Now Reading
[Video] Geng Motor Dipuji Jaga Kebersihan Homestay, Siap Cuci Lantai Simen Sebelum Check-out

[Video] Geng Motor Dipuji Jaga Kebersihan Homestay, Siap Cuci Lantai Simen Sebelum Check-out

Menurut pemilik kediaman dikenali sebagai Aimie, rumah inapnya itu dikatakan seperti tidak dihuni oleh 13 para pemuda kerana begitu bersih dan teratur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai juga di kalangan masyarakat yang lebih memilih untuk tinggal di rumah inap berbanding di hotel jika melancong ke mana-mana. Namun antara isu yang selalu berlaku di homestay adalah apabila pelanggan tidak menjaga kebersihan.

Seperti sebelum ini, seorang tuan rumah menyifatkan pelanggannya datang dari neraka selepas melihat keadaan rumah inap yang begitu kotor dan dipenuhi sampah sarap.

Bukan setakat di dapur, pinggan mangkuk dan bungkusan makanan di meja makan pun dibiarkan begitu sahaja. Ketuhar serta peti ais juga dilihat kotor dengan tumpahan makanan yang dibiarkan tanpa dibersihkan.

Pun begitu, bukan semua pelanggan rumah inap bersikap sedemikian.

Baca Artikel Berkaitan: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah

Baca Artikel Berkaitan: “Beras Bagi Biasa Je?” – Pemilik Kecewa, Pelanggan Homestay Complaint Barang Dapur Percuma Yang Disediakannya

Pemilik Tak Sangka Geng Motor Jaga Kebersihan Rumah Inap Dengan Sangat Baik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aimieee93) apabila seorang pemilik rumah inap dikenali sebagai Aimie berkongsi keadaan rumah yang dihuni oleh sekumpulan penunggang motosikal dikenali sebagai ‘Limitless’ sekitar Cherating.

Tiba sahaja di kediaman selepas tetamu daftar keluar (check-out), Aimie meluahkan rasa terkejut kerana rumah inapnya itu berada dalam keadaan teratur dan begitu bersih.

Jelasnya, lantai rumah itu bebas daripada sebarang kekotoran. Jika lihat daripada klip tersebut, anda boleh dapati dapur juga bersih berkilat seperti sudah disental oleh pelanggan.

Sumber: TikTok (@aimieee93)

“Wow rumah bersih. Dalam CCTV (rakaman litar tertutup), tetamu siap tolong sapu dan buang sampah-sampah. Dapur dan singki bersih, pinggan dan cawan kotor tak tinggal langsung.

“Tak macam 13 orang, macam tiga orang je duduk homestay ni. Terima kasih semua pelanggan sebab tolong jaga rumah dengan baik 🥰,” kata wanita berkenaan.

Aimie dalam masa sama menyifatkan pelanggannya sebagai seorang yang bertanggungjawab kerana tidak menyusahkan tuan rumah.

“Pelanggan dari syurga, bersih rumah ❤️ Moga selamat dalam perjalanan ke destinasi seterusnya,” ujar Aimie di ruangan kapsyen.

@aimieee93 Customer dari syurga, bersih rumah ❤️ Moga slmt dlm pjalanan ke dstinasi sterusnya, amiin. #aimiehomestaycherating #homestaycherating #homestaymurahkuantan ♬ Squid Game, Juego Del Calamar 2 (Mingle Game Song Drill) – Klima produciendo

Tonton video [DI SINI].

Pelanggan Siap Basuh Simen Di Halaman Guna Sabun

Dalam satu hantaran lain, Aimie juga sempat berkongsi rakaman CCTV menunjukkan para pemuda itu sedang gigih mencuci lantai simen di halaman sebelum mereka check-out daripada sana.

Bukan cuci ala kadar, tetapi mereka siap menggunakan sabun bagi memastikan simen tersebut betul-betul bersih.

“Yang ini ada video dari pelanggan dan dari CCTV depan homestay saya. Bagus tak bagus adik-adik ni kan. Terima kasih Limitless jaga homestay dengan baik 🤲,” tambah Aimie lagi.

@aimieee93 Replying to @Aamily 🌷 Yg ini ada video dri guest dan dri cctv dpn homestay sy. Bagus tak bagus adik2 niy kan, tqsm @LimitLess Speed⚡️ ♬ original sound – AimieAmirah_93

Tonton video [DI SINI].

Ramai Puji Sekumpulan Pemuda Yang Pembersih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memuji kumpulan Limitless kerana tidak meninggalkan rumah dalam keadaan tongkang pecah.

“Ramai juga duduk tapi bersih. Ini baru mat motor cemerlang,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga berasa kagum dengan didikan ibu bapa sekumpulan penunggang motosikal itu kerana mengajar anak-anak menjadi seorang yang pembersih.

“Alhamdulillah, bagus didikan dan disiplin anak-anak ni. Pandai membawa diri, ringan tulang 🥰,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut menasihati para pelanggan rumah inap yang lain agar mencontohi sikap dan adab penunggang-penunggang motosikal berkenaan.

“Jangan ada jenis yang fikir, kita bayar biarlah diorang (tuan rumah) yang kemas. Itulah punca rumah ditinggalkan dalam keadaan hancur,” tegas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@aimieee93)

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Hutan” – Lelaki Berang Rumah Ditinggalkan Dengan Longgokan Sampah & Sewa Tak Bayar

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewaku Dari Lubang Neraka” – Lelaki Stres Lihat Rumah Ditinggalkan Kotor Dengan Sampah Menimbun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd