Now Reading
“Terima Kasih Orang Baik” – Pemuda Dipuji Bantu Warga Emas Terjatuh Di Eskalator MRT

“Terima Kasih Orang Baik” – Pemuda Dipuji Bantu Warga Emas Terjatuh Di Eskalator MRT

Pakcik tersebut terjatuh dari eskalator yang agak laju di stesen MRT sehingga menyebabkan kuku dan jarinya mengalami sedikit luka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masyarakat Malaysia sememangnya dikenali sebagai rakyat yang berhati mulia dan saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya.

Malah keprihatinan yang ditunjukan oleh penduduk di negara kita ini juga mendapat pujian serta dikagumi oleh pelancong warga asing apabila mereka berkunjung ke Malaysia.

Kalau tersesat di mana-mana lokasi dan anda memerlukan bantuan, pasti akan ada sahaja individu yang menghulurkan pertolongan.

Baca Artikel Berkaitan: “Respect Angkat Imej Malaysia” – Tindakan Lelaki Bantu Pelancong Dari China Tukar Tayar Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Vlogger Taiwan Terharu Penduduk Kampung Di Sabah Bantu Bawa Ke Bengkel Tukar Tayar

Baca Artikel Berkaitan: Air Tertumpah Dalam MRT, Pelancong Kagum Rakyat Malaysia Sama-sama Tolong Bersihkan

Pemuda Bantu Warga Emas Cedera Lepas Terjatuh Di Eskalator MRT

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@jijaachan), seorang individu lelaki berdepan dengan situasi tidak diduga apabila dia ternampak seorang warga emas sedang duduk di hadapan eskalator dalam stesen MRT.

Rupa-rupanya, pakcik tersebut terjatuh dari eskalator berkenaan yang dipercayai agak laju sehingga menyebabkan kuku dan jarinya mengalami sedikit luka.

“Uncle ni jatuh dari escalator. escalator MRT kan laju, I bet dia sleepy and maybe tak balance terus jatuh. Thankfully tak teruk pun, he just jatuh ke belakang. Jari and kuku je yang berdarah,” katanya di ruangan kapsyen.

Sumber: TikTok (@jijaachan)

Prihatin dengan nasib yang menimpa warga emas terbabit, adik kepada pemilik video ini segera memberi bantuan dengan mengelap luka pada bahagian tangan pakcik berkenaan menggunakan tisu.

Malah, pengguna TikTok ini turut menghulurkan minyak bagi merawat jari dan kuku warga emas itu.

“Adik pula jenis sentiasa prepare dengan tisu semua. I also standby minyak juga. Hope that uncle tu dah okay,” ujarnya lagi.

Terharu melihat kebaikan yang dilakukan oleh adik lelakinya itu, si kakak turut mendoakan agar segala urusan adiknya itu dipermudahkan kerana telah membantu pakcik tersebut.

https://www.tiktok.com/@jijaachan/video/7467718766802111752

Orang Ramai Puji Kebaikan Pemuda Bantu Warga Emas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebaikan yang dilakukan oleh individu terbabit yang peka dan prihatin dengan nasib pakcik itu.

Malah, pengguna media sosial turut berterima kasih kepada pemuda tersebut dan kakaknya atas pertolongan yang dihulurkan serta menitipkan doa agar urusan mereka pada masa akan datang dipermudahkan.

“Terima kasih orang baik. Semoga Allah permudahkan urusan sis dengan adik sis dunia dan akhirat,” kata netizen.

“Baiknya awak berdua, makcik tumpang gembira,” luah seorang lagi pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa eskalator di stesen MRT agak laju dan agak berisiko jika seseorang itu tersalah langkah.

Nota: Penulis sendiri yang sememangnya pengguna tegar pengangkutan awam pun mengakui perkara ini. Laju dia memang tak main-main. Nervous dibuatnya nak naik eskalator di MRT.

Sumber: TikTok @jijaachan

Baca Artikel Berkaitan: “Tingginya Adab” – Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Lelaki Tak Ambil Bayaran Daripada Warga Emas Lepas Baiki Tayar Bocor [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd