[Video] Anggota APM Selamatkan Husky Terjatuh Dalam Longkang, Siap Kena Pujuk & Kendong!
Tangga telah diletakkan di dalam longkang bagi membantu anjing tersebut untuk keluar, namun dia mungkin berasa takut dan perlu diangkat keluar oleh anggota APM yang bertugas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila terdapat haiwan yang sedang dalam kesusahan atau bahaya, ada sahaja individu akan membantu untuk menyelamatkan mereka.
Sama ada menyelamatkan kucing dan anjing yang terperangkap, mahupun memberi makan kepada haiwan jalanan, semuanya dilakukan secara ikhlas tanpa mengharap balasan.
Namun kadangkala, khidmat pihak berkuasa seperti bomba perlu didapatkan bagi usaha menyelamat yang sukar atau membabitkan haiwan liar.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Lelaki Beri Makan Kepada Anjing Terkurung Dalam Rumah Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian
Husky Jatuh Ke Dalam Longkang Diselamatkan APM
Baru-baru ini, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Kinabalu telah memuat naik video di TikTok yang menyaksikan tindakan seorang anggota menyelamatkan seekor anjing jenis Husky.
Difahamkan anjing berbulu perang itu telah jatuh ke dalam sebuah longkang yang agak dalam dan tidak dapat keluar dengan sendiri.
Mujur air di dalam longkang tersebut tidak dalam dan hanya tinggi hingga paras kaki si anjing.
Walaupun telah terjatuh ke dalam longkang, husky itu kelihatan tenang sahaja. Siap menguap lagi!
Gagal Pujuk Husky Naik Tangga Sendiri, Anggota APM Terus Angkat
Kelihatan seorang anggota APM yang bertugas mengusap-usap kepala anjing tersebut dengan tujuan untuk menenangkannya terlebih dahulu dan memujuknya sebelum mengambil tindakan seterusnya.
Namun menerusi tulisan pada video tersebut, husky itu juga telah merajuk sehingga menyandarkan kepalanya pada dinding.
Dia kemudiannya dilihat tidak mahu menaiki tangga yang telah diletakkan ke dalam longkang bagi membantunya keluar, mungkin kerana berasa takut. Malah si comel itu telah merajuk buat kali kedua pula!

Setelah segala usaha memujuk gagal, anggota tersebut mengambil tindakan ‘drastik’. Dia terus mengangkat husky itu menaiki tangga untuk keluar daripada longkang. Fuh, nampak berat betul!
@apmkotakinabalu Terima kasih abam APM selamatkan anjing Husky yg terjatuh ke dalam longkang. #fyp #fypage #APMKotaKinabalu #dogsofttiktok #doglovers #doglife #loyaldog #huskydogs #rescueanimals #fyppppppppppppppppppppppp #viralvideo #trending #xyzbca #apmsanasini #rescuedog
♬ Awkward Moments – AstroMusic
Tonton video [DI SINI].
Orang Ramai Geli Hati Lihat Telatah Husky Merajuk
Telatah husky yang perlu dipujuk dan banyak merajuk itu ketika usaha menyelamat sedang dilakukan sememangnya menggelikan hati para pengguna media sosial.
Ramai yang berpendapat bahawa husky merupakan sejenis anjing yang sukar dipujuk apabila sudah mula merajuk.
Namun ada juga yang memuji kejayaan anggota APM dan bomba untuk memujuk mana-mana haiwan yang merajuk ketika usaha menyelamat.
“APM dan bomba ada kursus memujuk haiwan ke? Haiwan-haiwan yang diselamatkan semua dengar cakap. Macam senang dia orang pujuk,” katanya.
Seorang individu turut mempersoalkan sama ada anjing itu telah diabaikan oleh tuannya, namun diberitahu bahawa husky gemar lari dari rumah dan mungkin telah tersesat ketika itu.
Melihat kepada tubuhnya yang sihat dan bulunya yang bersih, kemungkinan juga anjing itu mempunyai tuan dan bukanlah dibuang.
Dalam pada itu, beberapa individu turut berkata bahawa husky adalah sejenis haiwan yang jinak dan berperangai seperti kucing.
Namun sekali dia mula mengeluarkan bunyi ketika aktif, pasti ‘pekak’ telinga seisi rumah!









Husky Anjing Yang Suka Melolong
Bagi penggemar anjing husky ini, pasti tahu bahawa ia merupakan sejenis haiwan yang sangat dramatik dan gemar ‘menjerit’. Dipercayai mempunyai leluhur yang sama dengan serigala, husky bukan sahaja sering melolong (howl), tetapi juga merungut (whine) dan menggeram (growl).
Berdasarkan laman web Good Dog, Dr Holly Root-Gutteridge yang menyelidik tentang lolongan serigala berkata tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas bunyi lolongan husky.
Namun, para saintis berpendapat bunyi nyalakan anjing yang berbeza mungkin mempunyai maksud yang berlainan.
Dalam masa sama, walaupun husky secara umumnya bersifat suka ‘bercakap’, ada juga yang lebih pendiam seperti anjing yang diselamatkan APM tadi. Tetapi selalunya mereka memang suka membuat bising secara berkumpulan!
@tikanni.kita.n.tehya Just another Manic Monday 🗣️🎶🎶🎶 . . . #funnydogsoftiktok #husky #howler #dramatichusky #drama #huskiesoftiktok #fypシ #huskyhowling #fyp #funnyanimals #dogsoftiktok #fypage #agoutihusky #howl #siren #woolyhusky #huskyhowl #funnydog #dogs #howlingwolf #singingdog
♬ original sound – Tikanni Kita & Tehya
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bersihkan Bekas Dulu” – Tindakan Lelaki Beri Kucing Jalanan Makan & Minum Dipuji Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Ancom Nylex Sediakan Tempat Tinggal Buat Kucing Jalanan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.