“Sanggupnya!” – Aksi Pelanggan Beratur Panjang Untuk Beli Mekap Undang Perhatian
Difahamkan pelanggan-pelanggan itu sanggup beratur panjang bagi mendapatkan produk kosmetik jenama Cubre Mi di cawangan Sungai Petani, Kedah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila sebut sahaja produk viral, pasti sesetengah rakyat Malaysia tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memilikinya.
Tak kisahlah sama ada barangan itu adalah pakaian, makanan, atau produk kosmetik, ramai yang sanggup beratur panjang walaupun terpaksa meredah cuaca hujan dan terik matahari.
Selain disebabkan barangan tersebut viral, harga jualan yang lebih murah diberikan oleh peniaga juga menjadi penyebab mereka rela beratur berjam-jam.
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Ke Nak Jaga Kesihatan?” – Ramai Persoal Pelanggan Rela Beratur Panjang Demi Slime Cheese
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Susah Nak Faham” – Ramai Persoal Tindakan Individu Sanggup Beratur Demi Maggi Tepi Jalan
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tengok Orang Beratur Beli Makanan Murah, Percuma Jangan Pandang Rendah, Hina” – Nasihat Fedtri Yahya
Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Produk Kosmetik Jenama Cubre Mi
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@lelawati203), individu ini sempat merakam situasi yang cukup mengejutkan buat dirinya ketika ingin menuju ke sebuah kedai kosmetik di Sungai Petani, Kedah.
Namun hajatnya yang mahu membeli produk jenama Cubre Mi itu tidak terpaksa dilupakan selepas tergamam melihat pelanggan-pelanggan lain yang datang lebih awal.
“Memang tak ada harapan la nak beratur, hampa semua memang power,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Memang tak main-main beratur panjang sehingga melepasi beberapa blok bangunan yang lain. Siap berpayung dan duduk bersila di atas lantai.
Berdasarkan pemerhatian kami, rata-rata mereka yang beratur itu adalah golongan wanita. Maklumlah perempuan dan kosmetik berpisah tiada.
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 748,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@lelawati203 memg xda harapan la nk bratur, hampa memg terer#cubremi #cubremifoundationstick #sale #tamanbatik #sungaipetani
♬ DRAMA DULU – Nastasya Shine
Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Lihat Situasi Yang Berlaku
Boleh dikatakan kebanyakan pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mempersoalkan tindakan pelanggan-pelanggan tersebut dan menganggap apa yang dilakukan itu adalah membuang masa.
Malah, netizen turut membandingkan kesanggupan mereka untuk melakukan perkara sama sekiranya perlu berurusan di pejabat kerajaan mahupun hospital.
“Orang kita suka dengan benda-benda viral ni buang masa beratur macam ni. Tunggu buat kad pengenalan dan pasport complain lama. Benda macam ni tak apa,” ujar pengguna TikTok.
Walaupun ruangan komen dipenuhi dengan banyak kecaman, namun ada juga segelintir pihak yang menjelaskan mengapa perkara tersebut berlaku.
Katanya bukan semua orang mampu untuk membeli barangan tersebut pada harga asal dan mahu mengambil peluang membelinya dengan harga murah walaupun terpaksa beratur lama.
Selain itu, netizen turut melihat keadaan itu sebagai perkara positif di mana masyarakat memberi sokongan padu terhadap perniagaan rakyat tempatan.

UAI Pernah Ulas Tentang Isu Pelanggan Beratur Lama Untuk Makanan Viral
Terdahulu, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus pernah tampil bersuara tentang isu orang ramai yang sanggup beratur lama bagi mendapatkan makanan viral.
Ustaz Azhar Idrus menyatakan perasaan kurang senang dengan tindakan masyarakat yang dikatakan membuang masa beratur sehari sebelum premis jualan dibuka.
Jelasnya, tindakan orang ramai yang beratur lama itu merupakan salah satu penyakit akhir zaman dan ia berlaku kerana masyarakat terlalu mengejar kepada perkara viral dan populariti.
Tak salah kalau anda sanggup nak beratur panjang, tetapi kalau boleh janganlah sehingga mengabaikan kewajipan lain seperti solat dan tanggungjawab kepada keluarga.
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral
Baca Artikel Berkaitan: Servis Tolong Beratur Di Suki-Ya & BBQ Town Raih Perhatian, Sesuai Untuk Yang Tak Suka Tunggu Lama
Baca Artikel Berkaitan: Beratur Dari Subuh, Akhirnya Tak Dapat Beli Barang Apple
Latar Belakang Tentang Jenama Cubre Mi
Sebagai info, Cubre Mi adalah perniagaan yang menjual produk kosmetik yang diasaskan oleh seorang wanita bernama Puan Afzalizah Nizam Azizan.
Pengasas berasal dari Tawau, Sabah ini dahulunya merupakan seorang suri rumah sebelum bergelar usahawan kosmetik yang berjaya.
Memetik sumber NONA, wanita ini mula membuka perniagaannya ini pada tahun 2017 dengan bermodalkan wang pinjaman dari ibunya berjumlah RM10,000.
Produk pertama yang dikeluarkan adalah Cubre Mi Matte Full Coverage Foundation dan antara barangan lain yang dilancarkan adalah eyeshadow, lip matte, BB Cushion dan banyak lagi.
Kalau anda nak tahu, nama Cubre Mi ini diambil dari perkataan Sepanyol yang membawa masuk ‘Cover Me’. Sesuai dengan produk kosmetik jualannya yang berfungsi untuk menutup cela pada wajah dan mencantikkan lagi para wanita.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.