[Video] Aksi Wanita Baik Hati Ajak Pekerja Warga Asing Main Kad Sama-sama Raih Pujian
Walaupun hanya bermain kad, tetapi dua orang pekerja warga asing itu dilihat begitu teruja dan tersenyum gembira menikmati momen berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan, memang ramai pekerja warga asing yang berada di Malaysia dan rata-rata daripada mereka berada dalam industri pemprosesan dan pembinaan.
Berdasarkan laporan Utusan pada 5 Disember lalu, sudah lebih 2.4 juta pekerja warga asing berada di Malaysia.
Walau bagaimanapun, wujud segelintir pihak yang memandang serong kepada golongan ini sehingga pernah timbul isu apabila mereka dilihat membanjiri lokasi popular sekitar Kuala Lumpur semasa cuti umum.
Baca Artikel Berkaitan: Salah Ke Pekerja Asing Kita Jalan-jalan Di KLCC?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Warga Asing Dakwa Pernah Dipukul Ketika Kerja Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Benarkan Pengusaha Stesen Minyak Gajikan Pekerja Asing Di Kafe & Kedai Runcit
Sambutan Hari Jadi Bertukar Lebih Bermakna Lepas Main Kad Dengan Pekerja Warga Asing
Di kala wujud tanggapan negatif terhadap pekerja warga asing dalam sesetengah masyarakat, seorang pengguna TikTok (@lovlyaphrodite) pula tampil dengan layanan yang berbeza kepada golongan tersebut.
Dalam video yang dimuat naiknya itu, wanita ini berkongsi kisah di mana dia dan rakannya sedang menyambut hari lahirnya yang ke-22 di sebuah kawasan lapang berhampiran pantai.
Sambil bentang tikar di atas rumput hijau dan layan angin sepoi-sepoi bahasa, siapa sangka sambutan itu menjadi lebih meriah apabila mereka mengajak dua orang pekerja warga asing secara ‘random’ untuk sama-sama bermain kad UNO.

Walaupun hanya bermain kad, tetapi dua orang pekerja tersebut dilihat begitu teruja dan tersenyum gembira menikmati momen berkenaan.
Lama juga mereka meluangkan masa bersama-sama, dari langit cerah sehingga sudah gelap.
Sebelum beransur pulang, pengguna TikTok ini sempat bergambar bersama-sama sebagai kenangan untuk diingati.
Malah di ruangan kapsyen video tersebut, wanita berkenaan mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berbuat baik dengan pekerja asing yang telah banyak memberi sumbangan tenaga kepada pembinaan negara.
@lovlyaphrodite treat the workers well they are the ones who built singapore! #besties #bestfriend
♬ gilmore lala – <3
Orang Ramai Puji Lihat Layanan Baik Mereka Kepada Pekerja Warga Asing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat bagaimana wanita berkenaan memberi layanan baik kepada dua orang warga asing tersebut.
Selain mengucapkan terima kasih, masyarakat juga mengambil kesempatan untuk mendoakan yang baik-baik kepadanya serta mengucapkan selamat hari jadi kepada pemilik video.
“Terima kasih sebab jadi orang yang baik,” ujar netizen.
“Ini barulah namanya buat baik kepada orang lain,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Tular Pekerja Asing Miliki Duit Simpanan Melebihi RM300,000
Sebelum ini, pernah tular di media sosial mengenai wang simpanan pekerja warga asing di Malaysia yang berjumlah lebih daripada RM300,000.
Rata-rata pengguna media sosial juga terkejut dengan perkara tersebut dan merasakan seolah-olah diri mereka pula yang ‘merempat’ di negara sendiri.

Perkara ini mencetuskan perbincangan tentang bagaimana pekerja asing dapat mengumpul wang simpanan sebanyak itu dan implikasi yang lebih luas terhadap pekerja tempatan serta ekonomi negara.
Sesetengah individu mendakwa simpanan sedemikian berjaya dicapai kerana pekerja warga asing menjalani kehidupan yang sederhana dan berjimat-cermat.
Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Asing Di Malaysia Ada Wang Simpanan Lebih RM300,000, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pekerja Warga Asing Baik Hati Tolong Cari ‘AirPods’ Jatuh Dalam Longkang
Baca Artikel Berkaitan: “Pertama Kali Dalam 8 Tahun” – Pengawal Keselamatan Warga Asing Sebak Pekerja Pejabat Buat Kejutan ‘Birthday’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.