Now Reading
[Video] Rumah Cantik Persis Hotel, Ramai Kagum Lihat Dekorasi Rumah PPR Ini

[Video] Rumah Cantik Persis Hotel, Ramai Kagum Lihat Dekorasi Rumah PPR Ini

Menurut pemilik rumah berkenaan, dia sebelum ini menyewa rumah PPR berkenaan selama 17 tahun sebelum mendapat tawaran untuk membeli dan kemudian menghiasinya dengan tema scanadivian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rumah bukan sahaja tempat untuk seseorang individu tinggal sebaliknya ia juga tempat berehat, berkasih sayang dan banyak lagi.

Malah rumah jugalah yang menjadi tempat untuk seseorang berteduh sehingga adanya perumpamaan ‘Rumahku, Syurgaku’.

Maka tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit demi memastikan rumah yang didiami oleh kelurga cantik dan selesa.

Wanita ubah suai dan dekorasi rumah PPR macam kondo

Baru-baru ini, seorang wanita turut membuatkan ramai pengguna media sosial kagum apabila rumah pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR) yang didiaminya dihiasi dengan ekslusif persis seperti hotel.

Menerusi video yang dikongsikan oleh House Tour Malaysia di TikTok, awalnya pengacara menegur seorang wanita dikenali sebagai Nurul untuk bertanya mengenai kecantikan rumahnya di PPR Kampung Muhibah, Kuala Lumpur.

Nurul kemudian mengatakan meskipun duduk di PPR namun dia mempunyai rumah yang dihiasi dengan cantik seperti kondominium.

Beli rumah RM35,000 sebelum ni hanya menyewa selama 17 tahun

Sebaik sahaja memasuki pintu masuk rumah wanita ini kelihatan ruang tamu dihiasi dengan begitu cantik.

“Kita duduk di PPR Kampung Muhibah ni dah 17 tahun saya menyewa. Lepas tu dapat tawaran untuk beli. Sewa dahulu hanya RM124 sahaja,” ujarnya.

Menurut pemilik rumah itu lagi, dia dapat membeli rumah berkenaan dengan harga RM35,000

Katanya tema pada bahagian ruang tamu adalah warna biru lembut dan putih dan meminimalkan perabot dengan hanya meletakkan barangan yang perlu seperti sofa dan meja makan.

Tema scandinavian dan english

Selain itu, dia juga mengambungkan konsep scandinavian dan english. Malah dapat dilihat meja makan yang diletakkan juga memuatkan sebanyak empat kerusi kerana rumah tersebut hanya dihuni oleh beberapa orang sahaja.

Manakala pada bahagian bilik utama pula, Nurul memilih warna merah jambu lembut sesuai dengan personalitinya sebagai seorang perempuan.

Jelasnya lagi terdapat barangan dalam rumah itu, adalah perabot lama namun ia masih kelihatan kukuh kerana dijaga dengan baik.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Nurul menunjukkan bilik air yang diubahsuainya persis seperti hotel lima bintang.

“Spesial rumah ni bilik air. Biasakan tengok hotel punya bilik air. Inilah bilik air,” katanya sambil menunjukkan ruang bilik air yang turut mempunyai mesin basuh dan pengering.

Ujarnya PPR mempunyai ruang yang kecil dan tidak mempunyai tempat untuk mengantungkan baju. Maka dia memuatkan mesin basuh dan pengering di dalam bilik air.

“Saya suka kalau pergi hotel, bilik air tengok cantik-cantik. Jadi sumber inspirasi buat saya rajin tengok YouTube seterusnya jadilah macam ni.”

This image has an empty alt attribute; its file name is Rumah-PPR-6.jpg

Buat ubah suai selepas beli rumah

Melihat ke ruangan dapur pula, wanita itu mengatakan dia membuat sedikit ubah suai dan memberitahu sewaktu menyewa dahulu dia hanya menggunakan kabinet biasa.

Namun sebaik membelinya barulah ubah suai dibuat mengikut apa yang diinginkan agar ia menjadi lebih luas dan cantik.

Ramai kagum lihat rumah cantik

Menjengah ke ruang komen, ramai yang kagum melihat kecantikan rumah wanita ini.

Malah ada juga yang mengatakan rumah Nurul mempunyai reka bentuk yang sedikit sama seperti rumah seorang influencer di TikTok iaitu Syamimia.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kecantikan dekorasi yang dibuat oleh Nurul.

“Cantik gila rumah acik ni. PPR Muhibah sama reka bentuk macam PPR Pinggiran Bukit Jalil. Wow sangat acik, lawa gila”

This image has an empty alt attribute; its file name is rumah-ppr-1.jpg

“Tak macam rumah PPR weh”

This image has an empty alt attribute; its file name is Rumah-PPR-2.jpg

“Cantiknya rumah akak, betul-betul nampak mewah.”

This image has an empty alt attribute; its file name is Rumah-PPR-3.jpg

“Weh besar gila bilik air, cantik boleh baring-baring dalam tu.”

This image has an empty alt attribute; its file name is Rumah-PPR-4.jpg

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd