[Video] Honda HR-V Hampir Terjatuh Selepas Rempuh Dinding Parkir Tingkat 2 Di Hospital Serdang
Jelas pengguna Facebook terbabit, dia menyedari insiden itu berlaku selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat sewaktu sedang mencari parkir di hospital berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
[Kemaskini] Model kereta yang hampir terjatuh sebenarnya adalah Honda WR-V dan ia juga hampir terjatuh dari tingkat tiga bukan tingkat dua seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya, ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Namun dalam kita berhati-hati adakalanya terdapat kemalangan yang berlaku tanpa disengajakan.
Sebagai contoh terdapat kemalangan berlaku disebabkan pemandu secara tiba-tiba diserang penyakit seperti jantung, secara tidak sengaja tertekan minyak dan banyak lagi.
Kereta HR-V rempuh tembok parkir di Hospital Serdang
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Almaizah Umie telah berkongsi satu insiden kemalangan membabitkan kereta Honda HR-V sewaktu berada di Hospital Serdang.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Almaizah, kelihatan kereta Honda HR-V berwarna merah itu hampir terjatuh dari parkir tingkat dua dari Hospital Sultan Idris Shah selepas merempuh dinding pada bangunanan berkenaan.
Bukan hanya itu, bahagian bumpar hadapan kereta juga dilihat remuk dan tercabut.
Menurutnya insiden tersebut berlaku sekitar jam 1.22 petang pada hari ini (4 Februari).
“Assalamualaikum, parking Hospital Serdang. Kereta Honda HR-V langgar dinding parking. Baru je berlaku,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Pemandu selamat dan tiada sebarang kecederaan
Melihat di ruangan komen, Almaizah memaklumkan pemandu kenderaan itu bagaimanapun dilaporkan selamat dan tiada sebarang kecederaan.
“Orangnya okay, tak apa-apa. Cuma kereta yang teruk,” jelasnya lagi.
Dia menyedari perkara itu semasa sedang mencari parkir di hospital berkenaan dan secara tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.
“Ingat kan apa, dah tak dapat parkir turun balik (bangunan parkir) masa turun tu baru nampak kejadian ni.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh The Sun di TikTok, kelihatan batu dinding yang pecah kerana dirempuh bertaburan di atas jalan.
[Kemaskini] Model WR-V bukan HR-V
[Kemaskini] Model kereta yang hampir terjatuh sebenarnya adalah Honda WR-V dan ia juga hampir terjatuh dari tingkat tiga bukan tingkat dua seperti yang dilaporkan sebelum ini.Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, polis telah menerima laporan dari pemandu SUV berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 39 tahun.
Jelasnya insiden tersebut berlaku di tingkat 3B sekitar jam 1.15 tengah hari. Perkara yang berlaku terbabit telah menyebabkan tembok pecah serta serpihan batu terkena pada sebuah Perodua Avanza yang diparkir di bawah.
“Pemandu Honda WR-V itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu itu memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan adalah atas kecuaian dirinya sendiri kerana tertekan padel minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan sebelum merempuh tembok di aras 3B itu,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Kes disiasat mengikut Seskyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
@thesundaily 04 Feb 2025: A Honda HR-V crashed into the parking wall at Sultan Idris Shah Hospital, leaving the front half dangling from the second floor. Fortunately, no injuries were reported. #theSun #theSunMY #SerdangHospital #CloseCall #DriveSafe #ViralNews Click the link in bio @theSundaily to read the full story
♬ original sound – theSun – theSun
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â