Diabetes Boleh Berpunca Dari Kurang Cahaya Matahari? Ini Respon Doktor Kesihatan
Pengguna X ini mendakwa penduduk Selangor lebih ramai yang menghidap masalah diabetes kerana kurang menerima vitamin D dari cahaya matahari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam satu kajian, Malaysia disenaraikan sebagai negara yang memiliki jumlah penghidap kencing manis tertinggi di Asia Tenggara dan kelima di dunia.
Lebih membimbangkan lagi apabila Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2024 menunjukkan bahawa satu daripada enam rakyat di negara ini menghidap diabetes.
Perkara ini secara tidak langsung menggusarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau telah mengingatkan masyarakat agar mengambil berat tentang penjagaan kesihatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri
Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Umur 21 Tahun Terpaksa Potong Kaki Sebab Kencing Manis, Minum Air Berkarbonat Setiap Hari
Kurang Terima Cahaya Matahari Didakwa Boleh Jadi Punca Diabetes
Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@RealSunBros), individu ini menjelaskan diabetes sering kali dianggap berpunca daripada pengambilan diet yang tinggi kandungan gula.
Namun pengguna X tersebut mendakwa penyakit diabetes boleh terjadi disebabkan faktor lain seperti kurang menerima Vitamin D dari cahaya matahari dan lebih terdedah dengan cahaya tiruan.

Berdasarkan Laporan Pendaftaran Diabetes Kebangsaan 2013-2019, masyarakat Selangor mencatatkan penghidap diabetes paling tinggi diikuti dengan Johor, Perak, Sarawak dan Kedah manakala Kelantan serta Terengganu adalah antara yang terendah.
Individu ini mendakwa antara sebab penduduk di negeri Pantai Timur mencatatkan pesakit diabetes tidak setinggi masyarakat di negeri Selangor adalah kerana mereka mengambil pemakanan yang tinggi kandungan asid dokosaheksaenoik (DHA) atau asid lemak omega-3 seperti ikan.
Jelasnya, hidangan yang mengandungi DHA ini boleh berfungsi sebagai nutrien yang boleh mengendali gula dalam badan dengan lebih cekap.
Apabila gula dalam badan dapat dikendalikan dengan baik, terdapat beberapa kebaikan yang diterima oleh tubuh badan seperti:
- Memperbaiki pengawalan glukosa
- Mengurangkan proses lipogenesis di mana asid lemak dan gliserol diubah kepada lemak badan.
- Mengurangkan lipotoksisiti iaitu sindrom metabolik yang berlaku apabila lemak berlebihan terkumpul sehingga menyebabkan kerosakan sel dan kematian.
- Mengurangkan jisim lemak dalam badan.
Dakwanya lagi, salah satu sebab mengapa penduduk Selangor ramai yang menghidap diabetes adalah kerana kurang terdedah dengan cahaya matahari terutamanya mereka yang bekerja seharian di dalam pejabat serta tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama beberapa jam.
Ramai tak tahu diabetes sebenarnya bukan sekadar diet tinggi gula.
— ☀️ RSB 🧬 (@RealSunBros) February 6, 2025
Diabetes = pandemik kurang cahaya matahari, rendah vitamin D & tinggi pendedahan cahaya tiruan.
Bila tengok data, Kelantan & Terengganu yg makan minum biasanya manis gila antara terendah diabetes.
Kenapa? https://t.co/4Km5hGXSw4 pic.twitter.com/Ziv5A1KI4O
Wujud Doktor Yang Sangkal Dakwaan Rendah Kandungan Vitamin D Boleh Jadi Punca Diabetes
Walau bagaimanapun, seorang doktor kesihatan menerusi ciapannya (@khairul_hafidz) menyangkal dakwaan bahawa kekurangan vitamin D boleh mengakibatkan masalah diabetes seperti yang dikatakan dalam ciapan dimuat naik oleh pengguna X.
Jelas Dr Khairul Hafidz, ilmu yang disebarkan itu tidak berasas dan mendakwa ia menggunakan statisti data yang tidak tepat.
“Ilmu dari mana dia ambil yang kata diabetes disebabkan rendah vitamin D pun tak tahu. Kajian pelbagai bidang termasuk endocrinologist yang mencari penyebab kepada diabetes tak nak digunakan, tapi guna rujukan dari internet yang tak tahu sumbernya sahih atau tidak,” ujarnya.
Beliau dikatakan membuat ulasan mengenai perkara tersebut selepas melihat orang ramai percaya tentang dakwaan berkenaan.
“Data salah, statistik salah, knowledge songsang, ramai pula yang terkeliru dengan penulisan ini. Ramai sangat yang like, sebab itu saya komen,” jelasnya lagi.
Beginilah.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) February 7, 2025
Jangan main petik data hanya untuk fit your narrative.
Beban diabetes bukan lihat kepada berapa banyak pesakit diabetes berdaftar di negeri tersebut, tapi melihat kepada prevalen diabetes dan sumber utama data adalah NHMS 2023.
Bertahun di KKM saya jaga berkaitan… https://t.co/N91Ce2eRqQ
2 Jenis Diabetes Yang Kronik
Memandangkan kebanyakan yang berisiko mengalami diabetes tidak menyedari perkara itu, orang ramai harus lebih cakna tentang penyakit ini.
Masalah kencing manis terjadi apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau badan tidak dapat menggunakan insulin dengan efektif. Keadaan ini seterusnya meningkatkan kandungan gula dalam darah.
Menurut Mayo Clinic, terdapat dua jenis diabetes tahap kronik iaitu Jenis 1 dan Jenis 2, sebaliknya prediabetes dan diabetes semasa hamil boleh disembuhkan.
Diabetes Jenis 1 kebiasaannya bermula sejak kecil atau remaja, manakala diabetes Jenis 2 lebih banyak dihidap individu lebih 40 tahun.
Penjagaan Makanan & Senaman Penting Bagi Mengawal Diabetes
Berbanding jenis diabetes lain, diabetes Jenis 1 mempunyai simptom yang cepat muncul dan lebih teruk. Antara simptomnya adalah:
- Rasa lebih dahaga daripada biasa
- Kerap kencing
- Berat badan turun
- Rasa letih dan lemah
- Rasa cepat marah atau perubahan mood lain
- Penglihatan kabur
- Luka yang lambat sembuh
- Mengalami banyak jangkitan kuman termasuk di gusi, kulit dan vagina

Bagi diabetes Jenis 1, rawatan merangkumi pemberian insulin, pemeriksaan gula dalam darah secara berkala dan pengiraan karbohidrat. Sesetengah pesakit mungkin perlu menjalani pemindahan pankreas atau sel islet.
Diabetes Jenis 2 pula dirawat menerusi perubahan gaya hidup, pemantauan gula dalam darah dan pengambilan insulin serta ubat-ubatan.
Tips Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah
Bagi memastikan tahap gula dalam badan tidak mencapai tahap yang membimbangkan, berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan gula dalam darah. Antaranya:
- Kerap melakukan senaman
- Mengawal pengambilan karbohidrat
- Perbanyakkan makanan berserat dan magnesium
- Minum air dengan kuantiti yang mencukupi
- Memilih makanan yang kurang indeks glisemik
- Mendapatkan tidur yang mencukupi
- Menurunkan berat badan
Sebagai info, bacaan gula dalam darah yang normal bagi individu dewasa yang tidak menghidap diabetes dan tidak makan selama sekurang-kurangnya lapan jam, adalah kurang daripada 5.6 mmol/L.
Paras glukosa darah normal untuk orang dewasa tanpa diabetes, dua jam selepas makan pula ialah antara 5.0 hingga 6.1 mmol/L.
Baca Artikel Berkaitan: Masalah Obesiti Dialami Para Wanita Boleh Jadi Punca Hormon Terganggu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Skin Tag’ Pada Kulit Boleh Jadi Petunjuk Masalah Diabetes
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.