Now Reading
[Video] Kenari Selamba Ambil Shortcut Di Laluan Pejalan Kaki Untuk Elak Trafik Sesak

[Video] Kenari Selamba Ambil Shortcut Di Laluan Pejalan Kaki Untuk Elak Trafik Sesak

Kereta jenis Perodua Kenari yang memandu di atas laluan pejalan kaki itu dipercayai berlaku sekitar Pulau Tikus, George Town, Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap pengguna jalan tidak kira pemandu kereta atau penunggang motosikal perlu mematuhi setiap peraturan ditetapkan. Pun begitu, masih ramai yang bertindak sebaliknya.

Bukan itu sahaja, ramai juga di kalangan masyarakat yang tidak menggunakan fasiliti awam dengan betul demi kepentingan diri sendiri.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV sedang meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki sekitar George Town, Pulau Pinang. Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kerana diparkir di selekoh jalan, bahkan aksi itu turut menghalang laluan lalu lintas buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan

Kenari Memandu Di Laluan Pejalan Kaki Sekitar Pulau Pinang

Terbaharu, tular satu isu yang lebih parah dipercayai berlaku di kawasan jalan raya sekitar Pulau Tikus, George Town, Pulau Pinang.

Menerusi video di laman TikTok (@ride_or_die8888), kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Kenari dengan selamba memandu di laluan pejalan kaki bersebelahan dengan jalan raya.

Sumber: TikTok (@ride_or_die8888)

Difahamkan, pemandu Kenari tersebut mahu mengelakkan diri daripada terperangkap dalam trafik sesak. Oleh disebabkan itu, dia sanggup memandu di kawasan tidak sepatutnya.

Meskipun jelas melanggar peraturan jalan raya, tetapi si pemandu tidak terlupa untuk menyalakan lampu signal sebelum membelok ke kiri di kawasan persimpangan di hadapan.

“Tak boleh sabar. Mesti tengah sakit perut ni!” kata perakam video.

@ride_or_die8888

Singinaboo Cinaa🥸

♬ original sound – XTRA

Tonton video [DI SINI].

Ramai Setuju Ia Adalah Situasi Normal Di Pulau Pinang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi melihat situasi Kenari yang memandu di laluan pejalan kaki.

Malah, kebanyakan penduduk di Pulau Pinang berkata ia adalah perkara yang normal berlaku di negeri tersebut kerana golongan itu mahu mengelak trafik sesak di persimpangan lampu isyarat.

“Biasa nampak motosikal buat macam tu. Kali ni kereta pula. Tapi situ memang selalu sesak sebab (jarak) traffic light dekat-dekat,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu turut berkata aksi sebegitu selalu dilakukan oleh golongan penunggang motosikal kerana ruangan yang dikatakan terhad di jalan raya.

“Weh jalan ni selalu kami yang naik motor lalu sebab jalan sesak teruk. Laluan dekat Penang memang tak ada ruang untuk motor ya,” dakwa seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ride_or_die8888)

Kenderaan Boleh Disita Jika Halang Laluan Pejalan Kaki

Seperti yang anda semua tahu, laluan pejalan kaki disediakan agar individu dapat berjalan dengan selamat tanpa terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain. Hal ini juga bagi mengelakkan individu melintasi di tempat berbahaya.

Oleh itu, sebarang perkara yang menghalang laluan pejalan kaki merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. Ini termasuklah jika anda memandu atau meletakkan kenderaan di sana.

Seperti sebelum ini, beberapa penunggang motosikal telah bertindak meletakkan kenderaan dua roda mereka itu di atas laluan pejalan kaki di sebuah stesen MRT.

Sumber: TikTok (@MrRanggaPnNadia)

Situasi itu menyebabkan seorang lelaki OKU terpaksa mengalihkan setiap motosikal yang menghalang laluan ‘Guiding Block’ untuk golongan buta penglihatan.

Untuk info, kenderaan anda boleh disita oleh pihak berkuasa atas kesalahan menghalang laluan pejalan kaki di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd