Now Reading
“Kenapa Tak Pergi Court Betul Je?”- Pemain Pickleball Didakwa Rosakkan Gelanggang Tenis Buat Ramai Bengang

“Kenapa Tak Pergi Court Betul Je?”- Pemain Pickleball Didakwa Rosakkan Gelanggang Tenis Buat Ramai Bengang

Lebih mengecewakan lagi apabila garisan pita pelekat yang didakwa ditampal oleh pemain pickleball di gelanggang tenis itu masih kelihatan walaupun sudah dicabut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pickleball merupakan satu sukan yang menjadi kegemaran rata-rata masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Dengan peraturan yang mudah dan sesuai untuk dimain oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan tahap kemahiran, tidak hairanlah sukan tersebut menjadi semakin popular.

Namun tidak dinafikan gelanggang untuk bermain sukan pickleball ini agak mahal jika dibandingkan dengan gelanggang untuk sukan badminton mahupun tenis.

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Nak Sekolah Balik!” – Hari Sukan Dengan Tema Syarikat Kurier Curi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Dikecam, Didakwa Biadap Ketika Perlawanan Badminton Dengan Pemain Lebih Berusia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Pemain Pickleball Didakwa Salah Guna Gelanggang Tenis Dengan Tampal Pelekat Sebagai Garisan

Menerusi hantaran dimuat naik oleh pengguna Threads (@kamsanimb), lelaki ini menunjukkan keadaan gelanggang tenis yang kurang menyenangkan selepas didakwa disalah guna oleh individu yang bermain pickleball di tempat sama.

Jika dilihat dengan teliti gambar yang dimuat naik itu, terdapat beberapa kawasan yang ditampal dengan pita pelekat pada gelanggang berkenaan dipercayai sebagai garis rujukan mereka semasa bermain pickleball.

Lebih mengecewakan lagi apabila garisan pita pelekat tersebut masih kelihatan walaupun sudah dicabut.

Sumber: Threads @kamsanimb

Kesal dengan apa yang berlaku, lelaki ini meminta masyarakat untuk saling menghormati antara satu sama lain apabila mahu menggunakan lokasi sukan yang disediakan.

“Untuk orang yang main pickelball, kalau nak main di gelanggang tenis tu, jangan tampal-tampal masking atau duct tape macam ni boleh tak? Habis rosak gelanggang.

“Tak pun lagi elok kalau pergi main di gelanggang pickleball. Dah lah gelanggang tenis tak banyak. Saya main dua-dua sukan tapi kita kena hormat satu sama lain,” ujarnya.

Sumber: Threads @kamsanimb

Ramai Rupanya Yang Tak Puas Hati Juga

Hantaran tersebut walau bagaimanapun telah meraih pelbagai reaksi dari netizen dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan pemain pickleball tersebut.

“Ni kalau aku, memang aku herdik suruh buka. Dah lah ceroboh gelanggang yang tak sepatutnya. Lepas tu rosakkan lagi,” luah pengguna Threads.

Malah ada juga segelintir pengguna media sosial yang menasihati orang ramai agar tidak bermain sukan pickleball di gelangggang badminton kerana bimbang boleh menggugat keselamatan para pemain.

“Minta tolong jangan guna gelanggang badminton juga sebab kami takut ada orang yang terpijak pada bola pickleball yang termasuk dalam gelanggang orang lain. Paling risau kalau orang yang nak lompat untuk ‘smash’ tergelincir pula,” kata netizen.

Sementara itu, segelintir masyarakat pula mendedahkan wujud jaring di gelanggang badminton yang sudah rosak sehingga berlubang didakwa berpunca dari mereka yang bermain pickleball.

“Kita yang main badminton ni sabar je lah, jaring sampai berlubang mereka punya kerja,” kata netizen.

Sumber: Threads @kamsanimb

Apa Itu Sukan Pickleball?

Pickleball adalah sukan yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan pingpong yang dimainkan di gelanggang sama seperti court badminton iaitu dengan adanya jaring di bahagian tengah.

Sukan ini boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu dengan objektifnya adalah memukul bola plastik berlubang menggunakan paddle sehingga melepasi jaring.

Senang kata, ia dilakukan sama seperti permainan badminton dan tenis.

Sumber gambar: Pexels/ Instagram @picklesocialclub.co

Untuk bermain sukan ini, apa yang anda perlukan adalah paddle, bola plastik berlubang dan jaring.

Kos paddle untuk mereka yang baru memulakan sukan pickleball ini dianggarkan sekitar RM50 hingga RM100 manakala paddle gred profesional pula boleh mencecah sehingga RM300 atau lebih.

Antara lokasi yang menyediakan gelanggang pickleball adalah seperti berikut:

#1. IOI Pickle Park, Putrajaya
  • Lokasi: IOI Pickle Park, Palm Garden Golf Club, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ioi Resort, 62050 Putrajaya. 
  • Harga:
    • Hari minggu (7 AM–5 PM): RM30 sejam.
    • Hari minggu (6 PM–12 AM): RM50 sejam.
    • Hujung minggu dan cuti umum (7 AM–12 AM): RM60 sejam.
#2. DINKiT Pickleball, Kota Kemuning
  • Lokasi: Jalan Anggerik Vanilla BE 31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
  • Harga:
    • Hari minggu (7 AM–6 PM): RM29 sejam.
    • Hari minggu (6 PM–12 AM): RM39 sejam.
    • Hari minggu (12 AM– 1 AM): RM29 sejam.
    • Hujung minggu dan cuti umum (7 AM–1AM): RM39 sejam.
#3. Pickle Point, Damansara
  • Lokasi: Lot 2808, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Harga: Hari minggu (11AM – 5PM)
    • Untuk gelanggang terbuka: RM33 sejam.
    • Untuk gelanggang tertutup: RM48 sejam.
  • Harga hari minggu (8AM – 11AM dan 5PM – 12AM) serta hujung minggu
    • Untuk gelanggang terbuka: RM53 sejam.
    • Untuk gelanggang tertutup: RM68 sejam.
#4. Pickle Social Club, Kuala Lumpur
  • Lokasi: 3, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Harga: Hari minggu (11AM – 5PM)
    • Untuk gelanggang terbuka: RM35 sejam.
    • Untuk gelanggang tertutup: RM50 sejam.
  • Harga hari minggu (8AM – 11AM dan 5PM – 12AM) serta hujung minggu
    • Untuk gelanggang terbuka: RM55 sejam.
    • Untuk gelanggang tertutup: RM70 sejam.
#5. Picks & Rec, Petaling Jaya
  • Lokasi: Block B-Level 2-Unit 3, Warehouse, Menara Harvey Norman, 13A, Jalan 51a/219, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
  • Harga:
    • Hari minggu (8 AM–4 PM): RM39 sejam.
    • Hari minggu (4 PM–12 AM) dan hujung minggu: RM65 sejam.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Main Sukan Pickleball? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Skechers Perkenal Koleksi Terbaharu ‘Skechers Basketball’ Dengan 4 Variasi

Baca Artikel Berkaitan: Salomon Buat Kemunculan Pertama Di The Exchange TRX, Perkenal Koleksi Eksklusif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd