Now Reading
Trend Edit Video ‘Kung Fu’ Guna AI Raih Kecaman, Dianggap Tidak Beradab

Trend Edit Video ‘Kung Fu’ Guna AI Raih Kecaman, Dianggap Tidak Beradab

Segelintir pihak beranggapan suntingan gambar dengan aksi Kung Fu menggunakan kesan khas AI ini tidak mematuhi adab dengan individu terhormat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semakin hari semakin banyak teknologi baharu yang dihasilkan sehingga ia mula tular dan digunakan secara berleluasa di media sosial.

Sebagai contoh, salah satu trend tersebut adalah penyuntingan gambar statik kepada aksi Kung Fu menggunakan kesan khas daripada Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI).

Kaedah penyuntingan itu semakin tersebar kerana ia boleh dilakukan dengan mudah melalui satu klik sahaja tanpa memerlukan ilmu yang rumit untuk menyiapkannya.

Video boleh tonton [DI SINI].

https://www.tiktok.com/@megatshakirin/video/7466683574083751186?_r=1&_t=ZS-8tbKjSf6J6d

Video boleh tonton [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Guna Teknologi AI Untuk ‘Edit’ Gambar Berpeluk Dengan Arwah Ibu Bapa? Ini Kata Ustaz [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Analisis Dapati 8 Juta Pekerjaan Di UK Bakal Lenyap, AI Jadi Pengganti

Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah Cadang Semua Universiti Di Malaysia Perlu Wujudkan Fakulti AI

Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Trend Kung Fu AI

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Angah Sunan meluahkan pendapatnya tentang trend penyuntingan gaya Kung Fu menggunakan teknologi AI seperti mana yang sedang popular di media sosial.

Walaupun suntingan itu dianggap sekadar bahan hiburan buat sesetengah masyarakat, namun pemilik hantaran ini menganggap trend tersebut sebagai suatu perkara yang kurang beradab.

Ini kerana segelintir gambar yang disunting itu melibatkan individu terhormat seperti ibu bapa, keluarga, guru, tok kadi, naib canselor universiti dan sebagainya.

“Di TikTok sekarang, tular kesan (effect) visual Kungfu Shaolin. Gambar kita akan dijana oleh AI TikTok lalu orang-orang dalam gambar itu macam real bergerak dan berkungfu level naik kaki bagai.

“Kemudian ramai la duk buat, gambar ambil scroll di majlis konvo, tiba-tiba berkungfu dengan Timbalan Naib Chanselor atau seumpama. Laki bini berkungfu – kungfu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mereka yang ‘waras’ tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana mengetahui batas untuk bergurau.

“Orang yang waras tak buat video begitu kerana kurang adabnya tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita.

“Serious, yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya,” katanya lagi.

Ramai Kurang Gemar Dengan Trend Kungfu AI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang membaca perkongsian pada hantaran berkenaan mempunyai pendapat yang sama di mana mereka juga kurang gemar dengan trend Kung Fu AI itu.

Sesetengah netizen berpendapat gurauan berkenaan secara tidak langsung telah menyebabkan adab dengan golongan yang patut dihormati seolah-olah tidak diendah apabila tularnya trend ini.

“Setuju. Dalam tak sedar, buat isteri langgar adab dengan suami,” ujar pengguna Facebook.

Selain itu, seorang lagi netizen pun berpendapat bahawa suntingan berkenaan turut menyelitkan unsur penipuan yang jelas dalam Islam adalah perkara yang berdosa besar.

“Kesan visual yang berunsurkan penipuan dan tindakan menyebarkan video penipuan itu penipuan yang berdosa besar,” ujar pengguna media sosial.

Malah, seorang netizen pula berkata agak sukar untuk menegur masyarakat pada zaman ini kerana bimbang mereka tidak boleh menerimanya dengan baik.

“Setuju. Risau dengan keadaan sekarang. Bila kita cuba tegur dia kata macam-macam,” jelas netizen.

Sumber: Facebook Angah Sunan
Sumber: Facebook Angah Sunan

Hukum Guna AI Dalam Islam

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, beliau menjelaskan bahawa penghasilan gambar menggunakan teknologi AI adalah berbeza-beza mengikut situasi.

Hukumnya dibolehkan sekiranya:

  • Lukisan manusia dibuat untuk tujuan baik seperti mempromosikan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
  • Wajah seseorang tokoh dilukis semula bagi memperingati kebaikan dan jasa mereka.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Facebook Sha Ramson Abdullah)

Tetapi, hukum penggunaan AI boleh diharamkan sekiranya situasi berikut pula berlaku:

  • Menggunakan gambar tersebut untuk tujuan maksiat.
  • Menjadikan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga mereka berasa sedih.
  • Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Secara kesimpulannya, penghasilan gambar menggunakan teknologi AI hanya dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran.

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Lancar ‘AI Untuk Rakyat’, Pembelajaran Dalam Talian Tentang Artifical Intelligence

Baca Artikel Berkaitan: Ada Pihak Sunting Suara Doktor Guna AI Untuk Promosi Suplemen, Polis Minta Orang Ramai Waspada


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd