[Video] Lelaki Buat Onar Baling Bangku Ke Arah Jemaah Masjid Undang Perhatian
Kejadian lelaki yang membaling bangku secara tiba-tiba ke arah jemaah itu berlaku di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, masjid adalah rumah Allah SWT yang dijadikan sebagai tempat masyarakat berkumpul bagi melakukan aktiviti ilmiah bersama-sama. Namun begitu, ada juga perkara tidak terduga yang berlaku di dalam masjid sekitar Malaysia ini.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan sikap tidak bertanggungjawab pelancong asing dari China yang membaling jubah kepada petugas ketika berkunjung ke Masjid Putra, Putrajaya.
Pelancong tersebut juga dikatakan melanggar dan menyepak beberapa buah kon yang berada di masjid berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pelancong Dari China Baling Jubah Di Masjid Putra, Ini Respon JAKIM
Lelaki Baling Bangku Ketika Jemaah Sedang Solat Dalam Masjid
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Facebook Viral Media Terengganu menyaksikan situasi cemas yang berlaku di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan seorang lelaki sedang duduk di tahiyat akhir solatnya lalu memberikan salam.
Namun lain pula yang terjadi, apabila jemaah masjid tersebut secara tiba-tiba mengambil bangku putih yang berada di sebelah dan kemudian mencampakkannya ke arah individu yang berada di saf hadapan.
Lelaki Berpura-pura Solat Lepas Baling Bangku
Tidak terhenti di situ sahaja, lelaki berkenaan dilihat melakukan perkara sama sekali lagi selepas mendapati tiada siapa yang menyedari perbuatannya itu.
Lebih mengundang perhatian, individu tersebut dilihat berdiri tegak selepas membaling kerusi terbabit, seakan mahu berpura-pura sedang menunaikan solat.
Lelaki Kejar Jemaah Keluar Dari Masjid
Bukan sahaja membaling kerusi, lelaki terbabit juga dilihat bergaduh mulut dengan salah seorang masjid lalu mengejarnya sambil memegang bangku di tangan.
Terkejut dengan sikap agresif lelaki tersebut, jemaah itu kemudian bergegas keluar dari masjid berkenaan.
Ramai Bimbang Lihat Aksi Lelaki Yang Membaling Bangku Dalam Masjid
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan aksi bahaya lelaki itu. Ada yang berpendapat perbuatan lelaki terbabit boleh mencederakan jemaah lain.
“Takut pula rasa. Dah la saya kalau pergi Terengganu memang singgah masjid ni sahaja,” kata seorang pengguna Facebook.
Malah ramai juga berpendapat bahawa lelaki berkenaan tidak waras memandangkan dia melakukan onar di luar jangkaan.
“Orang tu sakit ke? Bahayalah, kalau kena tu memang sakit. Sesuka hati ada orang baling-baling kerusi,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat orang ramai perlu memantau aktiviti lelaki itu sekiranya memang betul dia mengalami masalah mental.
“Macam mana boleh masuk dalam masjid tu. Sepatutnya orang awam kena pantau orang macam ni sebab takut berlaku perkara macam inilah. Sebab syarat sah solat adalah seorang yang waras. Harap tidak berlaku di masjid lain,” kata seorang lelaki.
















Baca Artikel Berkaitan: Tidak Tahu Apa Motif, Lelaki Baling Batu Nisan Dalam Masjid
Baca Artikel Berkaitan: Buang Bangkai Babi Depan Masjid, Polis Sweden Siasat Dalang Di Sebalik Insiden
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â