Now Reading
“Mak-mak Mesti Suka” – Guru Ajar Kanak-kanak Cara Seterika & Lipat Baju Dengan Betul Curi Tumpuan Ramai

“Mak-mak Mesti Suka” – Guru Ajar Kanak-kanak Cara Seterika & Lipat Baju Dengan Betul Curi Tumpuan Ramai

Guru itu juga dilihat melukis gambar di papan putih bagi memudahkan setiap muridnya memahami cara untuk menyeterika serta melipat baju dengan kemas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, kanak-kanak juga seharusnya diajar tentang kemahiran yang boleh membantu mereka membesar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat.

Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa kemahiran tersebut masih terlalu awal untuk diajar kepada si kecil, tetapi apa salahnya jika kita mendedahkan mereka lebih awal jika ia merupakan sesuatu yang bermanfaat kan?

Secara tidak langsung, ia dapat membentuk si cilik menjadi individu yang lebih berdikari.

Baca Artikel Berkaitan: “Contoh Baik Untuk Ajar Anak” – Mat Saleh Kagum Ramai Rakyat Malaysia Boleh Cakap Lebih 1 Bahasa

Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

Kanak-kanak Diajar Seterika Dan Lipat Baju Di Sekolah

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@maatchaaca), seorang guru lelaki di Indonesia dilihat sedang memberi tunjuk ajar kepada sekumpulan kanak-kanak di dalam bilik darjah.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah cikgu ini memberi tunjuk ajar tentang kemahiran untuk menyeterika serta melipat baju dengan betul.

Memang ‘effort’ betul guru tersebut bagi memudahkan kesemua murid faham tentang kaedah yang diajarinya. Siap lukis pada papan putih sambil menunjukkan tutorial kepada mereka.

Sumber: X (@maatchaaca)

Malah, guru itu juga menjelaskan setiap lipatan itu perlu dilakukan dengan betul agar ia terletak dengan kemas selepas dilipat.

Selepas memberi tunjuk ajar, setiap muridnya itu juga diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran yang dipelajari menggunakan seterika yang sebenar.

Namun kami tidak dapat memastikan sama ada seterika tersebut dihidupkan atau tidak.

Comel je tengok masing-masing saling membantu untuk belajar lipat dan seterika pakaian.

Video penuh boleh klik [DI SINI].

Orang Ramai Teruja Lihat Ada Sekolah Ajar Kemahiran Asas Ini Kepada Kanak-kanak

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menganggap kemahiran yang diajar kepada sekumpulan kanak-kanak itu adalah satu keputusan yang bijak dan perlu diterapkan dalam kurikulum sekolah.

“Benda macam ini perlu dicontohi, tak semua anak-anak diajar dengan ilmu seperti ini,” ujar pengguna X.

Namun wujud pula segelintir pihak yang prihatin dan mempersoalkan sekiranya kemahiran menyeterika yang menggunakan seterika sebenar itu selamat dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak.

Pada masa yang sama, ada jug netizen yang menganggap pelbagai kemahiran asas lain yang perlu diberi tunjuk ajar sebagai pendedahan awal kepada kanak-kanak.

Antaranya adab ketika berada di jalan raya, simulasi berdepan bencana, cara menguruskan kewangan, teknik mencuci pinggan dan sebagainya.

Sumber: X (@maatchaaca)

Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak terutamanya tentang ilmu asas dalam kehidupan seperti cara mengemas rumah, menanak nasi, makan dengan tertib dan lain-lain.

Si kecil ini walaupun mereka masih muda, tetapi pada umur itulah mereka mudah untuk ‘tangkap’ segala pengetahuan yang ditunjuk ajar.

Secara tidak langsung, mereka juga dapat membantu kita untuk menguruskan rutin harian di samping mengajar nilai-nilai murni yang baik.

Baca Artikel Berkaitan: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama

Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Si Cilik Umur 3 Tahun Jadi Perhatian! Pandai Makan, Kemas Meja & Cuci Tangan Sendiri

Tips Untuk Seterika Baju Dengan Lebih Kemas

Sumber: Pexels

Pernah tak anda berdepan situasi di mana baju yang sudah diseterika masih nampak macam belum digosok? Geram tengok ada garis-garis pada baju yang tak boleh hilang tu.

Jangan pening-pening. Jom kami kongsikan tips untuk memudahkan anda seterika baju dengan lebih kemas selepas ini. Antaranya:

  • Balut papan seterika dengan aluminoim foil.
  • Gosok pakaian secara lurus.
  • Kibaskan pakaian sebelum seterika.
  • Semburkan sedikit air sebelum menyeterika.
  • Tekan sedikit seterika ke atas pakaian sebelum menariknya ke bahagian lain.

Semoga tips ini dapat membantu kalian semua!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd