai Kuala Lumpur!

Ketika ciapan di akaun @jjhwonu itu mencetuskan perbalahan peminat tentang siapa yang boleh ‘menyimpan” ‘Nicholas, gadis warga Malaysia berkata dia akan memasak Nasi Lemak untuk Nicholas apabila pelakon berkenaan datang ke Kuala Lumpur.

Sumber: X @jjhwonu

Tanpa disangka-sangka, pelakon Indonesia itu memuat naik ciapan di laman X miliknya (@nicsap) dengan bertanya di manakah hidangan Nasi Lemak yang kononnya dijanjikan oleh peminatnya.

Siap muat naik gambar pinggan kosong ya.

Sumber: X @nicsap

Apa Sebenarnya Tujuan Nicholas Saputra Datang Ke KL?

Nicholas sebenarnya berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu sebagai artis jemputan bersama penyanyi negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM).

Dia kemudian disoal sama ada mempunyai perancangan untuk bertemu dengan peminatnya itu atau tidak. Namun dia memberi jawapan ‘tidak’ kerana akan meninggalkan Malaysia tidak lama lagi.

Walaupun kami tidak dapat mengesahkan bahawa peminat yang disebutkan itu memang adalah pengguna X @jjhwonu, tetapi kebarangkalian adalah tinggi.

Netizen yang mengetahui tentang interaksi mereka di media sosial itu berpendapat bahawa Nicholas merujuk kepada pengguna X tersebut ketika ada wartawan yang menyebut ‘her’ semasa sidang media berkenaan.

Siap ada yang kata dia sepatutunya datang ke konsert tersebut dan bagi sendiri hidangan Nasi Lemak kepada pelakon berkenaan.

Malah ada yang memintanya untuk pura-pura mengejar Nicholas di lapangan terbang sebelum dia berangkat pulang menaiki kapal terbang.

Macam babak Cinta kejar Rangga waktu di lapangan terbang pula ya!

Sumber: X

Nampaknya, belum ada rezeki lagi untuk pengguna X @jjhwonu itu untuk berjumpa dengan Nicholas Saputra kali ini.

Mana tahu nanti ada peluang lain pada masa akan datang. Anda pun tahu Nicholas confirm akan datang balik ke Kuala Lumpur untuk hidangan Nasi Lemak. Siapa je tak suka menu ini kan?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Peniaga Jual Nasi Lemak RM2! Lengkap Dengan Bahan, Siap Bagi Kangkung & Telur Separuh

Baca Artikel Berkaitan: Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan

Baca Artikel Berkaitan: “Kenyang Sampai Malam” – Restoran Tawar Menu Istimewa Roti Canai Inti Nasi Lemak Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Latar Belakang Nicholas Saputra

Pelakon Nicholas Saputra

Nicholas Saputra atau nama sebenarnya Nicholas Schubring Saputra merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Indonesia yang dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 24 Februari 1984.

Pelakon ini mula dikenali ramai ketika membintangi filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ pada tahun 2006 dengan memegang watak sebagai pelajar sekolah bernama Rangga.

Selain berlakon, Nicholas yang kini berusia 40 tahun juga adalah seorang pengarah dan antara filem yang berada di bawah arahannya adalah Semesta (2019) dan Save Our Forest Giants (2016). 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd