[Video] Wanita Pergi Kerja Naik Kapal Terbang Dari Pulau Pinang Ke Sepang 5 Hari Seminggu, Katanya Lagi Jimat
Wanita bernama Racheal Kaur ini sanggup berulang-alik sejauh 600 kilometer untuk tempat kerja menaiki kapal terbang demi memastikan dia dapat meluangkan bersama ahli keluarga.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau tengok jam sudah pukul 6 petang, memang tidaklah nak balik waktu tersebut. Lagi sanggup pergi makan dulu daripada perlu menghadap kesesakan trafik ketika semua orang pulang dari tempat kerja.
Bukan setakat sesak di jalan raya, malah stesen pengangkutan awam juga akan penuh ibarat ‘tin sardin’ sehingga kesemua tempat pemegang sudah penuh.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Dakwaan ‘Traffic Jam’ Di KL Disebabkan Oleh Rumah Warga Asing?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak
Dalam pada kita semua berpenat lelah menghadap kesesakan ini, lain pula pilihan yang dibuat oleh seorang wanita untuk membolehkan dia ke tempat kerja dengan tenang.
Wanita Pergi Balik Kerja Setiap Hari Naik Kapal Terbang Dari Pulau Pinang Ke Sepang
Menerusi video dimuat naik di laman YouTube CNA Insider, seorang wanita berkongsi perjalanannya ke tempat kerja dengan menaiki kapal terbang setiap hari selama lima hari.
Wanita yang juga menggalas tanggungjawab sebagai ibu bernama Racheal Kaut itu merupakan seorang penolong pengurus di bahagian operasi kewangan di syarikat penerbangan AirAsia.

Racheal menceritakan rutin hariannya yang akan bermula pada jam 4 pagi di mana dia akan bangun bersiap sebelum keluar rumah dan memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5 pagi.
“Saya biasanya akan sampai lapangan terbang lebih kurang dalam 5:55 pagi. Jadi saya sempat untuk memarkir kereta, memakai kasut dan mendaftar masuk penerbangan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, penerbangan yang berlepas sekitar jam 6:30 pagi akan mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Walaupun perlu memasuki pejabat pada jam 9 pagi, tetapi Racheal akan sampai di tempat kerjanya iaitu HQ AirAsia sekita jam 7:45 pagi.

Wanita Ini Beri Pendapat Lebih Jimat Dengan Cara Sebegini Dari Perlu Menyewa Di Kuala Lumpur
Mesti ada tertanya-tanya, kenapa tak sewa rumah di Kuala Lumpur je?
Sebelum ini, Racheal pernah menyewa di ibu kota tersebut. Namun ia menelan kos kira-kira RM1,400 hingga RM1,500 sebulan.
Tapi dengan berulang-alik menaiki kapal terbang, dia dapat menjimatkan kos dengan hanya membelanjakan RM50 sahaja bagi setiap penerbangan menggunakan diskaun sebagai kakitangan AirAsia.
Jika dikira jumlah keseluruhannya, kos penerbangan Racheal hanya RM1,100 untuk satu bulan.
Bukan itu sahaja, kos untuk membeli makanan di pejabat juga telah berkurang 50% iaitu dari RM600 ke RM300 sahaja.
Senang kata, wanita ini berjaya jimat RM700 dengan ulang-alik ke pejabat sejauh 600 kilometer setiap hari.

Selain itu, Racheal sanggup melakukan perkara ini bagi memastikan dia dapat meluangkan lebih masa dengan dua orang anaknya berusia 11 dan 12 tahun.
Difahamkan dia sebelum ini hanya berpeluang pulang ke Pulau Pinang untuk meluangkan masa dengan ahli keluarga sekali sahaja pada setiap hujung minggu ketika menyewa di Kuala Lumpur.
“Bila tengok anak-anak saya membesar, saya rasa saya perlu sentiasa berada di samping mereka. Dengan cara saya ini, saya dapat balik ke rumah dan jumpa mereka setiap hari.
“Saya pun boleh tolong mereka dengan kerja sekolah pada saat akhir. Tahulah budak-budak macam mana kan, selalu last minute,” kata Racheal.

Pukul Berapa Pula Wanita Ini Sampai Ke Rumahnya Selepas Balik Kerja?
Untuk perjalanan pulang ke rumah pula, wanita ini selalunya akan menaiki kapal terbang untuk pulang ke Pulau Pinang sekitar jam 7:30 malam.
Tetapi ketika waktu puncak atau musim perayaan, dia perlu bersedia untuk memberi keutamaan kepada para pelanggan yang lain.
“Pada waktu puncak atau musim perayaan dan kami perlu ‘standby’, sudah tentu tetamu komersial akan diberikan keutamaan, di mana saya pun faham situasi tersebut.
“Kadangkala ada juga rasa sedikit cemas sama ada saya dapat masuk ke dalam penerbangan itu atau tidak. Tetapi pada penghujung hari, saya tetap akan pulang ke rumah jadi ia tidak menjadi masalah,” kata Racheal.
Walaupun perlu berpenat lelah setiap hari dengan jarak yang agak jauh, namun Racheal menganggap ia merupakan perjalanan yang berbaloi kerana dapat meluangkan masa dengan keluarga.

Orang Ramai Kagum Lihat Kesungguhan Wanita Ini
Rata-rata mereka yang menonton video berkenaan menganggap Racheal sebagai wanita yang cekal apabila melihat kesungguhannya dalam menjadi seorang pekerja dan ibu yang baik.
Mereka turut kagum apabila mengetahui wanita berkenaan sanggup bangun awal pagi untuk ke tempat kerjanya.
Pada masa yang sama, sesetengah netizen berpendapat bahawa perjalanannya itu agak berbaloi kerana memiliki diskaun dalam membeli tiket penerbangan dan jarak lapangan terbang ke pejabatnya juga hanya sekitar tujuh minit sahaja.
Dalam pada itu, mereka turut memberi cadangan agar majikannya itu memberikan kemudahan bekerja dari rumah memandangkan dia tinggal di negeri lain.



Apa-apa pun, memang tabik sungguh melihat dedikasi wanita ini dalam menyeimbangkan kerja dan keluarganya walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh setiap hari.
Salute!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.