Now Reading
“Barang Paling Function!” – Sekumpulan Lelaki Hadiahkan Pengantin Set Tilam Curi Perhatian

“Barang Paling Function!” – Sekumpulan Lelaki Hadiahkan Pengantin Set Tilam Curi Perhatian

Menerusi video tular, kelihatan sekumpulan lelaki itu sedang mengusung tilam besar dibaluti riben ketika majlis persandingan rakan sedang berlangsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tibanya majlis pernikahan atau persandingan, pasti ramai di kalangan tetamu atau ahli keluarga yang memberikan hadiah istimewa kepada pasangan pengantin sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila sekumpulan lelaki menghadiahkan barangan rumah kepada rakan mereka.

Antara hadiah yang diterima adalah seperti, sepeket beras seberat sembilan kilogram (kg), dapur gas, seterika, vaccum, periuk nasi elektrik dan juga tong gas baru seberat 14kg. Dalam klip sama, kelihatan pengantin lelaki bergelak ketawa melihat gelagat rakan-rakan yang datang ke majlis perkahwinannya dengan membawa barangan keperluan itu.

Baca Artikel Berkaitan: Siap Beri Tong Gas, Gelagat Sekumpulan Lelaki Hadiahkan Barangan Rumah Pada Pengantin Raih Perhatian [Video]

Sekumpulan Rakan Hadiahkan Pengantin Set Tilam Baru

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@pokmatkacak) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Pokmat berkongsi suasana meriah ketika majlis perkahwinan rakannya dikenali sebagai Acong sedang berlangsung.

Dalam video tersebut kelihatan Pokmat bersama-sama rakannya sedang mengangkat hadiah yang besar ke rumah pengantin itu.

Kebiasaannya, para tetamu akan membawa hadiah bersaiz sederhana yang dibalut dalam kotak atau beg kertas. Namun Pokmat dan rakan-rakan ingin membuat sedikit kelainan dengan memberi set tilam kepada pengantin tersebut.

Menerusi klip itu, kelihatan empat orang lelaki sedang bersungguh-sungguh mengusung tilam yang besar di sebelah kanopi. Manakala seorang lagi lelaki dilihat sedang mengangkat bantal-bantal bagi melengkapi set hadiah itu.

Tidak terhenti di situ sahaja, setiap hadiah berkenaan turut dibaluti dengan riben berwarna merah jambu bagi menunjukkan barangan tersebut lebih istimewa.

Di akhir perkongsian, kelihatan riak wajah Acong juga sangat teruja selepas menerima kejutan yang tidak disangka-sangka sewaktu hari istimewanya itu.

@pokmatkacak Selamat pengantin baru Sahabat ,Yang penting kita buat sampai jadi #pengantinbaru #hadiahpengantin #hadiahkahwin ♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸

Tonton video [DI SINI].

Ramai Puji Inisiatif Rakan-rakan Hadiahkan Set Tilam Untuk Pengantin Baru

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji idea hadiah oleh Pokmat dan rakan-rakan. Ia bukan sahaja mahal, malah set tilam tersebut dikatakan sangat berguna buat mereka yang bergelar pengantin baru.

“Best dapat tilam. Saya kahwin tahun 2023, kawan suami bagi hadiah tilam jenis queen. Dah la tebal sedap tidur, antara hadiah yang paling win,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga berkata hadiah yang bermanfaat itu mampu menjimatkan duit poket pengantin yang perlu berbelanja banyak selepas masuk ke alam perkahwinan.

“Untung pengantin tu dapat tilam dan bantal tidur. Jimat duit tak payah pergi beli,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga berkata pasangan pengantin tersebut akan menghargai pemberian hadiah set tilam terbabit.

“Kawan kasi tong gas dengan dapur pun sampai sekarang ingat. Apatah lagi yang tilam ni,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@pokmatkacak)

Idea Hadiah Berfaedah Untuk Bakal Pengantin

Pasti ramai di antara anda yang masih pening kepala memikirkan tentang idea hadiah kahwin.

Buat mereka yang masih belum membeli apa-apa jenis barangan, di sini kami kongsikan beberapa hadiah bermanfaat yang anda boleh berikan kepada pasangan pengantin.

Yang penting, pilih barangan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing. Antaranya:

Sumber: Freepik/Pexels
  • Bekas beras (Rice dispenser)
  • Rak pinggan
  • Penggoreng udara (Air fryer)
  • Alat memotong
  • Rak tandas
  • Pengisar
  • Set toto atau cadar
  • Mop jenis semburan
  • Seterika wap
  • Vakum tanpa wayar (Cordless vacuum)
  • Pembakar roti
  • Ketuhar
  • Set tuala mandi
  • Set periuk dan kuali
  • Set pinggan dan mangkuk
  • Kipas berdiri
  • Periuk nasi
  • Bantal dan selimut
  • Dapur steamboat dan alat pemanggang

Baca Artikel Berkaitan: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Rare Ni” – Lelaki Dapat Hadiah Kahwin Dua Set Sport Rim Buat Ramai Teruja [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd