[Video] Memo Larangan Pasang Khemah Di Pantai Port Dickson Raih Reaksi Berbeza
Menerusi video tersebut kedengaran pihak MPPD meminta pengunjung untuk membuka semula khemah yang dipasang ketika berada di pantai awam Port Dickson berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali ingin beriadah bersama keluarga, antara lokasi yang menjadi pilihan selain sungai pastinya pantai.
Ini kerana pantai yang cantik, luas serta bersih membuatkan ia menjadi salah satu kawasan strategik buat orang ramai untuk membawa keluarga melakukan aktiviti di situ.
Apabila melakukan aktiviti berkelah pasti orang ramai akan membawa pelbagai jenis kelengkapan sebagai contoh makanan, khemah untuk berteduh serta banyak lagi.
Tular video hebahan bergerak larang pasang khemah di Port Dickson
Namun baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang awalnya dimuat naik oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Negeri Sembilan, yang membuat hebahan bergerak melarang pemasangan khemah di sebuah pantai di sana.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Seremban Page di TikTok, awalnya kelihatan ramai pengunjung yang memasang khemah ketika berkunjung di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.
Dalam masa sama, kedengaran pihak MPPD membuat hebahan menggunakan pembesar suara meminta pengunjung untuk membuka semula khemah yang telah dipasang dan mereka yang gagal mematuhinya boleh dikenakan tindakan penguat kuasaan.
“Diingatkan bahawa pemasangan khemah dalam apa jua bentuk adalah dilarang di sepanjang pantai awam Port Dickson. Di minta semua pemilik khemah untuk segera membuka dan menanggalkan khemah masing-masing.
“Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan penguat kuasaan,” katanya dalam hebahan tersebut.
Pihak berkuasa turut buat pantauan di kawasan pantai awam sekitar Port Dickson
Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh MPPD di Facebook, kelihatan pihak berkuasa turut membuat pantauan di sekitar kawasan pantai awam untuk memastikan orang ramai mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
“Jabatan Penguatkuasaaan MPPD terus komited memastikan pematuhan Undang-Undang Kecil (UUK) MPPD melalui aktiviti penguatkuasaan yang merangkumi pemantauan terhadap pelanggaran peraturan seperti aktiviti perkhemahan tanpa kebenaran, minum minuman keras di tempat awam, pembakan unggun api dan lain-lain.
“Selain itu, pengumuman lisan turut dilakukan bagi mengingatkan orang ramai mengenai larangan pemasangan khemah di kawasan pantai. Pemantauan dan pelaksanaan undang-undang ini akan diteruskan dari semasa bagi memastikan persekitaran yang selamat dan teratur untuk semua,” jelasnya dalam hantaran yang dimuat naik pada 31 Januari.

@serembanpage Hebahan bergerak Larangan memasang Khemah di Pantai Port Dickson Public announcement. Camping or erecting tents are prohibited 🚫 at the beaches of #portdickson 📲 Follow us IG www.instagram.com/serembanpages TikTok https://www.tiktok.com/@serembanpage?_t=8bmEe6TD8Tp&_r=1 Join Telegram link: https://t.me/joinchat/grpJ-U6SD4c4NGJl Join Threads: https://www.threads.net/@serembanpages #serembanpage #seremban #serembangroup #negerisembilan #perpaduan #MalaysiaMadani
♬ original sound – serembanpage – serembanpage
Hebahan larangan pasang khemah undang reaksi kurang senang orang ramai
Hebahan larang daripada pihak MPPD itu bagaimanapun telah mendapat kritikan orang ramai yang merasakan ia adalah satu keputusan tidak wajar dilakukan oleh pihak berkenaan.
Ada juga yang menyifatkan khemah yang dipasang oleh pengunjung bukanlah berkekalan sebaliknya dibuka semula apabila ingin pulang.
Tidak kurang ada yang mengatakan larangan itu berlaku selepas khemah biru tidak lagi dibenarkan didirikan di kawasan berkenaan.
Video tersebut turut tular di platform X apabila dikongsikan oleh pengguna dan mendapat reaksi sama.
Senarai kawasan pantai awam dilarang memasang khemah
Memetik laporan Berita Harian MPPD kini aktif membuat pemantauan di 11 kawasan pantai dan berikut adalah antaran kawasan yang dilarang memasang khemah:
- Pantai Tanjung Gemuk
- Pantai Batu 1
- Pantai Bagan Pinang
- Pantai Saujana
- Pantai Cahaya Negeri
- Pantai Batu 5
- Pantai Teluk Kemang
- Pantai Purnama
- Pantai Cermin
- Pantai Tanjung Biru
- Pantai Dickson
Mana-mana individu yang memasang khemah di kawasan larangan boleh dikenakan kompaun RM1,000.

Hebahan bergerak Larangan memasang Khemah di Pantai Port Dickson Public announcement. pic.twitter.com/DkBKbTv04d
— ًِ (@bckupacc99) February 2, 2025
“Bukannya pasang khemah tu kekal. Orang nak berkelah habis berkelah buka balik orang ada anak kecil.”

“Patutlah tak ramai dah orang dekat PD, sepanjang perjalanan dari pantai Melaka tadi elok je ramai”

“Boikot PD semakin teruk syarat-syarat nak mandi dan berkelah. Orang ada anak kecil, panas. Melaka juga bagus”

“Yang orang marah cartel buat perniagaan pasang khemah dan cop tempat. Orang awam pasang khemah tu biarlah.”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.