“Macam Dah Terbalik” – Ramai Tak Sangka Harga Makanan Di Pusat Membeli-belah Lagi Murah Dari Pasar Malam
Antara makanan di AEON yang dijual dengan harga murah adalah bernilai RM3.90 untuk menu Tori Meshi Chicken Mushroom Baked Rice.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Zaman sekarang ini memang ramai pengguna yang sering membuat aduan di mana sesetengah hidangan dijual dengan harga yang tidak masuk akal.
Walaupun harganya agak tinggi, tetapi jangan terkejut kerana ada juga segelintir masyarakat yang sanggup untuk membelinya kerana ia adalah hidangan viral di media sosial.
Senang kata, nak cari makanan yang murah dan berbaloi pada zaman ini memang susah sikit. Kalau ada, memang rezeki betul.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coklat Cair RM60 Jadi Perdebatan, Harga Disifatkan Mahal & Boleh Jejas Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Dekat Mall” – Netizen Persoal Harga Makanan Di Food Festival Sangat Mahal
Baca Artikel Berkaitan: Nasi Putih, Telur Kicap Dijual Dengan Harga RM7 Undang Pelbagai Reaksi
Pusat Beli-belah Jual Hidangan Tak Sampai RM5
Berbicara tentang harga makanan, baru-baru ini tular satu ciapan dimuat naik oleh pengguna X (@sara_nikka) yang memperlihatkan pek hidangan dijual di sebuah premis pusat membeli-belah terkenal iaitu AEON.
Apa yang menjadi perhatiannya adalah makanan tersebut dijual dengan harga serendah RM3.90 untuk menu Tori Meshi Chicken Mushroom Baked Rice.
Berdasarkan pemerhatian kami menerusi gambar dimuat naik, menu yang paling mahal pun hanya bernilai RM9.90 iaitu Nori Bento Udang Karang Boston & Filet Ikan Goreng.
Kalau tekak anda tak berapa gemar dengan menu Jepun, ada juga hidangan seperti Nasi Goreng Kampung yang berharga RM4 dan burger yang dijual dengan harga RM5 sahaja.
Kalau broke pergilah Aeon, RM 3.90 dapat nasi, RM 5 dapat burger. pic.twitter.com/DVNsNXaVK6
— Saroarrr (@sara_nikka) February 7, 2025
Ramai Terkejut Lihat Harga Makanan Di Pusat Membeli-belah Lebih Murah
Sesetengah netizen meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui AEON mempunyai hidangan yang murah dan berbaloi dengan kuantitinya.
Siap ada yang mendakwa bahawa harga jualan di premis terkenal itu lebih murah daripada makanan yang diniagakan di pasar malam.
Dulu2, bila sesak, makan di pasar malam.
— SejaFi 🇲🇾 | #FreeOrPartition 🇵🇸 (@sjfi_twider) February 8, 2025
Sekarang, bila sesak, makan di pasar raya.
Berubah betul dunia. https://t.co/r3q7Nia655
Dunia dah terbalik makanan dijual tempat panas lagi mahal dari tempat ada aircond https://t.co/zaBMQpS0vs
— faiz Kamarudin87 (@SawitMy) February 9, 2025
dan dessert tepi jalan / pasar malam dan foodfeat lagi mahal dari dekat kedai dessert. https://t.co/EbQ7IAmesm
— ; (@bandungOais) February 9, 2025
Disebabkan harganya yang murah, ramai juga pelajar-pelajar universiti yang katanya selalu beli hidangan untuk makan tengah hari dan makan malam di AEON.
Mereka berpendapat golongan yang sedang ‘broke’ dan mahu berjimat-cermat boleh berkunjung ke premis ini untuk mendapatkan menu yang murah.
Malah, ada juga netizen yang mendakwa hidangan yang murah dijual di AEON ini hampir sama seperti premis di Jepun.
Wow this is very similar to japan! https://t.co/li9Nwy0m1K
— 哎妮的丈夫 🍉 (@Drujehong) February 9, 2025
Time degree dulu Aeon Shah Alam mmg tempat cari makanan kalau dh buntu tkthu nk mkn apa and waktu bajet ketat. Bukan apa, student ni makan utk kenyang. Ada duit lebih, makan utk puas. https://t.co/XyTvjaj7Nx
— Zainul A. Affan (@XynullMars) February 10, 2025
Sementara itu, segelintir masyarakat pula berkongsi tips untuk membeli juadah di AEON dengan harga yang lebih murah iaitu sekitar jam 7 malam bagi mendapatkan potongan diskaun sebanyak 20% dan 50% pada jam 8 malam.
Yang paling best, pelanggan boleh makan terus di medan selera mereka keranan hidangan berkenaan boleh terus dipanaskan menggunakan gelombang mikro (microwave) yang disediakan.
Lagi best pergi at 7pm dapat 20% off, at 8pm dapat 50% off. And rasa sedappp https://t.co/43RDgEBTV1
— Nursyahira Agus (@syahiragus) February 9, 2025
yes girl aeon srs murah dahla siap ada microwave 😜 https://t.co/5Jv78jVKf7
— ki (@jenchuuchaeli) February 9, 2025
Jadi kepada anda yang sedang berjimat lebih-lebih lagi ketika hujung bulan sebelum menunggu gaji masuk dari majikan, dah tahu kan nak cari makan di mana selepas ini?
Kalau boleh elakkan dari membiarkan perut kelaparan untuk tempoh yang agak lama kerana bimbang boleh menyebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti gastrik. Bahaya!
Laporkan Kepada KPDN Jika Ada Peniaga Naikkan Harga Melampau
Sebagai pengguna, mesti anda bengang kalau tengok peniaga sengaja meletakkan harga jualan yang tidak masuk akal kan? Paling sakit hati bila tengok harga tersebut tidak setanding dengan kuantiti dan kualiti yang diberikan.
Jika anda mendapati ada peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak, anda boleh membuat aduan kepada KPDN menerusi cara berikut:
- Menghubungi Talian Hotline KPDN di talian 1-800-886-800
- Whatsapp aduan menerusi talian 019-279 4317
- Menerusi aplikasi Ez ADU KPDNHEP, buat pengguna Apple, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi AppStore, manakala pengguna Android di Google Playstore
- Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088/ 6245
- Membuat aduan menerusi Portal e-aduan.kpdnhep di pautan http://eaduan.kpdnhep.gov.my
- Menghantar e-mel di e-aduan@kpdnhep.gov.my
Baca Artikel Berkaitan: “Nasi & Telur Kongsi 3 Orang” – Ramai Kongsi Kisah Susah Cari Makan Masa ‘Broke’
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi ‘Financially Stable’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.