Now Reading
“Tak Ada Duit Nak Balik Ke?” – Aksi Pelancong Asing Minta Derma Lepas Buat Show Raih Kecaman

“Tak Ada Duit Nak Balik Ke?” – Aksi Pelancong Asing Minta Derma Lepas Buat Show Raih Kecaman

Pelancong warga asing lelaki dan wanita cuba untuk meminta derma di sekitar Pulau Pinang setiap kali selepas selesai melakukan pertunjukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan ramai pelancong asing yang suka datang ke Malaysia disebabkan oleh faktor cuaca, pilihan makanan dan banyak lokasi menarik untuk dikunjungi.

Selain itu, keramahan rakyat di negara ini juga menjadikan lebih ramai pelancong ‘jatuh cinta’ dengan Malaysia sehingga pernah dinobatkan sebagai negara yang paling disayangi di Asia.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Walau bagaimanapun, wujud segelintir golongan pelancong ini yang cuba untuk mengambil kesempatan di atas kebaikan masyarakat Malaysia dengan meminta simpati untuk bantuan kewangan.

Pelancong Asing Didakwa Buat Pertunjukan Tengah Jalan Untuk Kutip Derma

Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat oleh pengguna TikTok (@sapron_on) yang memperlihatkan dua orang individu iaitu lelaki dan wanita sedang membuat pertunjukan di jalan raya.

Difahamkan, kedua-dua daripada mereka itu merupakan pelancong warga asing yang cuba untuk meminta derma di sekitar Pulau Pinang apabila selepas selesai melakukan pertunjukan berhampiran lampu isyarat itu.

“Jaga-jaga laki bini buat show tengah jalan lepas tu pau orang,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 371,300 jumlah tontona setakat artikel ini ditulis.

Masyarakat Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Selepas melihat situasi yang berlaku, rata-rata netizen menganggap tindakan yang dilakukan oleh dua individu warga asing itu adalah perkara yang tidak boleh dilakukan.

Malah, orang ramai turut meminta agar pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang untuk menahan mereka yang melakukan perkara sedemikian di khalayak awam.

Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa seseorang perlu melaporkan situasi tersebut kepada pihak polis bagi membolehkan pelancong asing berkenaan diambil tindakan.

Sumber: TikTok

Pelancong Asing Minta Derma Di Malaysia Semakin Berleluasa

Sebelum ini, seorang pelancong lelaki dari luar negara dilihat meminta sedekah di R&R Ulu Bernam, Tanjung Malim Arah Selatan sambil duduk bersila di atas lantai.

Dia dikatakan telah meletakkan sebuah beg, bekas yang digunakan untuk duit dan sekeping kotak yang tertera ayat ‘Hai, saya telah mengembara selama 9 tahun. Saya sangat rindu rumah. Tolong bantu saya mengumpul wang untuk tiket dan makanan’.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Tindakan Pelancong Mengemis, Minta Tanggung Makanan & Tiket Flight Di R&R

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Siasat Video Tular Kanak-kanak Mengemis Di Depan KLCC

Sumber: TikTok (@azmi.atan4)

Satu lagi kes berlainan berlaku pada bulan lalu di mana dua orang wanita dipercayai pelancong asing sedang menyanyi lagu ‘Die With A Smile’ di kaki lima sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kelihatan sebuah topi juga diletakkan di atas kerus plastik difahamkan sebagai tempat untuk membolehkan orang ramai meletakkan duit yang mahu diberikan.

Walau bagaimanapun, aksi ‘busking’ menggunakan mikrofon dan pembesar suara jenis mudah alih itu dipercayai dilakukan tanpa mendapat permit yang sah daripada pihak berkuasa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Pertikai Aksi Wanita Dipercayai Pelancong Asing ‘Busking’ Tanpa Permit Di Bukit Bintang

Malaysia Terima Lebih 34 Juta Pelancong Pada Tahun 2024

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata seramai 34.16 juta orang pelancong asing telah memasuki Malaysia bagi tempoh Januari hingga November 2024.

Statistik itu memperlihatkan peningkatan sebanyak 5.6% berbanding 32.35 juta pelancong yang dalam tempoh sama pada tahun 2019.

Selain itu, beliau turut berkata jumlah kehadiran pelancong ketika ini dapat menjadikan sasaran kerajaan bagi ketibaan pelancong asing seramai 35.6 juta orang bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dapat dicapai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd