[Video] “Dunia Dapat, Akhirat Pun Dapat” – Tindakan Pakcik Ini Baca Al-Quran Tunggu Lampu Isyarat Raih Perhatian
Dalam video berkenaan kelihatan pakcik itu turut meletakkan semula kertas mengandungi ayat al-Quran sebelum menyambung pemanduan apabila lampu isyarat bertukar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu beragama Islam pasti ingin menjadi seorang muslimin yang baik dan memanfaatkan kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar buat mereka yang beribadah dan sentiasa melakukan kebaikan.
Bukan hanya itu, mereka yang beribadah dan sentiasa memanfaatkan kehidupannya dengan melakukan suruhan Allah juga dijanjikan syurga.
Maka tidak hairanlah jika ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjalankan perintah Allah SWT.
Pakcik baca al-Quran ketika di lampu isyarat raih perhatian
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pakcik ini apabila gelagatnya menjadi perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Apizk di TikTok, awlanya kelihatan seorang pakcik yang memandu sebuah kereta Perodua Kancil dipercayai sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Namun apa yang menjadi perhatian, pakcik ini tidak mensia-siakan masa menanti lampu isyarat bertukar daripada merah kepada hijau dengan membaca ayat suci Al-Quran.
Dalam video itu kelihatan pakcik berkenaan sedang memegang beberapa keping kertas yang tertera tulisan al-Quran.
Kelihatan mulut terkumat-kamit membaca
Malah turut kelihatan mulutnya terkumat-kamit membaca al-Quran sambil matanya turut sekilas memandang lampu isyarat sekiranya ia sudah bertukar kepada hijau.
Di dalam kereta pakcik berkenaan kelihatan dia membawa kepingan kotak dipercayai untuk dihantar ke pusat kitar semula.
Bukan hanya di bahagian belakang, bahagian atas kereta turut dilihat diisi dengan barangan untuk dikitar semula.
Sebaik sahaja lampu bertukar kelihatan dia meletakkan semula kertas tersebut di atas ‘dashboard’ untuk menyambung pemanduan.
Ramai kagum lihat pakcik dan sifatkan dia individu terkaya
Melihat di ruangan komen, ramai kagum dengan perkara yang dilakukan oleh pakcik berkenaan.
Malah ada yang mengatakan itu adalah erti kaya yang sebenar kerana memanfaatkan setiap kehidupannya untuk beribadah kepada Allah.
Ada juga menyifatkan pakcik itu begitu bersungguh-sungguh mencari redha Allah SWT.
“Kayanya pakcik ni.. orang kaya yang sebenar. Kaya di akhirat.”

“Boleh weh, kalau ada niat nak belajar al-Quran, mesti Allah permudahkan..”

“Bila Allah SWT dah tarik dunia, penah jumpa orang yang Allah tarik dunia dalam diri dia. Hidup susah tapi, mata kita yang lihat sudah bukan untuk mereka. Bagi mereka cukup semua.”

“Bersungguhnya pakcik berusaha mencari redha Allah. Semoga Allah terima (ibadah) pakcik).”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.