Unik! Pemilik Kafe Ubah Suai Kepala Paip Guna Nozel Pam Minyak Raih Perhatian
Kafe yang mempunyai nozel pam minyak pada singki itu dikenali sebagai Kedai Kopi Danish Lee yang berlokasi di Raub, Pahang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, semakin banyak kafe dibuka di setiap negeri dengan pelbagai sentuhan dekorasi menarik. Walaupun sesetengah daripadanya kelihatan agak pelik, namun ia adalah satu taktik berkesan bagi menarik pelanggan ke kedai makan.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan sebuah kedai makan unik di negara jiran Thailand dikenali sebagai Pum Kaprao Wat Jai.
Menariknya restoran ini, makanan tidak dihidang bersama set pinggan dan mangkuk yang biasa. Sebaliknya menggunakan barangan ‘random’ yang kadangkala tidak tercapai dek akal.
Kalau anda nak tahu, menu nasi goreng bersama telur dadar dihidangkan dalam penyiram pokok bunga. Makanan tersebut terletak di bahagian tengah bekas plastik tersebut yang telah dipotong. Bukan itu sahaja, rumah haiwan peliharaan seperti sarang burung pun mereka gunakan sebagai pinggan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Restoran Di Thailand Hidang Makanan Guna Barangan ‘Random’, Guna Sangkar Burung Pun Ada!
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Korea Teruja Peniaga Di Indonesia Guna Sistem ‘Pulley’ Untuk Hantar Makanan Dari Seberang Sungai
Wanita Terkejut Kafe Guna Nozel Pam Minyak Sebagai Kepala Paip
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kuromigoku) apabila seorang pelanggan wanita dikenali sebagai Ainul berkongsi keadaan dan suasana semasa berada di sebuah kafe.
Lain daripada lain, kafe tersebut telah tampil dengan dekorasi singki yang agak unik yang mana kepala paip digantikan dengan nozel minyak yang anda selalu lihat di petrol pam.
Menerusi video perkongsian, kelihatan air paip mengalir keluar daripada nozel berwarna merah itu sewaktu seorang pelanggan ingin membasuh tangannya.
Menurut Ainul, keunikan singki tersebut membuatkan dirinya tertanya-tanya beberapa kali tentang cara yang betul untuk menggunakannya.
“Lima kali juga fikir macam mana nak basuh tangan, kreatif betul pemilik (kedai) ni 😂,” kata Ainul di ruangan kaspyen.
@kuromigoku 5x jugak mikir macam mana nak basuh tangan , kreatif betol owner ni 😂 #foryou ♬ original sound – princess suzie pinky – ungkusuzieadriana3
Tonton video [DI SINI].
Kedai Makan Dipenuhi Hiasan Antik
Dalam satu hantaran lain, Ainul telah menunjukkan keseluruhan sudut-sudut kafe yang estetik itu. Kalau lihat sendiri video tersebut, anda boleh lihat pelbagai jenis hiasan random dan antik dipamerkan di sekitar kawasan kedai.
Sebagai contoh, motosikal lama, tin minuman, potret para seniman, radio dan telefon usang dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, tong gas petrol juga digunakan sebagai pemegang singki mereka. Memang kreatif!
“Kafe klasik yang tersorok di Raub. Banyak betul koleksi barang lama yang menarik , vibes kafe macam zaman P. Ramlee,” kata Ainul.
Untuk info, kedai makan dikenali sebagai Kedai Kopi Danish Lee bertempat di Raub, Pahang.
- Alamat: No 21 B, 21C, Jalan Tengku Kudin, 27600 Raub, Pahang
- Waktu beroperasi: Isnin hingga Sabtu (4pm – 11pm).
@kuromigoku Replying to @a1n1s #foryou ♬ nhạc nền – Ẩm Thực Trung Hoa
Tonton video [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Kedai Makan Guna Nozel Isi Minyak Sebagai Kepala Paip Di Singki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju pengubahsuaian kepala paip itu sememangnya membuatkan pelanggan berminat untuk ke sana.
“Aku nak pergi untuk cuci tangan sahaja boleh tak?” tanya seorang pengguna TikTok.
Malah, ada juga segelintir individu yang sempat berseloroh melihat nozel di singki itu.
“Patutlah kerajaan buat subsidi bersasar, sekarang orang basuh tangan guna petrol😔,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga beberapa orang individu berjenaka dengan berkata pemilik kedai makan berkemungkinan terbawa balik nozel pam daripada stesen minyak.
“Ni mesti kes tengah sibuk isi minyak lepas tu lupa memandu sekali bawa hos dan nozel sekali 🤣,” kata seorang wanita.









Baca Artikel Berkaitan: Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak
Baca Artikel Berkaitan: Harga Runcit RON97 & Diesel Naik 5 Sen Seliter
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.