Now Reading
[Video] Anggota Bomba Gigih Cari Ular Dalam Bilik Penuh Sepah Undang Pelbagai Reaksi

[Video] Anggota Bomba Gigih Cari Ular Dalam Bilik Penuh Sepah Undang Pelbagai Reaksi

Menerusi video tular, kelihatan ada anggota bomba yang terjatuh kerana tersadung pada pakaian yang bersepah atas lantai semasa mencari ular di dalam bilik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sebut sahaja tentang ular, pasti ramai di kalangan masyarakat yang meremang kerana berasa geli dan takut dengan haiwan bersisik tu. Kadangkala ular ini boleh muncul di tempat tidak dijangka tidak kira waktu.

Seperti sebelum ini, seorang wanita dari Thailand bersama keluarganya berdepan detik cemas apabila ternampak kelibat ular besar yang muncul dalam lubang tandas di rumah.

Kalau anda nak tahu, selain di tempat yang sejuk, spesis reptilia ini juga suka menyorok pada longgokan barang yang banyak dan kawasan semak samun.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terkejut Ular Muncul Dalam Lubang Tandas

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Seronok Sangat Main Air” – Kelibat Ular Ketika Banjir Buat Ramai Bimbang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Bomba Keluarkan Ular Dalam Sofa Rumah Buat Ramai Seram

Anggota Bomba Cari Ular Dalam Bilik Tidur Yang Padat Dengan Barangan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Hikmah Viral menyaksikan sekumpulan anggota bomba sedang gigih mencari seekor ular yang dilaporkan berada dalam sebuah bilik tidur.

Namun begitu, operasi mereka mencari haiwan reptilia tersebut tertangguh akibat keadaan bilik tidur yang begitu bersepah sehinggakan mereka sukar untuk berdiri.

Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak pakaian bertaburan di sekeliling bilik termasuk di atas lantai. Jumlah barang yang begitu banyak itu juga sekaligus menyebabkan ular terbabit berjaya menyorokkan dirinya.

Anggota Bomba Tersadung Ketika Operasi Mencari Ular

Dalam masa sama, salah seorang anggota bomba turut terjatuh kerana tersadung pada objek yang bertaburan di atas lantai.

Sehingga ke penghujung perkongsian, sekumpulan pasukan penyelamat berkenaan tidak berjaya menjumpai ular yang dikatakan berkeliaran meskipun sudah memunggah setiap sudut dan penjuru bilik.

Ramai Nasihat Agar Sentiasa Jaga Kebersihan Rumah Untuk Elak Ular Bersarang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang berasa kecewa kerana penghuni rumah tidak menitikberatkan tentang isu kebersihan sehingga menyebabkan ular boleh menyorok dalam bilik terbabit.

“Astaghfirullah. Dekat celah mana nak cari ular kalau keadaan rumah serupa itu. Boleh hidup ke dalam keadaan rumah yang macam tongkang pecah. Jangan kata ular, jin pun suka tempat macam tu,” kata seorang pengguna Facebook.

Malah, ada yang berkata lebih banyak ular boleh bersarang dalam keadaan bilik sebegitu.

“Kalau macam ni, satu keluarga ular masuk ke rumah pun payah nak kesan. Aduhai, kenapa sampai macam tu. Ular tu pun agaknya sesat nak cari jalan keluar,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga memberi nasihat agar sentiasa menjaga kebersihan rumah agar perkara sedemikian dapat dielakkan.

“Rasa malu tengok. Nak minta bantuan orang untuk permudahkan urusan kita, tapi diri sendiri tak bantu untuk permudahkan urusan orang lain. Tolonglah kemas bilik tu, buang semua yang tak guna atau rosak,” kata seorang wanita.

Sumber: Facebook Hikmah Viral

Tips Elak Ular Masuk Ke Dalam Rumah

Sebenarnya terdapat banyak punca mengapa ular bertindak masuk ke kediaman masing-masing sebagai contoh, kehilangan habitat dan mahu berlindung daripada cuaca yang panas.

Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, di sini kami kongsikan beberapa tips bagi mencegah ular masuk ke dalam rumah. Antaranya:

Sumber: Wildlife Removal USA
  • Tutup lubang-lubang terbuka dalam rumah.
  • Memasang penghadang sekeliling rumah sebagai contoh jaring yang halus.
  • Elak melonggok barangan di satu tempat kerana berisiko ada ular sorok di dalamnya.
  • Elak menanam lalang.
  • Pastikan rumah bebas daripada sumber makanannya seperti tikus dan katak.
  • Bersihkan longgokan sampah sarap di rumah.
  • Letakkan ubat gegat di sekeliling rumah.
  • Kerap potong rumah di halaman rumah.
  • Semburkan campuran minyak kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Ular Sawa Saiz Besar Pada Zink Rumah Bikin Ramai Seriau

Baca Artikel Berkaitan: Ular Sawa ‘Panjat’ Sampai Tingkat 2 Rumah Flat, Hampir Nak Masuk Tingkap Rumah!

Baca Artikel Berkaitan: “Cop Parkir Ke” – Ular Sawa Ditemui Di Parkir Kereta Pusat Beli-belah Bikin Ramai Bimbang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd