Now Reading
[Video] KPDN Perak Terjah Kiosk Makanan, Caj Bekas Oden Tanpa Paparkan Tanda Harga

[Video] KPDN Perak Terjah Kiosk Makanan, Caj Bekas Oden Tanpa Paparkan Tanda Harga

Difahamkan bahawa kiosk makanan di sebuah pasar raya di Perak telah mengenakan caj 90 sen bagi bekas jika pelanggan ingin membeli oden.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila membeli barangan, rata-rata pengguna pasti akan melihat harga yang dipaparkan bagi mengikut bajet ditetapkan, terutama lagi mereka yang kurang berkemampuan.

Namun kadangkala kegagalan peniaga meletakkan tanda harga dengan betul menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih daripada kos yang dianggarkan.

Ini termasuklah ‘kos tersembunyi’ yang tidak dinyatakan dengan jelas seperti bekas makanan dan minuman serta beg plastik.

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Makan Selamba Caj Pelanggan 10 Sen Jika Bayar Guna QR Kini Dicekup KPDN Melaka

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kecewa Beli Popia Harga RM6 Untuk 3 Biji Tapi Hanya Dapat Inti ‘Angin’

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Putih, Telur Kicap Dijual Dengan Harga RM7 Undang Pelbagai Reaksi

KPDN Perak Terjah Kiosk Makanan Gagal Letak Tanda Harga Bagi Bekas Oden

Menerusi satu video di TikTok, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah menerjah kiosk makanan di sebuah pasar raya kerana gagal meletakkan tanda harga.

Seorang pegawai memaklumkan pihak KPDN Perak telah menerima aduan bahawa bekas yang digunakan bagi mengisi oden telah dikenakan caj sewaktu pembayaran dilakukan, namun tiada tanda harga yang dipaparkan.

Individu yang bertugas di kiosk tersebut memaklumkan bahawa jika bekas tersebut diambil kosong tanpa isi, ia akan dikenakan caj sebanyak 90 sen.

Namun apabila ditanya, dia memaklumkan pembeli tetap akan dikenakan caj tambahan bagi bekas tersebut walaupun jika membeli set oden yang dipaparkan.

Salah seorang pegawai berkata perkara itu boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan.

Tidak Papar Harga Kesalahan Di Bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

Dapat dilihat juga helaian kertas yang digunakan oleh juruwang untuk mengimbas harga bekas oden itu, namun tiada harga yang dipaparkan buat pelanggan.

Dalam pada itu, pegawai KPDN Perak memaklumkan bahawa tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 disebabkan kegagalan memaparkan harga bekas tersebut.

Di akhir video, kelihatan tanda harga bagi bekas oden telah dipaparkan di kiosk berkenaan yang telah diletakkan setelah diterjah oleh pihak KPDN.

Orang Ramai Persoal Tindakan Kenakan Caj Bagi Bekas Oden

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai mempersoalkan kiosk makanan tersebut yang mengenakan caj bagi bekas tersebut apabila pelanggan ingin membeli oden.

Mereka bertanya jika pelanggan boleh membawa bekas atau mangkuk sendiri untuk mengelakkan daripada dikenakan caj 90 sen itu.

Ada juga yang mencadangkan agar harga bekas tersebut disekalikan dengan harga set oden.

Seorang individu berkata tindakan kiosk terbabit menyembunyikan harga bekas itu mungkin untuk mengelakkan orang ramai daripada tidak jadi membeli oden yang dijual.

Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial juga mendakwa terdapat juga beberapa jenama terkenal lain yang tidak meletakkan tanda harga, malah mengenakan caj untuk kuah oden.

Malah, terdapat juga kedai yang didakwa mengenakan harga berbeza dengan yang dipaparkan sewaktu melakukan pembayaran atas alasan tidak sempat menukar harga.

Lakukan Aduan Kepada KPDN Menerusi Aplikasi ezAdu

Seperti yang dinyatakan oleh pihak KPDN Perak, orang ramai boleh membuat laporan kepada kementerian tersebut sekiranya terdapat peniaga yang tidak memaparkan tanda harga pada mana-mana barangan.

Di samping itu, orang ramai juga berhak membuat laporan kepada pihak KPDN sekiranya peniaga melanggar sebarang undang-undang dan tidak mengikuti piawaian ditetapkan.

Bagi memudahkan urusan mengemukakan aduan, pengguna boleh melakukannya menerusi aplikasi ezAdu.

Sumber: KPDN

Selain daripada aplikasi ezAdu, orang ramai juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.

  • Portal e-Aduan
  • Talian hotline 1-800-88-6800
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
  • E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
  • Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
  • WhatsApp KPDN: 019-279 4317

Baca Artikel Berkaitan: Harga Bayar Tidak Sama Dengan Yang Dipamerkan? Lakukan Aduan Menerusi ezAdu KPDN

Baca Artikel Berkaitan: KPDN Selangor Dedah Peniaga Boleh Didenda Hingga RM50,000 Jika Tidak Pamer Resit Lengkap

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Perak Jelaskan ‘Crystal Ball’ Sebagai Barang Terlarang, Ramai Tidak Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd