“Jenis Tak Reti Sabar” – SUV Nyaris Dirempuh Lepas Cuba Memotong Di Double Line
Kejadian SUV yang cuba memotong di garisan berkembar itu berlaku di Jalan Gua Musang menghala ke Kuala Krai, Kelantan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebenarnya ramai pengguna jalan raya di Malaysia ini cakna tentang undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Namun ada juga individu yang sengaja melanggarnya.
Walaupun kesalahan tersebut boleh mengundang bahaya, tetapi masih ramai berdegil dan melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu. Seperti sebelum ini, sebuah Perodua Bezza secara tiba-tiba keluar dari barisan dan memotong sembilan buah kenderaan di garisan berkembar (double line).
Lebih mengundang perhatian adalah kejadian itu berlaku di kawasan berbahaya iaitu di kawasan selekoh sekitar Jalan Kundasang-Ranau, Sabah.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang
Trak Pikap Selamba Potong Di Garisan Berkembar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@pengemisjalanan89) menyaksikan situasi di jalan raya sekitar Jalan Gua Musang menghala ke Kuala Krai, Kelantan.
Menerusi rakaman dashcam tersebut, kelihatan sebuah trak pikap dengan selamba memotong garisan berkembar kerana mahu memintas sebuah lori yang bergerak dengan perlahan di hadapannya.
Meskipun ia jelas merupakan satu kesalahan, namun kenderaan 4×4 itu dilihat berjaya memotong tanpa bertembung dengan mana-mana kenderaan lain.
Cubaan SUV Potong Garisan Berkembar Tak Berjaya
Tidak lama selepas itu, kelihatan pula sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) secara tiba-tiba memandu secara melulu lalu ingin memotong di garisan berkembar yang sama.
Bagaimanapun, niat untuk memotong itu terhalang akibat wujudnya kenderaan lain di laluan bertentangan. Dalam klip terbabit, anda boleh lihat SUV itu hampir dirempuh dan dilanggar kerana cubaan memotong tersebut.
Oleh disebabkan jalan raya yang tidak lapang pada ketika itu, pemandu SUV berkenaan bertindak menyalakan signal kiri dan memandu di lorongnya seperti biasa.
“Dia hampir jadi sardin, aku hampir bertemu longkang 😅. Kang tak pasal-pasal masuk surat khabar,” kata pemilik dahscam di ruangan kapsyen.
@pengemisjalanan89 Dia hampir jadi sardin, aku hampir bertemu longkang😅😅😅 Kang tak pasal2 masuk surat khabar🤦♂️🤦♂️🤦♂️aku mengelak je kalau berdentum aku tak kena😂😂😂😂
♬ original sound – Adrian Lo Dejavu
Tonton video [DI SINI].
Ramai Pemandu Selalu Memotong Di Jalan Gua Musang ke Kuala Krai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemandu yang berkeras mahu memotong di tempat tidak sepatutnya.
“Memotong tu boleh tapi biarlah kena pada tempatnya. Situ sudah diletak double line, siap di jalan berbukit lagi. Jangan tahu nak cepat je,” kata seorang lelaki.
Malah, ada yang berkata aksi pemandu yang tidak sabar untuk memotong di garisan berkembar selalu terjadi di jalan raya terbabit.
“Pengalaman saya beberapa kali guna jalan ni, kebanyakan pemandu memang akan selit-selit macam tu. Sikap pengguna jalan tu sendiri,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga menasihati para pemandu untuk lebih berhemah semasa memandu di atas jalan raya agar tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
“Masing-masing tak sabar. Ni jalan Gua Musang – Kuala Krai bukan lebuh raya empat laluan tu. (Aku) dah bertahun lalu pun masih ada rasa gerun nak memotong! Beringatlah, kita bawa nyawa keluarga,” kata seorang warganet.
















Potong Garisan Berkembar Boleh Dikompaun RM300
Untuk info, memotong garisan berkembar merupakan antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemandu semasa berada di jalan raya. Kebiasaannya, garisan berkembar ini selalu dilihat di kawasan bukit curam, selekoh serta jalan raya sempit.
Kesalahan tersebut sering berlaku apabila seseorang itu mahu mengelak jalan yang sesak atau sedang bergegas menuju ke satu destinasi.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa anda boleh dikompaun sebanyak RM300 sekiranya didapati melakukan kesalahan memotong ‘double line’ di bawah Subkaedah 17B (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Selain itu, empat mata demerit juga akan ditolak buat pemandu motosikal. Manakala sebanyak enam mata demerit untuk pemandu kenderaan barangan dan bas.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Saga Gelupur Elak Motosikal Belok Sesuka Hati Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Ingat Lepas” – Van Ditahan Polis Lepas Memotong Pada Double Line
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



