Now Reading
[Video] Tindakan Polis Trafik Bantu Angkat Anjing Sakit Keluar Dari Longkang Raih Pujian

[Video] Tindakan Polis Trafik Bantu Angkat Anjing Sakit Keluar Dari Longkang Raih Pujian

Kelihatan anjing itu berada di dalam sebuah longkang sekitar Bahau, Negeri Sembilan sebelum diselamatkan oleh anggota polis trafik tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang individu yang berperikemanusiaan, adalah penting untuk anda berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT di muka bumi. Ini termasuklah haiwan jalanan.

Sebelum ini, seorang lelaki telah menyelamatkan seekor kucing yang disumbat dalam guni sebelum diikat dan dicampak ke sungai. Menurut lelaki terbabit, dia terdengar raungan seekor kucing seakan meminta pertolongan sewaktu dia sedang sibuk memancing.

Tindakan lelaki tersebut yang cepat bertindak bagi menyelamatkan kucing itu selayaknya menjadi contoh kepada orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat?” – Lelaki Selamatkan Kucing Diikat Dalam Guni & Dicampak Ke Sungai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Sukarelawan & Pelajar Selamatkan Kucing Terbiar Di UM Raih Pujian

Anjing Sakit Tersadai Dalam Longkang Dipenuhi Air

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@biarlah.bundle) menyaksikan situasi menyentuh hati melibatkan beberapa anggota polis trafik bersama seekor anjing yang dipercayai sedang sakit sekitar Bahau, Negeri Sembilan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan anjing berwarna putih tersebut sedang duduk diam di dalam sebuah longkang. Difahamkan, anjing berkenaan tidak boleh bergerak kerana kaki yang sakit hingga menyebabkannya tersadai dalam longkang terbabit.

Kelihatan juga anjing itu duduk dalam keadaan longkang yang dipenuhi air. Memang tidak boleh bayangkan kesejukan dialami oleh anjing berkenaan pada ketika itu.

Polis Trafik Bantu Keluarkan Anjing Yang Terdampar Dalam Longkang

Menyedari keadaan itu, beberapa orang awam termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berkumpul sekeliling haiwan itu dan berfikir tentang cara bagi menyelamatkan anjing tersebut.

Tidak lama selepas itu, salah seorang pegawai polis trafik bertindak mengangkat anjing itu keluar daripada longkang menggunakan sehelai kain.

Anjing yang mempunyai kesan darah pada kakinya itu kemudian diletakkan di tempat yang lebih kering dan juga selamat.

“Kasih dan sayang tanpa sempadan, haiwan juga nyawa yang berharga 🤲🏻,” kata pemilik akaun TikTok di ruangan kapsyen.

@biarlah.bundle

“Kasih dan sayang tanpa sempadan, haiwan juga nyawa yang berharga” 🤲🏻

♬ original sound – M.F.H

Ramai Puji Tindakan Polis Trafik Yang Pantas Membantu Anjing Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan polis trafik yang bertimbang rasa dan membantu anjing sakit itu.

“Terbaik tuan🥰. Orang yang prihatin dengan binatang ni adalah seorang yang penyayang,” kata seorang warganet.

Malah ramai juga mendoakan perkara yang baik untuk anggota polis tersebut kerana tidak berkira membantu haiwan yang dalam kesusahan.

“Terima kasih insan yang berhati mulia. Segala kebaikan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Syurga menantimu,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga rakyat Malaysia yang bersikap prihatin kerana mahu membawa anjing berkenaan mendapatkan rawatan lanjut.

“Tempat ni dekat mana ya? Anjing tu perlukan rawatan di veterinar. Tolong bagi tahu lokasi, kalau dekat saya akan bawa dia ke vet ataupun individu lain yang berada berdekatan,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@biarlah.bundle)

Bersikap Ihsan Terhadap Haiwan Dituntut Dalam Islam

Berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT termasuklah juga kepada haiwan adalah dituntut dalam Islam.

Sumber: Zee Zest

Ini seperti mana firman Allah SWT dalam al-Quran:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

[Surah al-An’am: 38]

Mereka yang bersikap baik dengan haiwan juga akan diberi ganjaran pahala di sisi-Nya. Oleh itu, jangan pernah lepaskan peluang untuk membantu haiwan yang dalam kesusahan di luar sana. Insya-Allah anda tidak akan pernah rasa rugi.

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd