“Bila Tegur Kita Yang Dimaki” – Aksi Pelanggan Merokok Di Premis Kedai Makan Undang Perhatian
Menurut akaun TikTok @aduandaily, pelanggan-pelanggan tersebut merokok di dua kedai makan berasingan sekitar Subang Jaya iaitu di Haji’s Rahim Corner dan Restoran Hameed’s.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, sejak 1 Oktober 2024, pihak kerajaan telah menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Rokok (Akta 852) yang melibatkan aktiviti penjualan produk merokok yang menarik perhatian kanak-kanak dan remaja, pengiklanan produk merokok serta tempat dilarang penjualannya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga 28 tempat yang telah dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok. Ini termasuk pusat hiburan atau teater, kawasan hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan dan banyak lagi.
Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat yang berdegil dan masih merokok di tempat terbuka sesuka hati.
Baca Artikel Berkaitan: Akta 852 Tentang Larangan Berkaitan Produk Tembakau, Ini Yang Patut Anda Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Geng Perokok & Vape Dikompaun Penguat Kuasa KKM [Video]
Baca Artikel Berkaitan: KKM Beri Kompaun Terhadap Tok Mat Kerana Merokok Di Kedai Makan
Beberapa Orang Pelanggan Selamba Merokok Di Kedai Makan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aduandaily), menyaksikan beberapa orang pelanggan sedang melakukan perkara terlarang iaitu merokok di kawasan restoran.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang lelaki yang duduk bersama rakan-rakannya sedang santai merokok meskipun menyedari terdapat pelanggan lain di sekelilingnya.
Bukan itu sahaja, kelihatan juga dua individu lain yang merokok sambil bermain dengan telefon pintar masing-masing.
Menurut akaun TikTok tersebut, kejadian tersebut berlaku di dua buah restoran berasingan iaitu di Haji’s Rahim Corner dan Restoran Hameed’s, Subang Jaya.
“Aktiviti merokok berleluasa di kedua-dua restoran ni,” kata akaun @aduandaily.
Perakam video dalam masa sama berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya boleh mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku atas kesalahan terbabit.
Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).
Kedai makan ni tampal lah beribu signboard dilarang merokok pun tetap akan ada manusia yang merokok. Ni baru sikit je ni 😅 pic.twitter.com/9c3HZWAEF7
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) February 4, 2025
Ramai Berang Dengan Sikap Pelanggan Yang Tak Patuhi Undang-undang
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang merokok di tempat terlarang.
“Benda ni berbalik pada adab juga. Peraturan atau undang-undang adalah garis panduan yang perlu diikut. Tapi kalau adab tak ada, tampal papan ‘Dilarang Merokok’ dekat kepala otak dia pun, dia tetap akan merokok dekat situ,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga berpendapat golongan masyarakat perlu bersama-sama menegur sekiranya nampak perkara sebegitu berlaku di depan mata agar ia tidak berleluasa.
“Kalau orang tu merokok depan aku, memang aku pergi tegur dia merokok dalam kedai makan,” ujar seorang warganet.
Sementara itu, segelintir individu turut berpendapat bahawa golongan perokok ini susah dinasihat, sehinggakan ada di antara mereka yang akan bersikap agresif jika ditegur.
“Susah orang merokok ni ego tinggi. Tak boleh kena tegur. Anak dah sakit pun bukan salahkan asap rokok dia, tapi salahkan benda lain,” kata seorang pengguna X.













Larangan Merokok Dalam Kedai Makan
Merokok di dalam premis makanan adalah satu kesalahan dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda seperti berikut:
- Kesalahan pertama: RM250
- Pengurangan ditawarkan kepada RM150 jika kompaun dibayar dalam tempoh sebulan.
- Kesalahan kedua: RM250
- Tiada pengurangan kompaun ditawarkan.
- Kesalahan ketiga: RM350

Bukan itu sahaja, pemilik premis juga boleh didenda sekiranya tidak mempamerkan notis larangan merokok.
Tanpa sebarang pengurangan kompaun, pemilik premis boleh dikenakan denda RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua manakala kesalahan ketiga pula adalah RM350.
WhatsApp Talian Khas KKM Jika Lihat Individu Merokok Di Premis Makanan
Untuk info, anda sebagai orang awam juga mempunyai hak untuk melaporkan sebarang jenis kesalahan merokok kepada pihak berkuasa.
Sekiranya terlihat ada pelanggan merokok di restoran atau premis makanan, anda boleh membuat aduan menerusi talian khas yang telah disediakan oleh KKM di WhatsApp iaitu 010-8608949.
Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian yang sama jika mendapati ada pemilik yang tidak meletak papan tanda larangan merokok di premis makanannya.
Baca Artikel Berkaitan: KKM Bakal Siasat Dakwaan Individu Merokok Dalam Restoran Di Putrajaya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Dakwaan Pelanggan Pecahkan Cawan Di Kedai Makan Hanya Kerana Ditegur Merokok
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.