Now Reading
Ramai Terkejut Lihat Sekolah Beri Makanan Percuma Untuk Calon SPM

Ramai Terkejut Lihat Sekolah Beri Makanan Percuma Untuk Calon SPM

Antara makanan dan minuman yang diberikan kepada calon SPM 2024 di Sekolah Aminuddin Baki adalah KyoChon, Nasi Lemak Burung Hantu, Baskin Robbins dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 adalah satu peperiksaan yang cukup mendebarkan bagi setiap pelajar sebelum menamatkan persekolahan.

Pastinya mereka sudah membuat persediaan rapi dengan mengulangkaji setiap subjek dengan penuh bersungguh-sungguh.

Selain itu, ahli keluarga dan pihak sekolah juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan sokongan terbaik bagi memudahkan urusan mereka untuk menjawab peperiksaan sehingga tamat.

Baca Artikel Berkaitan: Belum Sempat Duduki SPM Tapi Sudah ‘Dilamar’ Universiti, Rezeki Pelajar Ini Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cikgu Gigih Masak Sarapan Buat Calon SPM & STPM Sebelum Mula Exam Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Idea Cikgu Pasang Lagu Dalam Kelas Sebagai Latihan Ujian Mendengar SPM Jadi Tumpuan

Pelajar Sekolah Aminuddin Baki Ditaja Pelbagai Jenis Makanan Percuma Sepanjang SPM 2024

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@damiaiirdna), gadis ini berkongsi pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang menjalani peperiksaan SPM 2024 di sekolahnya.

Manakan tidak, setiap pelajar diberikan pelbagai makanan percuma dari jenama popular.

Sumber: TikTok (@damiaiirdna)

Antara makanan dan minuman yang diberikan secara percuma kepada mereka adalah:

  • Kenny Rogers Roasters
  • Subway
  • Baker’s Cottage
  • Dunkin Donuts
  • KyoChon
  • Rotiboy
  • O’Briens Irish Sandwich Bar
  • Nasi Lemak Burung Hantu
  • The Coffee Bean & Tea Leaf
  • Tealive
Sumber: TikTok (@damiaiirdna)

Pencuci mulut yang best pun ada seperti:

  • Baskin Robbins
  • Häagen-Dazs
  • Magnum
  • Inside Scoop
  • Krispy Kreme
Sumber: TikTok (@damiaiirdna)

Di ruangan kapsyen, gadis ini bersyukur dengan setiap pemberian dan berterima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa yang mengambil berat tentang para pelajar.

Untuk anda yang mahu menonton video penuh, boleh klik [DI SINI].

Ramai Teruja Lihat Pelajar SPM Di Sekolah Itu Dapat Pelbagai Makanan Percuma Dari Jenama Terkenal

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai netizen yang teruja melihat pelbagai hidangan yang disediakan kepada calon-calon SPM di Sekolah Aminuddin Baki itu.

Siap ada yang membandingkan dengan makanan yang diagihkan kepada mereka suatu ketika dahulu semasa menjalani peperiksaan SPM.

Sementara itu, wujud segelintir individu yang terkejut apabila mendapat tahu segala makanan yang diberikan itu adalah daripada jenama terkenal dan agak mahal.

“Dulu aku dapat roti krim dengan air kotak je weh. Paling sedap pun mihun goreng,” luah netizen.

Pada masa yang sama, sesetengah pengguna media sosial berpendapat ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar diberikan keselesaan sepanjang di sekolah.

“PIBG, ibu bapa, guru-guru dan pelajar sendiri yang perlu memainkan peranan penting. Nak dapatkan kemudahan macam ni, senang je. Bayar yuran PIBG keseluruhan masa awal tahun dan boleh bayar lebih ikut kemampuan sendiri,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Latar Belakang Tentang Sekolah Aminuddin Baki

Untuk info, Sekolah Aminuddin Baki merupakan sebuah sekolah kluster dan telah meraih pelbagai pencapaian yang membanggakan dari segi akademik dan kokurikulum daripada pelajar-pelajar mereka.

Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur.

Antara kejayaan yang pernah dikecapi adalah tersenarai sebagai sekolah yang mencapai peratusan gred A tertinggi dalam SPM 2021 serta dua emas dan satu perak dalam pertandingan International Applied Physics Olimpiad 2022.

Memetik Sinar Harian, SAB juga mendapat pengiktirafan daripada Shell Malaysia apabila diumumkan sebagai penerima Most Outstanding Team-Merit Award (International), Shell Nxplorers pada 2022.

Senang kata, SAB ini sememangnya sekolah yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar pandai dan tidak hairanlah ramai ibu bapa yang mahu memasukkan anak mereka ke dalam sekolah berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari, Usahawan Tak Sanggup Lihat Penduduk Berlapar

Baca Artikel Berkaitan: Anggap Geng Rider Macam Anak Sendiri, Tindakan Wanita Beri Makanan ‘Free’ Bikin Ramai Tersentuh

Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Murah Rezeki Dia” – Pemilik Kedai Belanja Pelanggan Makan Lepas Tengok Ramai Beratur Panjang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd