Now Reading
“Wanita Pakai Minyak Wangi Berlebihan Ibarat Penzina” – UAI

“Wanita Pakai Minyak Wangi Berlebihan Ibarat Penzina” – UAI

Golongan wanita diharamkan untuk memakai minyak wangi secara berlebihan sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki selain suaminya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain tampil dengan muka yang cantik, para wanita juga mahu diri mereka terhindar daripada bau badan yang kurang menyenangkan lebih-lebih lagi apabila terdedah di bawah terik matahari.

Jadi ramai di kalangan kaum hawa yang memilih untuk menyembur minyak wangi mengikut citarasa mereka sebelum keluar ke rumah.

Antara bau minyak wangi yang menjadi pilihan wanita adalah seperti aroma manis, vanila, haruman bunga-bungaan, sitrus dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Teknik ‘Layering’ Dalam Semburan Minyak Wangi Boleh Buat Bau Tahan Lebih Lama. Jom Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Rabanne Tampil Dengan Wangian Terbaharu: Million Gold & Million Gold For Her

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Jenis Perfume Dengan Aroma Unik & Mampu Bertahan Lama Yang Lelaki Patut Cuba

Ustaz Azhar Idrus Sifatkan Wanita Pakai Minyak Wangi Berlebihan Umpama Penzina

Menerusi video dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali UAI dilihat memberi penjelasan mengenai hukum perempuan memakai minyak wangi di khalayak ramai.

Jelasnya, golongan wanita tidak boleh memakai minyak wangi sehingga ia boleh dihidu oleh orang di sekelilingnya kerana hukumnya adalah HARAM.

Malah, beliau turut memetik kata-kata Nabi Muhammad SAW di mana wanita yang memakai bauan sehingga dapat dihidu oleh orang lain adalah seumpama penzina.

Sumber: Pexels

Penceramah selebriti itu turut memberitahu bahawa kaum hawa hanya diizinkan untuk memakai haruman yang boleh dibau oleh dirinya atau suami sahaja jika mahu memakainya secara berlebihan.

“Nabi pernah berkata, jika wanita itu memakai bauan sehingga dapat dihidu orang lain atau khalayak ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat.

“Orang perempuan boleh pakai minyak wangi berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja,” jelas beliau dalam satu sesi soal jawab agama baru-baru ini.

Memetik sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy`ari RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

Maksudnya: Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina.

Riwayat Abu Daud (4173) & Al-Nasa’ie (5126). 

Dalam pada itu, al-Imam al-Munawi Rahimahullah juga menyebutkan:

والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فقد هيجت شهوة الرجال بعطرها وحملتهم على النظر إليها، فكل من ينظر ‏إليها فقد زنا بعينه، ويحصل لها إثمٌ لأنها حملته على النظر إليها وشوشت قلبه، فإذن هي سببُ زناه بالعين، فهي أيضاً زانية

Maksudnya: dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya terdapat lelaki-lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki-lelaki dan mendorong untuk memandang kearahnya, maka setiap yang memandang kearahnya, maka matanya telah melakukan zina. Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan kearahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Makanya, ia adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina. 

Jadi Wanita Langsung Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ke?

Di sebalik pengharaman wanita untuk mengenakan wangian yang boleh menarik perhatian kaum lelaki, golongan wanita masih boleh mengenakan sedikit haruman bagi menghilangkan bau badan.

Antaranya dengan memakai deodorant, bedak talcum, sabun dan sebagainya. Ini kerana ia tidak termasuk dalam kategori yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW sebelum ini.

Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ

Maksudnya: Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.

Riwayat Al-Tirmizi (2788). 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. 😊

Baca Artikel Berkaitan: “Langgar Syariat” – Ustaz Tegur Video Promosi Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Pakai Minyak Wangi Ada Alkohol Masa Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ryzal Ibrahim Singgah Beli Perfume Di Mekah Ketika Transit Di Jeddah Jadi Tumpuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd