Now Reading
[Video] Wanita Menyamar Sebagai Tetamu, Bawa Lari RM2,500 Ketika Majlis Kenduri

[Video] Wanita Menyamar Sebagai Tetamu, Bawa Lari RM2,500 Ketika Majlis Kenduri

Wanita tersebut yang menyamar sebagai tetamu kononnya mahu menggunakan tandas sebelum membawa lari satu beg tangan yang diletakkan di atas rak di ruang tamu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila mengadakan kenduri, pasti rumah akan dipenuhi sanak-saudara dan sahabat handai yang berkunjung demi memeriahkan majlis.

Kebiasaannya tuan rumah pasti meletakkan rasa percaya pada tetamu yang dijemput dan tidak menghalang mereka daripada masuk ke dalam rumah, terutamanya untuk ke tandas.

Namun sekiranya tidak berjaga-jaga, tidak mustahil akan berlakunya kehilangan harta benda yang dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

Wanita Menyamar Sebagai Tetamu Bawa Lari Beg Tangan

Baru-baru ini, tular video di TikTok (@malayansecretsociety) menyaksikan seorang wanita yang masuk ke dalam sebuah rumah ketika sedang berlangsungnya majlis kenduri.

Difahamkan wanita tersebut telah menyamar sebagai tetamu dan masuk ke dalam rumah berkenaan kononnya untuk menggunakan tandas.

Sebelum keluar dari rumah, kelihatan dia menjenguk-jenguk ke kawasan di dalam rumah sebelum membawa lari satu beg tangan berwarna putih yang diletakkan di atas rak.

Wanita Bawa Lari Wang RM2,500

Tidak beberapa lama kemudian, beberapa individu dipercayai keluarga tuan rumah masuk ke ruang tamu bagi mengambil beg buah tangan yang disusun, namun masih tidak menyedari kehilangan beg tangan tersebut.

Pelaku kemudiannya dilihat masuk semula ke dalam rumah namun tidak pasti apakah yang dilakukan olehnya ketika itu.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas, Kelantan sekitar 12.40 tengah hari Sabtu (1 Februari) lalu. Menurut Malayan Secret Society, wang sebanyak RM2,500 telah dibawa lari oleh wanita berkenaan.

@malayansecretsociety

Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500. Tarikh: 01 Feb 2025 Masa: 12:40PM Lokasi: Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas

♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

Tonton video [DI SINI].

Ramai Anggap Wanita Itu Sudah Biasa Lakukan Jenayah Sedemikian

Tindakan wanita itu yang begitu pantas dan cekap menyebabkan orang ramai menganggap dia sudah biasa membuat jenayah sedemikian.

Seorang pengguna media sosial berkata wanita tersebut dari awal telah menyedari terdapat beg tangan yang ditinggalkan di atas rak almari.

Seorang lagi pula berkata kes kecurian banyak berlaku sewaktu majlis kenduri memandangkan orang ramai tidak dapat membezakan antara tetamu atau penceroboh.

“Macam dah biasa buat tapi kali ini kantoi sebab tuan rumah ada CCTV,” kata seorang pengguna media sosial.

Di samping itu, ada yang berkata kewujudan rakaman CCTV itu juga dapat mengelakkan orang lain daripada dituduh mencuri beg tangan tersebut.

Dalam masa sama, ada juga yang menceritakan mereka pernah dituduh mencuri apabila berlakunya kehilangan harta benda di rumah yang dikunjungi.

Seorang jurugambar berkata dia tidak akan menunaikan solat di rumah pelanggannya ketika bertugas, sebaliknya akan mencari surau berdekatan demi mengelakkan diri daripada dituduh sekiranya berlaku kehilangan.

Ambil Langkah Berjaga-Jaga Sewaktu Adakan Kenduri Di Rumah

Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsi langkah yang harus diambil ketika mengadakan kenduri di rumah untuk mengelak daripada berlakunya kecurian.

Mereka berkata kesemua barang berharga akan ditempatkan di dalam sebuah bilik yang dikunci dan tidak diletakkan di bilik pengantin. Seorang individu akan diamanahkan untuk memegang kunci bilik berkenaan.

Malah, CCTV juga boleh dipasang bagi memerhatikan pergerakan keluar masuk tetamu ke dalam rumah.

Baca Artikel Berkaitan: “Kena Alert Dengan Barang Sendiri” – Kes Beg Tangan Dicuri Di Pasar Raya Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Senang Dia Buat Kerja” – Aksi Lelaki Selamba Curi Duit Tabung Masjid Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd