Wanita Minta Calon Jodoh Isi Google Form Undang Pelbagai Reaksi
Antara maklumat yang diminta dalam borang Google Form untuk mencari jodoh itu adalah gaji bulanan, latar belakang keluarga dan pendapat tentang poligami.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila usia sudah meningkat dewasa dan kawan-kawan pun sudah ramai yang bergelar suami isteri, golongan yang masih ‘single’ ini memang rasa sunyi ya.
Nak ajak rakan-rakan lepak pun sudah tak boleh sekerap dahulu kerana sudah ada keluarga yang perlu dijaga. Kalau balik rumah mak pula, asyik ditanya bila nak kahwin.
Situasi seperti inilah yang menjadi salah satu faktor kenapa sesetengah individu itu mahu mencari jodoh secepat mungkin walaupun perlu ‘promote’ diri sendiri di media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Sudah Tertulis Jodoh Kami’ – Gadis Pilih Lelaki Warga Bangladesh Sebagai Pasangan Hidup [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kalau Jodoh Tak Kemana, Tidak Sangka Bersuamikan Jiran Sendiri

Wanita Minta Calon Jodoh Isi Borang Di Google Form Sebagai Tapisan
Seorang pengguna X yang dikenali sebagai chloé telah memuat naik ciapan di akaun miliknya dengan niat untuk mencari pasangan hidup buat dirinya.
Dalam ciapan tersebut, wanita tersebut bertanya sama ada dia perlu mempromosikan dirinya di akaun X @twtjodoh yang dikenali sebagai tempat orang-orang bujang berkongsi gambar dan latar belakang diri mereka dengan harapan dapat bertemu pasangan.
Walau bagaimanapun, chloé katanya tidak tahu apa yang perlu ditulis tentang dirinya. Jadi dia mengambil keputusan untuk menyediakan borang temu duga menerusi Google Form untuk diisi secara rawak oleh individu yang berpotensi menjadi pasangannya.
Antara maklumat yang diminta dalam borang berkenaan adalah:
- Nama penuh
- Pekerjaan
- Tarikh lahir
- Latar belakang keluarga
- Gaji dan komitmen bulanan
- Jenis pengangkutan yang dimilik
- Fobia
- Pendapat tentang poligami
Ahahah seriously i tak tahu nak tulis apa, but you may fill up your details dekat dalam form ni.. https://t.co/A5rgxvqwVk
— chloé (@theanggunz) January 30, 2025
InshaAllah i try catch up one by one 😅
Netizen Kongsi Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Ciapan Tersebut
Rata-rata pengguna X meluahkan pelbagai reaksi dengan ciapan wanita tersebut yang sedang mencari jodoh termasuklah mereka yang dilhat bergurau kononnya mahu mencari peluang pekerjaan.
Siap ada yang sempat berseloroh mahu melampirkan resuma dan slip gaji selama tiga bulan dalam borang Google Form itu.



Sementara itu, sesetengah netizen pula menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak tersilap langkah ketika mengisi borang berkenaan kerana bimbang maklumat peribadi yang diberikan digunakan dalam aktiviti penipuan.



Walaupun kita mungkin tidak mengetahui niat sebenar wanita terbabit tetapi orang ramai tidak digalakkan untuk mendedahkan maklumat peribadi tersebut kepada individu tidak dikenali dalam talian.
Ini kerana scammer akan cuba untuk menjadi mereka yang ‘lonely’ sebagai sasaran dan akan cuba untuk mempergunakan emosi sebagai kaedah penipuan.
Dengar macam tak masuk akal kan? Tapi percayalah sudah banyak kes-kes sebegini yang terjadi di luar sana. Jadi kepada anda semua yang masih ‘single’, hati-hati ya!
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?
Baca Artikel Berkaitan: 34% Rakyat Malaysia Dedah Lebih Sukar Cari Kerja Dari Pasangan Hidup. Betul Ke?
Baca Artikel Berkaitan: Aplikasi Jodoh Darul Iman Sedang Dibangunkan, Mudahkan Orang Bujang Terengganu Cari Pasangan!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â